Powered by Blogger.

Jan 19, 2009

Iluminasi AJL23

Berakhirlah sudah teka-teki siapakah pemenang Anugerah Juara Lagu ke-23. Malam penuh gilang-gemilang ini bersesuaian dengan temanya yakni Iluminasi. Pentas bermandikan cahaya berwarna-warni. Cuma pendapat saya kualiti bunyi agak kurang memuaskan, mungkin dari sudut saya lantunan bunyinya tidak kesampaian.

MUH AJL

Pengacara malam AJL23 iaitu Cheryl Samad, Ally Iskandar dan juga Faizal Ismail berjaya menghangatkan suasana dan juga mengawal penonton. Tampak keserasian mereka bertiga malam tersebut. Jika tahun lepas, Estranged menjadi pemenang Juara Lagu, tahun ini milik band indie Meet Uncle Hussein dengan lagunya Lagu Untukmu ciptaan Taja, Tass dan Lan.

Keputusan malam tersebut adalah adil dan walaupun begitu, ada suara-suara sumbang yang bertanya kenapa Faizal Tahir tidak menang? Sebagai peminat, saya juga berasa sedikit hampa, namun Faizal tidak pulang dengan tangan kosong. Faizal Tahir berjaya membawa pulang anugerah kategori Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik dan Kategori Balada Terbaik menerusi lagu Sampai Syurga ciptaan Audi Mok dan Ahmad Izham Omar serta lirik oleh Faizal sendiri.

Malam itu turut menyaksikan Elyana melakukan persembahan berkasut! Syabas Elyana, penampilannya juga amat menarik. Persembahan Aizat juga tidak kurang hebat. Walaupun tidak menang, sekurang-kurangnya Aizat antara pendatang baru seni suara yang mampu melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu.

Hampir kesemua persembahan malam itu, penyokong dan peminat turut menyanyikan lagu-lagu yang dipertandingkan. Amat gamat Stadium Putra Bukit Jalil dibuatnya! Saya merasakan suasana Anugerah Juara Lagu tahun ini lebih hangat dan lebih hebat daripada tahun-tahun sebelum ini. Kepada yang menang, syabas dan sekalung tahniah dan kepada yang tidak membawa pulang apa-apa anugerah, anda tetap menang kerana berjaya ke final!

SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 23

  • Persembahan Terbaik - Faizal Tahir (Sampai Syurga)
  • Vokal Terbaik - Faizal Tahir (Sampai Syurga)
  • Kategori Etnik Kreatif - Farawahida (Persoalan Cinta)
  • Kategori Balada - Faizal Tahir (Sampai Syurga)
  • Kategori Pop Rock - Meet Uncle Hussein (Lagu Untukmu)
  • Juara Lagu 23 - Meet Uncle Hussein (Lagu Untukmu)

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP