Powered by Blogger.

Jan 20, 2009

Sanggup Di Penjara Demi Prinsip


Tuesday, 20 January 2009 00:24

http://buletinonline.net/images/stories/berita/pondokpasirtumbuh.jpgKota Baharu - Demi prinsip dan keyakinan, seorang pelajar pondok memilih hukuman penjara daripada denda yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menunggang motosikal dengan memakai serban dua tahun lalu.

Ahmad Nasir Darus, 28, pelajar Pondok Pasir Tumboh di sini, enggan membayar denda sebanyak RM90 yang dikenakan oleh Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri Sultan Ismail Petra sebaliknya memilih hukuman penjara selama dua hari.

Mahkamah menolak permohonan peguam bela, Ahmad Rizal Effande Zainal, meminta mahkamah menangguhkan keputusan itu bagi membolehkannya membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Ketika di luar mahkamah, Ahmad Rizal Effande berkata anak guamnya memilih untuk dipenjara atas sebab prinsip dan keyakinan yang dia tidak bersalah.

Bernama melaporkan sewaktu Ahmad Nasir dibawa ke kenderaan polis bagi dihantar ke penjara, kira-kira 100 pelajar pondok itu melaungkan "Allahuakbar" beberapa kali dan disusuli bacaan doa.

Dia telah disaman kerana menunggang motosikal pada 6.30 petang 20 Sept 2007 di Jalan Pasir Tumboh di sini tanpa memakai topi keledar, dan sewaktu dihadapkan ke mahkamah pada 4 Nov 2007, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Pertuduhan yang dikenakan terhadapnya mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta sama, memperuntukkan denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.

Sewaktu prosiding hari ini, keadaan kecoh seketika apabila polis enggan membenarkan sebahagian besar rakan pelajar itu memasuki galeri awam mahkamah kerana tidak memakai kasut seperti yang disyaratkan.

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP