Powered by Blogger.

Dec 31, 2011


ULASAN : Pada 19 Disember lalu, Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan RM2.71 bilion diperuntukkan untuk Selangor.  Sehari selepas itu Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pula, Datuk Seri Noh Omar mengeluarkan kenyataan bahawa peruntukan Kerajaan Pusat untuk membangunkan Selangor lebih besar dari kerajaan negeri.
 Menurut Noh lagi, di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), sebanyak RM2.62 bilion disalurkan Kerajaan Pusat untuk melaksanakan 628 projek di Selangor, dan sebanyak RM83.81 juta lagi disalurkan menerusi pelbagai agensi dan kementerian.
 Manakala peruntukan RM2.71 bilion yang di terima Umno/BN kali ini adalah amat besar jika dibandingkan peruntukan untuk lima tahun bagi RMK-10 tersebut.
 Kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan belanjawan 2012 baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM1.9 bilion wang kerajaan negeri untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunannya.

Susulan itu, Khalid menegaskan Najib dan Noh tidak perlu mendabik dada kononnya menyalurkan peruntukan yang besar untuk projek pembangunan di Selangor.

Katanya, kesemua wang pembayar cukai dan dana rakyat tersebut akan di salurkan kepada ketua-ketua Bahagian Umno/BN untuk tujuan pilihan raya umum akan datang dan bukan untuk rakyat negeri itu.
Sementara itu, wang tersebut juga di ambil dari belanjawan defisit negara dan bukannya dari perolehan sumber belanjawan berimbang. Ini meletakkan peruntukan tersebut terpaksa ditanggung oleh rakyat seluruh negara.
 Menurut Khalid, penyaluran wang tersebut cuba 'dihalalkan' di atas nama pembangunan negeri Selangor sedangkan hakikatnya wang tersebut untuk disalur kepada pemimpin-pemimpin Umno/BN melalui ganjaran dengan membuat projek-projek 'mee segera'.
Projek-projek mee segera ini berupa projek-projek ringan seperti membina longkang, bilik gerakan pilihan raya dan sebagainya yang harganya berlipat kali ganda kerana selebihnya akan masuk ke saku pemimpin-pemimpin Umno bahagian serta kroni mereka.
Baru-baru ini ketika mengadakan kempen keindahan kediaman dan mengecat rumah pangsa di Gombak, Khalid hanya menggunakan peruntukan RM400,000 untuk menjayakan program tersebut.
Selang beberapa hari setelah pengumuman Najib, Umno Gombak pula mengumumkan peruntukan RM1.1 juta untuk tujuan yang sama. Bandingkanlah bagaimana 'pintarnya' pemimpin-pemimpin Umno mengurus tadbir wang dari dana rakyat tersebut.
Ujar Khalid lagi, wang tersebut seharusnya di salur kepada kerajaan negeri sebagai pemerintah yang sah bagi membolehkan wang tersebut diurus secara berhemah dan terancang.
"Ini adalah duit pembayar cukai dan bukan duit parti Barisan Nasional, wang RM2.71 bilion itu adalah pembangunan seluruh rakyat di Selangor dan bukan untuk kepentingan segelintir pemimpin-pemimpin Umno/BN," kata Khalid.

Baca lagi ( + )

Read more...

Dec 24, 2011

Kuliah 136 Bab Sembahyang Sebelum Maghrib Mp3

Bab Sembahyang Sebelum Maghrib Bolih Ka Tak Bolih, Ada Ka Tak Ada ????


Dengar Disini ( + ) MP3

Read more...

Dec 23, 2011

Rasuah: Khir Toyo dihukum penjara setahun


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor itu bersalah atas tuduhan rasuah dan menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.

Baca lagi ( + )

Read more...

Dec 22, 2011

Rujukan Utama Kaifiat Amalan Tahlil 1/4

Part 1/4

Read more...

USTAZ AZHAR IDRUS VS MASITAH.. HOT!!

Read more...

PAS sambut baik penangguhan SBPA

KUALA LUMPUR, 22 Dis: PAS menyambut baik keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menangguhkan perlaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) seperti yang diumumkan hari ini.

Keputusan tersebut disifatkan sebagai kejayaan awal yang dinikmati oleh kakitangan sektor awam, hasil kerjasama PAS serta Pakatan Rakyat dan Cuepacs yang menentang keras perlaksanaan skim itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, tanpa kerjasama politik, khususnya tentangan PAS, skim tersebut mustahil ditangguhkan perlaksanaannya meskipun jelas menzalimi kakitangan awam khususnya yang berada di dalam Kumpulan Sokongan.

Menurutnya, keputusan penangguhan itu pasti melegakan kakitangan sektor awam, tetapi ia tidak bermakna jika tidak dibatalkan kesemua perjanjian berhubung dengannya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Perdana Menteri agar turut membatalkan kesemua perjanjian yang telah dibuat oleh kakitangan sektor awam berhubung perkara itu yang telah menurunkan tanda tangan masing-masing baru-baru ini menerusi borang yang disediakan.

"Banyak kakitangan awam telah menurunkan tanda tangan mereka baru-baru ini. Kini setelah perlaksanaan skim itu ditangguhkan, kesemua mereka yang telah menurunkan tanda tangan tertanya-tanya mengenai perkara itu," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Kakitangan terbabit, tegasnya, bimbang akan terperangkap dengan tindakan selanjutnya jika kesemua perjanjian itu tidak dibatalkan.

"Esok Cuepacs akan mengadakan perbincangan dengan JPA. Diharap perbicangan itu akan mendatangkan hasil yang baik bagi kepentingan kakitangan sektor awam," katanya.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berharap agar perbincangan tentang tangga gaji dan pelbagai perkara lain bagi kepentingan kakitangan sektor awam akan dilanjutkan pada persidangan Parlimen.

Beliau turut mendesak Perdana Menteri agar menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah tangga gaji yang terlalu jauh berbeza antara Kumpulan Premier dan kumpulan-kumpulan lain dalam sektor awam.

"Kesemua langkah itu perlu dilakukan bagi membolehkan kakitangan awam mendapat keadilan, ekoran jurang yang terlalu jauh berbeza antara mereka yang berada di dalam Kumpulan Sokongan berbanding Kumpulan Premier.

"Sedangkan kakitangan dalam Kumpulan Sokongan itu adalah yang paling besar jumlahnya daripada 1.4 juta kakitangan sektor awam, manakala yang berada dalam Kumpulan Premier hanyalah 36 orang termasuk Ketua Setiausaha Negara (KSN)," ujar beliau

Read more...

Pinjaman Bank Dunia; Mahathir mengaku tapi berbohong

Saya mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir Mohamad yang akhirnya mengaku[1] bahawa pentadbiran beliau memang ada mengambil pinjaman dari Bank Dunia yang ditandatangani pada 31 Mac 1999 semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ini bertentangan dengan penafian beliau sehari sebelum itu kononnya beliau tidak mengambil sebarang pinjaman Bank Dunia.

Baca lagi ( + )



Read more...

Dec 20, 2011

Kaifiat Solat Sunat Gerhana

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
 Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
 Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Cara & Bilangan Rakaat Terdapat 3 cara melaksanakan solat sunat gerhana iaitu;

1. Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ini adalah cara dan bilangan rakaat yang paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat.

2. Lebih sempurna lagi dilakukan sebanyak 2 rakaat dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam pada setiap rakaat, dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat itu. Ini adalah cara yang sederhana dan tidak memakan masa yang lama.

3. Yang terlebih sempurna pula ialah dilakukan sebanyak 2 rakaat juga, dengan  2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam, dengan dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat (Kesimpulannya: jumlah qiyam, ruku‟ dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam dua rakaat solat sunat gerhana). Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu „Alaihi Wa Sallam bersama para sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang

Kadar panjang bacaan surah ialah surah al-Baqarah (286 ayat) dalam qiyam pertama, surah Ali Imran (200 ayat) dalam qiyam kedua, surah al-Nisa’ (176 ayat) dalam qiyam ketiga, dan surah al-Ma’idah (120 ayat) dalam qiyam keempat. Kadar panjang tasbih pula ialah sekadar bacaan 100 ayat atau 100 kali tasbih dalam ruku’ dan sujud pertama, sekadar bacaan 90 ayat atau 90 kali tasbih dalam ruku’ dan sujud kedua, sekadar bacaan 70 ayat atau 70 kali tasbih dalam ruku’ dan sujud ketiga, dan sekadar bacaan 50 ayat atau 50 kali tasbih dalam ruku’ dan sujud keempat.

Huraian Cara Kedua (Sederhana Panjang) Berikut adalah huraian cara solat gerhana dalam tempoh yang sederhana. Turut dicadangkan bacaan surah-surah pilihan daripada juzuk ke-30 yang lebih dikenali di kalangan masyarakat kita dengan „Surah-surah Lazim‟ atau „Juzuk „Amma‟.

  (Rakaat Pertama)

1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Isti‟azah.
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah dalam qiyam (pertama). Dicadangkan membaca surah surah al-Baqarah (ayat 1-25) atau surah al-A‟laa (19 ayat).
6. Ruku‟ (pertama) dan membaca tasbih sekadar 100 ayat yang sederhana panjang atau 100 kali tasbih.
7. „Iktidal.
8. Qiyam (kedua), membaca surah al-Fatihah
9. Membaca surah dalam qiyam (kedua). Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 26-48) atau surah al-Ghaasyiyah (26 ayat).
10. Ruku‟ (kedua) dan membaca tasbih sekadar 90 ayat yang sederhana panjang atau 90 kali tasbih.
11. „Iktidal.
12. Sujud (pertama) dan membaca tasbih sekadar 100 ayat yang sederhana panjang atau 100 kali tasbih.
13. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
14. Sujud (kedua) dan membaca tasbih sekadar 90 ayat yang sederhana panjang atau 90 kali tasbih.
15. Berdiri ke rakaat kedua.

(Rakaat Kedua)
 
1. Qiyam (ketiga) dan membaca surah al-Fatihah
2. Membaca surah dalam qiyam (ketiga). Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 49-61) atau surah al-Syams (15 ayat) atau surah al-Dhuha (11 ayat).
3. Ruku‟ (ketiga) dan membaca tasbih sekadar 70 ayat yang sederhana panjang atau 70 kali tasbih.
4. „Iktidal.
5. Qiyam (keempat) dan membaca surah al-Fatihah.
6. Membaca surah dalam qiyam (keempat). Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 62-74) atau surah al-Zalzalah (8 ayat) atau surah al-Insyirah (8 ayat).
7. Ruku‟ (keempat) dan membaca tasbih sekadar 50 ayat yang sederhana panjang atau 50 kali tasbih.
8. „Iktidal.
9. Sujud (ketiga) dan membaca tasbih sekadar 70 ayat yang sederhana panjang atau 70 kali tasbih.
10. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
11. Sujud (keempat) dan membaca tasbih sekadar 50 ayat yang sederhana panjang atau 50 kali tasbih.
12. Duduk dan membaca tasyahhud akhir.
13. Memberi salam.
14. Imam bangun untuk menyampaikan dua khutbah.

Sumber ( + )

Read more...

Waktu Solat Sunat Gerhana

Bagi Solat Sunat Gerhana Matahari, waktunya bermula apabila Bulan mula melindungi Matahari atau menyentuh Matahari sehinggalah berakhir dengan melepasi atau tidak melindungi Matahari lagi atau hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.
 Bagi Solat Sunat Gerhana Bulan pula waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan iaitu bayang Bumi mula menyentuh bulan dengan memasuki kawasan Penumbra, kemudian umbra dan berakhir dengan hilang gerhana iaitu melepasi kawasan penumbra dan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika terbenamnya dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka terdapat dua pendapat iaitu: i) Qaul Qadim: Tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang bila terbit fajar (subuh).
 ii) Qaul Jadid: Ada solat gerhana kerana kakuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari (syuruk). Didalam mazhab Syafie dibolehkan bersolat walaupun ketika berlaku gerhana tersebut adalah waktu tahrim.

Tatacara Sebelum Melaksanakan Solat Sunat Gerhana
1. Sunat mandi terlebih dahulu seperti mandi-mandi sunat yang lain.
2. Tidak disunatkan memotong kuku atau bercukur kerana waktu yang singkat.
3. Sunat juga memakai pakaian yang biasa (pakaian harian), bukan pakaian yang cantik-cantik seperti solat sunat istisqa‟ (minta hujan).
Beberapa Peringatan
1. Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
2. Tidak perlu azan dan iqamah untuk memanggil jemaah menunaikan solat gerhana tetapi cukup dengan sekadar ucapan : ( اصٌِّلاَجُ خَا ؼَِِحً ) seperti di dalam hadits di atas.
 3. Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan. Bagi solat sunat gerhana matahari pula disunatkan memperlahankan suara pada bacaan Fatihah dan surah.
4. Makmum yang tertinggal ruku‟ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam. Maklumat lanjut sila ruju‟ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
5. Sunat menyampaikan khutbah (dua khutbah seperti khutbah dua hari raya atau Jumaat, tetapi tidak disunatkan bertakbir 9 atau 7 kali berturutan pada mukaddimah khutbah seperti khutbah dua hari raya) selepas solat sunat gerhana walaupun gerhana sudah hilang seperti yang disebutkan dalam hadits di atas.
6. Ada ulama‟ seperti Syeikh Ali Syabramallisi yang berpendapat bahawa sunat dibacakan istighfar sebagaimana Khutbah Sunat Istisqa‟ (Minta hujan) iaitu : اَعْرَغْفِشُ الله اؼٌَظِ ازٌ لاَ اوٌ اِلاَّ ىُ الحَ امٌَ اًََ ذُ بٌُْ اٌَِ وِْْ
(9 kali pada awal khutbah pertama dan 7 kali pada awal khutbah yang kedua. Kitab Kasyfu al-Litham jilid 1 )
7. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah agar bertaubat daripada maksiat, bersedekah, berbuat kebajikan, banyak berdoa, beristighfar dan berzikir, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingatkan manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
8. Jika dilakukan berseorangan atau jemaah hanya daripada kalangan wanita, maka tidak perlu khutbah (tetapi harus memberi tazkirah kepada jemaah wanita).
9. Secara umumnya apabila berlaku Pertembungan antara solat sunat Gerhana dengan solat yang lain, maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat. Contohnya :
a. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.
b. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.
c. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.





Read more...

Dec 19, 2011

Kajian: Majoriti tolak video seks ‘Anwar’


Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati majoriti respondan mereka tidak percaya kepada video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.54 peratus respondan pula berkata, PAS mampu menjadi alternatif kepada Umno untuk menjaga kepentingan Melayu.Kajian itu juga mendapati, tahap kepercayaan yang rendah terhadap media arus perdana dalam membuat laporan tentang politik.Keputusan ini diperolehi dalam kajian yang dijalankan mereka pada 23 – 30 Oktober 2011 di Perak.
Ia melibatkan responden seramai 1304 orang dengan menggunakan kaedah temubual secara bersemuka menggunakan soalan kaji selidik berstruktur.
Demikian kata Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, Pengarah UMCEDEL, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dalam satu kenyataannya hari ini.
Kajian itu mendapati, hanya 18 peratus percaya kepada video seks itu, 46 peratus tidak percaya manakala 36 peratus lagi tidak pasti.
Selain keputusan itu, mereka juga mendapati majoriti pengundi di Perak telah membuat keputusan parti yang akan dipilih pada PRU ke 13 nanti.

 Persepsi pengundi di Perak terhadap kerajaan BN pula berada pada tahap yang tidak membanggakan.
45 peratus dari respondan tidak menyokong kenyataan BN telah menunjukkan prestasi yang baik di Perak, hanya 38 peratus bersetuju dan 17 peratus tidak pasti.
PAS pula dilihat mampu menjadi alternatif kepada Umno untuk menjaga kepentingan Melayu.
54 peratus dari mereka bersetuju dengannya, manakala hanya 19 peratus kata PAS tidak mampu sementara 27 peratus tidak pasti.
Mereka juga mendapati pendekatan program 1Malaysia masih belum mampu untuk meningkatkan sokongan terhadap BN di Perak.
Kajian ini juga mendapati majoriti etnik Melayu menyokong BN sementara majoriti etnik Cina menyokong Pakatan di negeri itu.

Read more...

Dec 18, 2011

Amalan pertama manusia dihitung pada hari akhirat

PELIHARA...solat adalah amalan yang mula-mula sekali dihitung pada hari akhirat kelak. 

IMAM Ahmad menyatakan, jarak antara seorang lelaki dengan kekufuran adalah meninggalkan solat. Di dalam riwayat At-Tabrani pula “Siapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka dia kafir nyata.” Tidak seperti ibadah lain, Allah memfardukan ibadah solat secara langsung kepada Rasulullah dalam peristiwa Israk dan Mikraj.
Antara kelebihan dan kepentingan solat dalam hidup kita ialah berpeluang berinteraksi dengan Allah.
Solat memelihara serta membentuk hubungan antara seseorang hamba dengan Tuhan-Nya melalui kemanisan bermunajat dan menyerahkan segala urusan kepada-Nya.

Seperti yang diajarkan Rasulullah, solat bermula dengan berdiri, rukuk, ‘iktidal, sujud dan berakhir dengan salam.


 Semua itu dilakukan bertujuan membesarkan Allah atas segala nikmat kurniaan kehidupan di dunia ini seperti kesihatan yang baik, zuriat, pasangan suami isteri, ibu bapa dan keluarga.

 Maka perbanyakkanlah berdoa memohon kepada Allah supaya dijauhkan daripada segala bahaya dan tipu daya syaitan.

Solat memberi manusia peluang menggandakan pahala serta menghapuskan segala dosa. Kita perlu mengucapkan rasa kesyukuran tidak terhingga kerana Allah memberikan banyak kelebihan kepada umat Nabi Muhammad yang tidak terdapat pada umat sebelumnya.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: “Bahawasanya aku mendengar Rasulullah s.a.w. bertanya kepada sahabatnya, adakah kamu percaya bahawa kekotoran masih melekat pada tubuh seseorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di hadapan rumahnya?” Lalu baginda bersabda: Begitulah umpamanya kesan solat yang dikerjakan lima kali sehari. Dengan rahmat Allah ia dapat menghapuskan segala dosa” (Muttafaq Alaih).

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam.

Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat (Surah Hud ayat 114).

Malah rahsia solat juga tersingkap 1,001 makna kerana ia memberi riadah kepada tubuh badan harian selain memberikan kerehatan jiwa.

Maka solat menjadi salah satu cara merawat kegelisahan dan gundah gulana dalam diri manusia.

Menurut riwayat Ahmad, apabila Rasulullah mengalami satu perkara yang mendukacitakan, Baginda mengatakan: “Berdirilah Wahai Bilal, damaikan kami dengan sembahyang.”

Meninggalkan solat pula menjadikan hati manusia jauh untuk melakukan amal kebaikan malah buruk akhlaknya.

Malah amalan yang mula-mula sekali dihitung pada hari pembalasan kelak ialah solat. Jika sempurna solatnya maka baiklah seluruh amalannya.

Kewajipan menunaikan solat lima kali sehari semalam tidak membataskan manusia walau di mana atau dalam apa juga keadaan sekalipun.

Ia perlu dilaksanakan sama ada dalam keadaan sihat, sakit, dalam peperangan, sedang bermusafir dan tidak mengira golongan sama ada kaya atau miskin.

Solat tidak boleh dipandang ringan dan ia perlu kepada kesabaran dan kekuatan dalaman yang kuat.

Malah seseorang yang inginkan diri mereka sentiasa menjaga serta memelihara solat perlu ada rasa tanggungjawab tinggi untuk melakukan amalan itu hanya kerana Allah.

Tidak boleh sesekali seseorang menggunakan cara yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti memakai susuk atau ilmu sihir bagi mendorong mereka ‘rajin’ beribadah.

Pegawai Agama Masjid Putra Nilai, Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanafi berkata, bagi mereka yang menggunakan susuk atau sihir bagi menzahirkan kekuatan untuk beribadah boleh membawa implikasi besar terhadap akidah mereka.

“Bahkan, jika tidak dikeluarkan susuk itu daripada tubuh badan, ia akan memudaratkan diri terutama ketika menghadapi saat nazak sakaratulmaut.

“Susuk ialah amalan memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan kelebihan sama ada secara nyata mahupun ghaib.

“Antara jenis susuk yang nyata adalah seperti susuk emas yang paling banyak digunakan untuk ilmu pengasih, susuk geliga buaya untuk tujuan pelacuran, susu beruang untuk ilmu kebal dan susuk buluh perindu untuk memerdukan suara atau menggoda,” katanya.

Beliau berkata, tujuan memakai susuk itu untuk menaikkan seri wajah, hebat dalam hubungan seksual, kebal, pelaris perniagaan dan juga sebagai kekuatan tenaga termasuk mendirikan solat.

“Pantang larang bagi pemakai susuk antaranya mereka tidak boleh memakan pisang emas, buah kundur, labu, makanan bercucuk seperti sate dan tidak boleh melihat cermin dalam tempoh tertentu dan dilarang menghadiri majlis pengebumian atau pergi ke tanah perkuburan.

“Amalan ini masih menjadi amalan segelintir masyarakat disebabkan kedangkalan mereka. Jelas ia membawa syirik kepada Allah,” katanya.

Mohd Fakhrurrazi berkata, terdapat banyak kes pemakai golongan muda disebabkan ibu atau nenek mereka memaksa memakai susuk sejak kecil bagi tujuan kecantikan.

“Lebih malang, pemakai tidak menyedari terdapat bendasing dalam tubuh mereka sehingga membawa kepada bertahun-tahun lamanya.

“Malah mereka melakukan ibadat seperti solat, puasa dan pergi menunaikan haji dalam keadaan bersusuk,” katanya.

Beliau berkata, hukum mendatangi pengamal atau menggunakan susuk adalah haram.
“Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud: “Sesiapa yang mendatangi, menilik nasib dan bertemu pawang atau bomoh maka dihukumkan kafir.

“Kedua, menggunakan susuk atau cara amalan yang tidak dipastikan kesahihan ibadat itu sehingga terdengar ada suara ghaib menyuruh seseorang mendirikan solat dan berbuat amal kebajikan disepakati haram.

“Ini berdasarkan tarjih ulama, amalan sesuatu ibadat ini tidak boleh diamalkan sehingga terdapat dalil pengharusan atau membolehkan ibadat dilakukan.
“Masyarakat kita juga sering dibelenggu pengamalan ayat tertentu sehingga didatangi ‘khadam’ atau penjaga.

“Hukumnya tetap haram dan membawa kepada syirik sehingga merosakkan akidah. Terdapat kisah ketua wali sheikh Qadir al-Jailani hampir ditipu iblis yang datang dalam bentuk cahaya gilang gemilang dan memaklumkan kepadanya sudah sampai ke peringkat tertinggi sehingga tidak diwajibkan untuk bersolat.

“Namun ia dihidu Sheikh Qadir dan melemparkan sepatunya dengan menyebut ‘auzubillahi mina syaitonirrojim’ supaya dapat berlindung daripada hasutan iblis yang sering memperdayakan manusia,” katanya.

Mohd Fakhrurrazi berkata, bagi pesalah yang melakukan amalan khurafat itu, mereka perlulah segera bertaubat dengan sebenar-benarnya.

“Pemakai susuk perlu membuang bahan yang dimasukkan itu ke dalam mana-mana anggota badan. Rawatan ini boleh didapati daripada mana-mana pengamal perubatan alternatif yang diiktiraf dan berpengalaman.

“Akidah pesalah juga perlulah dibimbing semula oleh pembimbing yang diiktiraf seperti dari Jabatan Mufti negeri yang mempunyai bahagian pemantapan akidah yang mampu menjalankan tugas berkenaan.

“Di sinilah hikmah mengapa kita seringkali mengulangi bacaan surah al-Fatihah memohon supaya sentiasa dibimbing ke arah jalan yang lurus,” katanya.




Read more...

Dec 10, 2011

Hadith Dhaif Dalam Buku Imam-Imam Hadith?...Bahagian 3


Alhamdulillah bertemu kembali dalam siri penulisan yang saya namakan ‘Hadith dhaif dalam buku imam-imam hadith?’. Tulisan ini cuba untuk memberikan penjelasan sekadar termampu tentang keadaan atau situasi yang sering ditemui oleh penuntut ilmu hadith iaitu – kewujudan hadith-hadith dhaif dalam buku-buku yang ditulis oleh pakar atau imam hadith terdahulu. Keadaan sebegini jika tidak difahami dengan teliti mungkin akan menimbulkan salah faham dan menjejaskan hasil kajian penuntut ilmu hadith pada masa ini.

Jika dalam tulisan yang lalu kita bersama dengan Imam Abu Daud dan bukunya yang terkenal iaitu Sunan, kali ini kita ingin melihat pula kepada seorang lagi imam yang terkemuka dalam kajian hadith iaitu Imam al-Tirmidzi. Mungkin penulisan tentang Imam al-Tirmidzi akan menyentuh banyak perkara dan tidak dapat dikumpulkan dalam satu artikel. Insya Allah setiap isu berkaitan Imam al-Tirmidzi yang belum disentuh akan dibicarakan dalam tulisan-tulisan akan datang.
Terdapat sebahagian penuntut ilmu hadith yang terjebak dalam salah faham dan salah tanggapan terhadap al-Tirmidzi. Di antara salah faham itu adalah seperti :

a)        Menganggap al-Tirmidzi melakukan kecuaian dalam menilai hadith. Contohnya hadith tertentu yang dhaif tetapi kita dapati al-Tirmidzi menilainya sebagai sahih atau hasan.
b)        Tidak meletakkan al-Tirmidzi sebaris dengan imam-imam hadith zaman itu seperti al-Bukhari, Muslim dan lain-lain lagi.
c)         Sebahagian penuntut ilmu tidak langsung bersusah payah untuk membaca buku al-Jami’ atau Sunan kerana merasakan ia mengelirukan kerana tidak tahu mana yang benar-benar sahih dan mana yang benar dhaif.
d)        Menumpukan kajian dan tumpuan mereka kepada Sahih Sunan al-Tirmidzi dan Dhaif Sunan al-Tirmidzi yang telah disusun oleh syeikh al-Albani dan tidak langsung melakukan kajian perbandingan.

Kesemua salah faham dan kekeliruan ini mungkin kerana mereka tidak melakukan proses menuntut ilmu bermula dari bawah. Bermula dari bawah dengan maksud mereka seharusnya ‘berkenalan’ dengan Imam al-Tirmidzi dan mengetahui pula bagaimana metodologi penulisan beliau dalam buku-bukunya yang berbeza.
Mungkin juga salah faham ini berpunca kerana mereka terlalu inginkan kepuasan mengetahui yang mana ‘sahih’ dan yang mana ‘dhaif’ sehinggakan mereka tidak tahu betapa susah dan rumitnya proses untuk mendapatkan natijah kajian tersebut. Adakah mereka menyangka penilaian tentang kesahihan dan kedhaifan yang dibuat oleh imam-imam terdahulu seperti al-Tirmidzi adalah semudah apa yang kita boleh lakukan di zaman ini?
Salah faham ini adakalanya juga berpunca – berdasarkan pengamatan penulis – kerana terdapat sebahagian tokoh yang dianggap berpengaruh dalam hadith yang telah terjebak sendiri dalam salah faham ini lalu mempengaruhi penuntut ilmu hadith yang baru berjinak untuk memahami ilmu ini. Apabila seorang tokoh yang dianggap pakar dalam hadith menyebut – sebagai contoh – bahawa al-Tirmidzi cuai dalam kajian dan kita perlu merujuk kepada syeikh al-Albani, maka pastilah para muridnya juga akan bersikap begitu.
Lalu lahirlah satu sikap yang amat merbahaya iaitu mencari ‘jalan pintas’ untuk menjadi ahli hadith tanpa melalui susah payah dan tangga ilmu dalam menuju matlamat tersebut.
Jalan pintas ini menyebabkan sebahagian mereka tidak lagi membaca buku-buku asal dan cuba memahaminya, tetapi cukup dengan mereka membaca penulisan ringkas yang menceritakan tentang buku tersebut atau tentang seseorang imam hadith. Maka di antara hasilnya ialah salah faham yang disebutkan di atas iaitu berlakunya salah faham terhadap kedudukan Imam al-Tirmidzi dan juga bukunya al-Jami’ atau Sunan.
Apatah lagi jika mereka bertemu dengan hadith-hadith yang mana menurut pengkaji moden ialah ‘dhaif’ atau ‘sangat dhaif’ atau ‘palsu’, dan dalam masa yang sama hadith itu diniyai sahih atau hasan pula oleh Imam al-Tirmidzi! Inilah yang akan menguatkan lagi salah faham yang sedia ada bahawa memang benar Imam al-Tirmidzi dan penilaiannya terhadap hadith tidak dianggap sebagai yang utama dan ilmiah,  malah dianggap sebagai kajian yang ‘memerlukan kajian’.
Untuk mengurangkan kekeliruan ini, elok rasanya kita bersama melihat beberapa fakta yang kurang diberikan perhatian berkaitan Imam al-Tirmidzi dan bukunya al-Jami’ atau Sunan. Insya Allah, ianya akan dibicarakan dalam tulisan akan datang. Harap bersabar kerana artikel untuk kali ini bertujuan memperincikan permasalahan dan puncanya manakala artikel seterusnya adalah untuk memperjelaskan dan memberikan penyelesaian.

Adlan Bin Abd. Aziz

Read more...

Hadith Dhaif Dalam Buku Imam-Imam Hadith?...Bahagian 2


Alhamdulillah kita dapat bertemu lagi dan menyambung bicara artikel pertama. Saya berharap tulisan bersiri sebegini akan menjadikan saya lebih mudah untuk menghuraikan sesuatu hujah dan juga memudahkan pembaca untuk memberikan tumpuan kepada tajuk-tajuk kecil yang dibicarakan.
Dalam tulisan lepas kita telah melihat sepintas lalu tentang persoalan yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penuntut ilmu hadith iaitu – kewujudan hadith-hadith dhaif dalam buku-buku hadith utama yang disusun oleh imam-imam hadith terkemuka.
Begitu juga saya telah cuba senaraikan sebahagian daripada penyelesaian yang biasa ditemui dalam menghuraikan permasalahan ini dalam kalangan pengkaji moden dan penuntut ilmu hadith di mana-mana termasuk di Malaysia. Lalu saya menyatakan bahawa saya tidak bersetuju dengan tafsiran-tafsiran atau penyelesaian yang diberikan. Mengapa?

Sebagai permulaan, saya ingin mengajak sekali lagi para pembaca melihat tafsiran yang sering kita temui dalam memahami situasi ini iaitu: Imam-imam hadith melakukan kesilapan kerana mereka manusia biasa. Mereka tidak tahu hadith-hadith itu dhaif dan ia merupakan perkara yang biasa berlaku.
Apa yang saya ingin bicarakan kali ini ialah – dari manakah kita mendapat kepastian bahawa para imam itu tidak tahu hadith-hadith tersebut adalah dhaif? Kenapa tidak kita timbulkan andaian lain bahawa imam-imam itu sebenarnya tahu hadith-hadith itu dhaif?
Mari kita fikirkan bersama berdasarkan satu contoh sahaja untuk artikel ini:
Kedudukan ‘Imam’ dalam Hadith
Dengan melihat kepada biodata dan riwayat kehidupan para imam terdahulu, kita dapati bahawa mereka bukan ahli hadith biasa. Sememangnya terdapat ahli hadith yang biasa dan terdapat pula imam-imam hadith yang berkedudukan lebih tinggi dari ahli hadith yang lain. Kedudukan mereka sebagai imam sebenarnya telah meminimumkan kemungkinan mereka sampai ke tahap melakukan kesilapan mudah iaitu tidak tahu kedhaifan hadith lalu memasukkannya dalam buku-buku utama mereka.
Abu Daud dan Sunan sebagai contoh
Saya ingin mengambil contoh kedudukan Imam Abu Daud (275H) yang merupakan penyusun kitab yang terkenal iaitu Sunan Abu Daud. Sesiapa sahaja yang membaca ulasan para ulama zaman berzaman akan mendapati bahawa di dalam Sunan Abu Daud terdapat hadith-hadith yang sahih dan terdapat juga hadith yang tidak sahih. Bahkan ramai penuntut ilmu hadith tahu bahawa salah seorang ahli hadith moden membahagikan pula buku sunan kepada : Sahih Sunan Abi Daud dan Dhaif Sunan Abi Daud.
Lalu ada di antara penuntut ilmu hadith zaman ini yang berminat lalu bersungguh menganalisis sanad-sanad Sunan Abu Daud untuk mengetahui sebab kedhaifan hadith-hadith tertentu. Maka mereka dengan dibantu oleh buku-buku tertentu dalam profil periwayat dan Jarh Ta’dil seperti Taqrib al-Tahdzib, Tahdzib al-Kamal dan sebagainya telah berjaya menemui kecacatan dalam hadith-hadith Sunan Abu Daud. Mari kita fikirkan bersama beberapa perkara berikut…
 1-     Abu Daud merupakan imam terkemuka dan menjadi rujukan dalam membezakan periwayat antara yang thiqah (diterima dalam meriwayatkan hadith) dan tidak thiqah. Buktinya lihatlah buku-buku yang mengumpulkan penilaian terhadap periwayat-periwayat hadith, kita akan dapati Abu Daud merupakan di antara sumber utama dalam memperolehi penilaian tersebut. Dalam keadaan sebegini, adakah boleh diterima jika dikatakan Abu Daud tidak tahu kecacatan menerusi kedhaifan periwayat sesuatu hadith?
2-     Abu Daud merupakan di antara imam yang menjadi murid kepada imam-imam hadith terkemuka seperti Imam Ahmad Bin Hanbal. Bahkan dia antara murid Ahmad yang menyerlah dan menonjol. Adakah murid yang sebegini hebat tidak tahu hadith di dalam bukunya adalah dhaif? Bahkan Imam Ahmad pernah ditunjukkan kepadanya buku Sunan oleh Abu Daud sendiri lalu Imam Ahmad berkata : Ini adalah sebuah buku yang baik. Adakah masuk akal Imam Ahmad memuji sebuah buku yang bercampur di dalamnya hadith sahih dan tidak sahih begitu sahaja?
3-     Sekiranya seorang ahli hadith moden bahkan seorang penuntut ilmu hadith yang masih baru dalam pengajian pun boleh mengenal pasti ‘kecacatan’ dalam sanad-sanad hadith Sunan Abu Daud, mengapa pula Abu Daud, seorang imam dan rujukan dalam penilaian hadith tidak dapat menemui kedhaifan hadith tersebut? Adakah ia terlalu ‘tersembunyi’ kepada seorang imam, dan terlalu ‘mudah’ bagi seorang penuntut dan pelajar?
4-     Bagi yang membaca Sunan Abu Daud, pasti akan bertemu dengan hadith-hadith yang dinilai sendiri kedhaifannya oleh Abu Daud. Malah penilaiannya merupakan penilaian yang menunjukkan kehebatan beliau. Adakah beliau tidak dapat menilai hadith-hadith lain?
5-     Kita patut tahu bahawa Abu Daud pernah menceritakan dalam sebuah suratnya (yang kini dicetak sebagai sebuah buku) kepada ahli ilmu di Mekah tentang teknik dan kaedah beliau menyusun buku Sunan. Di dalamnya dengan jelas disebut bahawa beliau tahu ada hadith yang dhaif di dalam bukunya dan ada yang diletakkannya tanpa ulasan. Adakah ini sama dengan anggapan sebahagian peminat ilmu hadith bahawa Abu Daud tidak tahu kedhaifan hadith tertentu?
6-     Paling penting, kita perlu tahu bahawa tujuan Abu Daud menyusun Sunan bukanlah sama seperti tujuan al-Bukhari menyusun bukunya al-Jami’ al-Sahih (mengumpulkan hadith-hadith sahih). Tujuannya ialah mengumpulkan hadith-hadith yang digunakan ahli fiqh dalam mengeluarkan hukum. Maka inilah yang menimbulkan salah faham dalam kalangan sebahagian kita bahawa imam-imam ini tidak tahu hadith tertentu dhaif lalu menyebutkannya dalam buku-buku utama. Rupanya kita tidak tahu tujuan utama setiap buku disusun.
Insya Allah, kita akan bersama melihat contoh-contoh lain dalam memahami mengapa ada hadith-hadith dhaif dalam buku imam-imam hadith terkemuka. Tulisan kali ini sebenarnya ingin mengajak para pembaca berfikir tentang kedudukan ‘imam’ yang dimiliki oleh penyusun buku-buku hadith terdahulu. Adakah ‘imam’ tidak dapat menemui kedhaifan hadith yang ditemui oleh seorang ‘ma’mum’?


Adlan Abd. Aziz

Read more...

Hadith Dhaif Dalam Buku Imam-Imam Hadith?...Bahagian 1

Written by alitantawi  

Sebahagian penuntut ilmu hadith terkadang menghadapi situasi-situasi atau masalah tertentu yang sukar untuk difahami. Situasi yang sebegitu sebenarnya akan mematangkan lagi mereka dengan syarat mereka bersungguh-sungguh membuat pembacaan, penilaian dan meneruskan pengajian tanpa jemu. Namun sekiranya ia tidak ditangani dengan baik, mungkin akan timbul pelbagai salah faham dan kekeliruan pada diri mereka.
Contoh situasi dan masalah yang perlu difahami dengan baik ialah – kewujudan hadith dhaif dalam buku-buku utama hadith yang dikarang oleh imam-imam hadith terdahulu – dan inilah yang akan kita bicarakan dengan kadar yang ringkas dan padat insya Allah.
Seorang penuntut ilmu hadith pasti tidak akan dapat memisahkan dirinya daripada menelaah dan membaca hadith-hadith melalui buku-buku utama hadith seperti:
Musnad Ahmad, Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Jami’ al-Tirmidzi, Sunan Ibn Majah, Sunan al-Nasaai dan lain-lain lagi.
 Apabila kita melihat pula dengan mendalam biodata tokoh-tokoh yang menulis buku-buku hadith itu pula, kita akan dapati mereka merupakan tokoh-tokoh terkemuka, pakar-pakar yang agung dan ulama hadith yang diiktiraf zaman berzaman. Setiap seorang daripada mereka merupakan tokoh yang bertanggungjawab melahirkan ramai ahli hadith selepas mereka yang juga menjadi imam dan pakar.
 Tetapi apabila kita mengambil buku-buku tertentu yang dikarang atau disusun oleh mereka, kita dapati di dalamnya terdapat hadith-hadith yang tidak sahih, malah terkadang amat dhaif! Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan mereka adalah imam terkenal dan terkemuka?
 Sebagai contoh, siapa tidak kenal Imam Ahmad Bin Hanbal? Tetapi di dalam bukunya al-Musnad terdapat hadith-hadith yang tidak sahih.
Begitu juga Imam-Imam yang mengarang kitab-kitab ‘Sunan’ iaitu ‘Abu Daud, al-Tirmidzi, Ibn Majah dan al-Nasaai’ – kita dapati bahawa di dalam buku-buku mereka terdapat hadith-hadith dhaif, malah terdapat ulama hadith moden yang membahagikan pula buku mereka kepada Sahih dan Dhaif lalu dicetak berasingan!
Kita juga membaca ketokohan dan kehebatan ilmu Imam al-Daraqutni dan al-Tabarani – tetapi hadith-hadith yang mereka riwayatkan di dalam buku-buku mereka didapati dhaif malah palsu!
 Inilah yang membingungkan kita kerana mereka adalah Imam dan tokoh terkemuka hadith.
 Sebahagian penuntut ilmu membuat kesimpulan ringkas dan padat tentang fenomena atau situasi ini. Sebahagian mereka berkata:
 -         Biasalah, imam-imam itu pun manusia. Mereka tidak maksum. Pasti mereka melakukan kesilapan dan ulama hadith terkemudian dan modenlah yang bertanggungjawab membetulkan kembali keadaan.
-         Imam-imam itu tidak sempat atau tidak sedar untuk membetulkan kesilapan yang mereka lakukan.
-         Ilmu hadith adalah ijtihad, maka ijtihad imam-imam itu ada yang salah dan ulama moden lebih tahu untuk berijtihad kembali dan menilai hadith itu dengan penilaian yang lebih tepat.
 Begitulah antara kesimpulan ringkas yang saya pernah temui dalam kalangan sebahagian penuntut ilmu hadith yang ingin mentafsirkan situasi memeningkan yang kita bicarakan di sini.
 Saya berkata : Saya tidak bersetuju sama sekali dengan kesimpulan-kesimpulan yang disebutkan tadi atau kesimpulan lain yang sama waktu dengannya.
 Ingin tahu kenapa? Teruskan membaca siri kedua artikel ini. insya Allah

Adlan Abd. Aziz

Read more...

Dec 8, 2011

Dimana Allah

Mengingkari Zat, Nama & Sifat-Sifat Allah Adalah Sesat


Kertas kerja yang bertajuk “Mengingkari Zat, Nama & Sifat-Sifat Allah Adalah Sesat” adalah kertas keraja yang mempunyai dua tajuk  Tajuk asalnya ialah “Di mana Allah”.   Kertas kerja ini telah dibentangkan di dewan Persatuan al-Islah Perlis dan di Pusat Persatuan Muhammadiyah Singapura.  Telah di dikulliahkan juga dibeberapa majlis ilmu seperti  di Selangor, di Masjid Paya Terubung Pulau Pinang dan di Negeri Johor terutamanya di Johor Bahru.
Penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada “Kerajaan Negeri Perlis, Jabatan Agama Islam Perlis, Para Imam dan Ahli Jawatan Kuasa Masjid di Perlis (terutama masjid-masjid yang sudi mengundang penulis untuk menyampaikan kulliah dan membentangkan kertas kerja ini).
Begitu juga penulis mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Persatuan al-Islah Perlis terutama Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua dan ahli-ahli jawatan kuasanya yang menguruskan segala penginapan dan kemudahan semasa penulis berada di Perlis.  Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Persatuan Muhammadiyah Pulau Pinang dan juga Persatuan Muhammadiyah Singapura kerana mengundang penulis memberikan kulliah di pusat Muhammadiyah dan di zon-zon cawangan Pertubuhan Muhammadiyah Singapura.
Semoga mereka-mereka yang membantu dan memudahkan penulis menyampaikan dakwah Islamiyah sentiasa dirahmati, diredhai dan diberkati oleh Allah Azza wa-Jalla.   Amin!!
 
بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اِنَّ الْحَمْدَ للهِ ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ اَنْفُسِنَا وِمِنْ سَيِّئَاتِ اَعْمَالِنَا ، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ . وَاَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَمَّا بَعْده:

DI MANA ALLAH? 
Terdapat segolongan besar masyarakat Islam yang masih menyerupakan, menyetarakan atau mensekufukan hakikat zat, nama-nama dan sifat-sifat Allah dengan makhlukNya, sama disedari oleh mereka atau tidak disedari.  Antara perbuatan mungkar mereka yang paling jelas untuk dijadikan contoh dalam memperkatakan persoalan ini ialah:  “Mereka menyamakan keadaan dan keberadaan (tempat) Allah dengan makhlukNya sehingga meyakini dan mengatakan bahawa Allah berada “di mana-mana” yang meliputi semua benda yang ada”.  Inilah jawapan dan pengakuan golongan yang sesat[1] ini apabila ditanyakan kepada mereka: "Di mana Allah?".
            Sesungguhnya untuk menjawab pertanyaan dan mengetahui di mana Allah Subhanahu wa-Ta’ala berada, wajib terlebih dahulu mengetahui melalui ilmu yang benar, iaitu mengambil jawapannya dari al-Quran, as-Sunnah, athar sahabat yang sahih yang telah dijelaskan oleh para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah, terutamanya dari mereka yang memahaminya melalui pemahaman manusia yang berada dikurun mufadalah (اَلْمُفَضَّلَةُ) “kurun terbaik” yang terdiri dari para sahabat, tabiin dan tabi'ut at-tabi'in, iaitu mereka yang digelar sebagai para Salaf as-Soleh.
Perlunya kita berpegang hanya dengan penjelasan mereka (para Salaf as-Soleh) dalam setiap persoalan agama kerana merekalah yang paling tahu tentang agama, amat tepat ilmunya dan kebenaran akidah mereka telah diakui oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, para sahabat dan umat selepas mereka.  Apa yang disampaikan oleh mereka memang tidak ada keraguan dan syubahat terutama dalam memahami tentang zat, nama-nama dan sifat-sifat Allah Subhanahu wa-Ta’ala.
Mereka (para Salaf as-Soleh) adalah orang-orang yang paling berilmu dan tahu, mereka dilahirkan di kurun yang terbaik, mereka hidup di zaman wahyu, mengetahui bila, di mana dan mengapa wahyu itu turun, mereka telah dididik oleh Nabi dengan al-Quran dan mengambil agama sebagai petunjuk secara terus menerus dari baginda. Yang jelas, mereka adalah manusia-manusia yang paling mulia sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:
خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ.
     
      "Sebaik-baik (semulia-mulia) manusia ialah yang di dalam kurunku, kemudian yang sesudahnya (Tabi'in) dan kemudian yang sesudah mereka (tabi'ut at-tabi'in)".[2]
            Adapun golongan yang sesat dan kesasaran, sering memutar-belitkan hujjah dan kenyataan tentang "Di mana Allah?" melalui ayat-ayat al-Quran yang disalah tafsirkan oleh mereka, atau ditafsirkan melalui rakyi (fikiran), hawa nafsu atau akal mereka semata.  Akibatnya penafsiran mereka banyak yang menyalahi dan bertentangan dengan kaedah penafsiran Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berlandaskan manhaj Salaf as-Soleh.
            Antara ayat yang dijadikan hujjah dan disalah-gunakan (disalah tafsir) oleh mereka yang sesat tentang memahami dan menjelaskan "Di mana Allah?" dapat dibuktikan melalui contoh dari beberapa ayat-ayat al-Quran dan penghuraiannya.  Antara ayat-ayat tersebut ialah:

Ayat Pertama:
اَلَمْ تَرَى اَنَّ اللهَ يَعْلَمُ مَا فِى السَّـمَاوَاتِ وَمَا فِى اْلاَرْضِ ، مَايَكُوْنُ مِنْ نَّجْوَى ثَلاَثَةٍ اِلاَّ هُوَ رَابِعُهُمْ وَلاَ خَمْسَةٍ اِلاَّ هُوَ سَادِسُهُمْ وَلاَ اَدْنَى مِنْ ذَلِكَ وَلاَ اَكْثَرَ اِلاَّ هُوَ مَعَهُمْ اَيْنَ مَاكَانُوْا ثُمَّ يُنَبِّئُكُمْ بِمَا عَمِلُوْا يَوْمَ الْقِيَامَةِ اِنَّ اللهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمٌ.
      
     “Tidakkah kamu perhatikan bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang di langit dan apa yang ada di bumi.  Tiada perkataan rahsia antara tiga orang, melainkan Dialah yang keempat.  Dan tiada (perkataan antara) lima orang melainkan Dialah yang keenam.  Dan tiada (pula) perkataan antara (jumlah) yang kurang dari itu atau yang lebih banyak melainkan Dia ada bersama mereka di manapun mereka berada.  Kemudian Dia akan memberitakan kepada mereka pada Hari Kiamat apa yang telah mereka kerjakan.  Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu".
Al-Mujadalah, 58:7 
Penjelasan Ayat Pertama:
            Jika dikaji, diperhatikan dan difahami penafsiran dari keseluruhan ayat di atas ini, iaitu dari awalnya sehinggalah ke akhir ayat, adalah jelas bahawa ia dimulakan dengan memperkatakan tentang "Pengetahuan Allah atau ilmuNya" iaitu firman Allah: "Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah Mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi".  Ayat ini dimulakan dengan pengkhabaran bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala Mengetahui (ilmu Allah Maha Mengetahui) apa yang di langit dan apa yang di bumi.  Dia Mengetahui bisikan dua orang yang berbisik-bisik atau yang lebih dari dua orang.
Kemudian dengan jelas ayat di atas ini diakhiri dengan perkataan (kalimah) tentang ilmu atau pengetahuan Allah ‘Azza wa-Jalla, iaitu firmanNya:  "Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu".   Ini membuktikan Allah sentiasa bersama kita ilmuNya, bukan zatNya.[3]
            Imam Ahmad rahimahullah telah menerangkan tentang maksud ayat ini:
اِفْتَتَحَ اْلاَيَة بِالعِلْمِ وَاخْتَتَمَهَا بِالْعِلْمِ.
"Dimulakan ayat ini dengan memperkatakan ilmu dan diakhiri juga dengan memperkatakan ilmu".[4]
            Menurut penjelasan Imam Ahmad rahimahullah bahawa yang dimaksudkan Allah bersama hambaNya ialah yang bersama hambaNya itu "ilmuNya bukan zatNya", jawapan Imam Ahmad ini bukanlah suatu yang bid'ah atau sesuatu yang diada-adakan kerana Imam Ahmad paling menentang perkara yang dianggap bid’ah, sebaliknya inilah penafsiran para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berpegang dengan pemahaman para ulama Salaf as-Soleh.  Sebagaimana yang ditafsirkan juga oleh Ibn Jarir dari Ad-Dahak dalam tafsirnya tentang ayat ini bahawa beliau menjelaskan:
      "Dia (Allah) di atas 'ArasyNya dan yang bersama dengan mereka (manusia) ialah ilmuNya”. 
 
Dan seterusnya beliau menjelaskan: 
 
“Bahawasanya Dia (Allah) menyaksikan mereka dengan ilmuNya dan Dia (Allah) di atas 'ArasyNya".[5]
            Imam Ibn Kathir rahimahullah pula dengan tegas menjelaskan tentang ayat ini di dalam tafsirnya:
وَلِهَذَا حَكَى غَيْرُ وَاحِدِ اْلاِجْمَاعِ عَلَى اَنَّ الْمُرَادَ بِهَذِهِ اْلاَيَةِ مَعِيَّةُ عِلْمهُ تَعَالَى.
"Oleh kerana yang demikian, telah menceritakan bukan seorang malah secara ijmak atas kesepakatan mereka bahawa yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah Allah bersama seseorang ilmuNya".[6]
            Seterusnya Imam Ibn Kathir rahimahullah menjelaskan lagi:
لاَ يَغِيْبُ عَنْهُ مِنْ اُمُوْرِهِمْ شَـيْء ثُمَّ قَالَ تَعَالَى {ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا عَمِلُوْا يَوْمَ الْقِيَامَةِ اِنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمٍ}.
        "Tidak tersembunyi dari pengetahuanNya segala apapun perkara (urusan) mereka, oleh kerana itu Allah berfirman:  Kemudian Dia akan memberitahukan kepada mereka pada Hari Kiamat apa yang mereka kerjakan.  Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu".[7]

Ayat Kedua:
            Ayat di bawah ini dijadikan hujjah oleh mereka yang ingin membuktikan bahawa Allah Subhanahu wa-Ta’ala berada di mana-mana (tidak bertempat).  Malangnya penafsiran dan pemahaman mereka tentang ayat ini tidak berlandaskan pemahaman Salaf as-Soleh.  Oleh yang demikian ia perlu dihurai dan ditafsirkan sebagaimana yang dikehendaki oleh syara.  Firman Allah:
وَهُوَ مَعَكُمْ اَيْنَمَا كُنْتُمْ.
"Dan Dia (Allah) bersama kamu di mana sahaja kamu berada".
Al-Hadid, 57:4.
 
Penjelasan Ayat Kedua:
Yang dimaksudkan: "Dia bersama kamu"  pada ayat di atas bukanlah bersama hingga bersatu dengan mereka (makhluk) pada keadaan, zat atau tempatnya sebagaimana yang difahami oleh golongan sufi yang berakidah wahdatul wujud (وحدة الوجود).  Tetapi dalam istilah dan penafsiran yang tepat dan benar yang dikehendaki oleh Alhi Sunnah wal-Jamaah ialah:
“Allah bersatu dengan mereka KudratNya, pendengaranNya, pentadbiranNya, kerajaanNya atau dengan makna kerububiyahanNya, sedangkan Dia di atas ArasyNya dan di atas segala makhluk-makhlukNya”.[8]
            Sufiyan At-Thauri rahimahullah telah menafsirkan ayat di atas dengan hadith riwayat Imam Bukhari:
بِاَنَّ ذَلِكَ عِلْمُهُ كَمَا رُوِيَ ذَلِكَ عَنْهُ الْبُخَارِي.
      "Sesungguhnya (apa yang dimaksudkan oleh) ayat tersebut ialah (yang bersama kita) IlmuNya sebagaimana yang telah diriwayatkan (tentang ayat tersebut) dari Bukhari".[9]

وَقَالَ الذَّهَبِى : رُوِيَ غَيْرُ وَاحِدٍ عَنْ معْدَانٍ قَالَ : سَاَلْتُ سُفْيَانَ الثَّوْرِى عَنْ قَوْلِهِ تَعَالَى : (وَهُوَ مَعَكُمْ اَيْنَمَا كُنْتُمْ) قَالَ : بِعِلْمِهِ.

      "Berkata az-Zahabi:  Telah diriwayatkan bukan sahaja hanya dari seorang, dari Ma'dan berkata:  Aku telah bertanya kepada Sufiyan at-Thauri tentang firman Allah (Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada) beliau berkata:  (Yang bersama ialah) IlmuNya".[10]     
Berkata Ibn Jarir rahimahullah dalam menafsirkan ayat ini di dalam kitab tafsirnya:
      "Dia (Allah) melihat kamu wahai manusia!  Di mana sahaja kamu berada, Dia mengetahui (apa sahaja) tentang kamu dan mengetahui segala amal kamu......, Dan Dia di atas 'ArasyNya dan 'ArasyNya di atas langit yang ke tujuh".[11]
Berkata Abu Al-Qasim Al-Asfahani rahimahullah:
      "Maka jika sekiranya mereka mempersoalkan kamu tentang penta'wilan ayat (dan Dia bersama kamu di mana kamu berada) dan kamu menafsirkan (maksud ayat tersebut yang bersama ialah) IlmuNya?  Kami katakan:  Kami tidak menta'wilkan kerana sesungguhnya ayat tersebut menunjukkan bahawa yang dimaksudkan yang bersama ialah ilmuNya kerana Dia berfirman di akhir ayat tersebut (Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui di atas segala sesuatu)".[12]
            Telah berkata Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya tentang ayat ini:
       "Dia (Allah) mengawasi kamu, memerhatikan segala perbuatan kamu di mana sahaja kamu berada sama ada di daratan atau di lautan, dimalam hari atau disiangnya, di dalam rumah-rumah kamu atau di luar rumah.  Maka segala-galanya itu dalam pengetahuanNya (ilmuNya) tanpa terkecuali.  Segala-galanya adalah di bawah penglihatanNya, pendengaranNya, maka Dia mendengar percakapan kamu, melihat kedudukan kamu, mengetahui semua rahsia-rahsia kamu dan bisikan kamu kerana Dia telah berfirman:
اَلاَ اِنَّهُمْ يَثْنُوْنَ صُدُوْرَهُمْ لِيَسْتَخْفُوْا مِنْهُ اَلاَ حِيْنَ يَسْتَغْشُوْنَ ثِيَابَهُمْ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّوْنَ وَمَا يُعْلِنُوْنَ اِنَّهُ عَلِيْمٌ بِذَاتِ الصُّدُوْرِ.

"Ingatlah!  Sesungguhnya (orang munafik itu) memalingkan dada mereka untuk menyembunyikan diri daripadanya (Muhammad).  Ingatlah!  Di waktu mereka menyelimuti dirinya dengan kain, Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka lahirkan, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati".[13]
 
Seterusnya Allah ‘Azza wa-Jalla berfirman:
 
سَـوَاءٌ مِّنْكُمْ مَّنْ اَسَـرَّ الْقَوْلَ وَمَنْ جَهَرَ بِهِ وَمَنْ هُوَ مُسْـتَخْفِ بِالَّيْلِ وَسَارِبُ بِالنَّهَارِ.

      "Sama sahaja (bagi Tuhan) siapa di antaramu yang merahsiakan ucapannya dan siapa yang berterus-terang dengan ucapannya itu, dan siapa yang bersembunyi dimalam hari dan yang berjalan (menampakkan diri) disiang hari".[14] 
 
Seterusnya Imam Ibn Kathir menjelaskan:
 
      "Tiada Ilah (yang wajib diibadahi) selain Dia, tiada Tuhan (Pencipta) selain Dia dan telah thabit (jelas) di dalam hadith yang sahih bahawa Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam bersabda kepada Jibril semasa ditanya tentang ihsan, baginda bersabda:  Hendaklah kamu menyembahNya (Allah) seolah-olah kamu melihatNya dan jika kamu tidak melihatNya sesungguhnya Dia melihat kamu".[15]  (Bersama dan melihat tidaklah serupa kerana tidak semestinya melihat itu bersama pada zatNya).
            Berkata Abu Hayyan Al-Andelusi, At-Thauri dan juga Al-Qurtubi:
وَهُوَ مَعَكُمْ اَيْ بِالْعِلْمِ وَالقَدْرِ
"Dia (Allah) bersama kamu, iaitu yang bersama (kamu ialah) ilmuNya dan kudrahNya".[16]
            Semua keterangan di atas dapat menjelaskan bahawa "Allah Maha Mengetahui" apa sahaja yang dilakukan oleh makhlukNya dan apa yang tersemat di hatinya kerana ilmu Allah bersamanya, begitu juga kudrat (kekuasaan) Allah amat luas yang menguasai segala ciptaanNya.
وَقَالَ الاَلُوْسِـىْ : وَاْلاَيَةُ تَمْثِيْلٌ لإِحَاطَةِ عِلْمُ اللهِ بِهِمْ وَتَصْـوِيْرٌ لِعَدَمِ خُرُوْجِهِمْ عَنْهُ اَيْنَمَا كَانُوْا.

“Berkata Al-Alusi:  Semua ayat (yang memperkatakan persoalan di mana Allah, pent.) sebagai pembuktian bahawa ilmu Allah meliputi mereka dan menggambarkan bahawa tidak terlepasnya mereka dari ilmu Allah walaupun di mana mereka berada".[17]
 
قَالَ الْقَاسِمِي : وَقَدْ بَسَطَ اْلإِمَامُ اَحْمَدُ الْكَلاَمَ عَلَى الْمَعِيَّةِ فِى الرَّدِّ عَلَى الْجَهْمِيَّةِ : وَلَفْظُ الْمَعِيَّةِ فِى كِتَابِ اللهِ جَاءَ عَامًا كَمَا فِى هَاتَيْنِ اْلآيَتَيْنِ - اَلْحَدَيْدِ وَالْمُجَادَلَةِ - وَجَاءَ خَاصًافِى قَوْلِهِ تَعَالَى : (اِنَّ اللهَ مَعَ الَّذِيْنَ اتَّقُوْا وَالَّذِيْنَ هُمْ مُحْـسِـنُوْنَ) وَقَوْلُهِ : (اِنَّنِيْ مَعَكُمَا اَسْـمَعُ وَاَرَى) وَقَوْلِهِ : (لاَتَحْزَنْ اِنَّ اللهَ مَعَنَا) فَلَوْكَانَ الْمُرَادُ بِذَاتِهِ مَعَ كُلِّ شَيْءٍ لَكَانَ التَّعْمِيْمِ يُنَاقِضُ التَّخْـصِـيْص فَاِنَّهُ قَدْ عَلِمَ اَنَّ قَوْلَهُ : (لاَ تَحْـزَنْ اِنَّ اللهَ مَعَنَا) اَرَادَ بِهِ تَخْصِيْصهُ وَاَبَا بَكْرٍ دُوْنَ عَدُوِّهِمْ مِنَ الْكُفَارِ.
      "Telah Berkata Al-Qasimi:  Imam Ahmad telah membentangkan bantahannya terhadap Jahmiyah tentang kepercayaan (مُعِيَّة) (Allah berada di mana-mana/bersama/berserta makhluk).  Dan (Berkata Imam Ahmad):  Lafaz ma'iyah (مَعِيَّةٌ) di dalam kitab Allah didatangkan secara am sebagaimana di dua potong ayat ini -al-Hadid dan al-Mujadalah - dan ada kalanya didatangkan secara khas sebagaimana firman Allah:  (Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertakwa dan mereka-mereka yang berbuat kebaikan).  FirmanNya lagi:  (Sesungguhnya Aku bersama kamu berdua, mendengar dan melihat).  FirmanNya lagi:  (Janganlah engkau berdukacita sesungguhnya Allah bersama kita).  Jika sekiranya yang dimaksudkan di ayat ini bahawa zatnya berserta/bersama setiap sesuatu, tentulah jika dimaksudkan secara umum (bersama makhlukNya) ia bertentangan dengan yang khusus, sesungguhnya telah diketahui bahawa firman Allah (Janganlah engkau berdukacita sesungguhnya Allah bersama kita) jika dikehendaki (oleh Jahmiyyah) secara umum (Allah berserta makhlukNya ini tentulah di samping) bersama Rasulullah juga termasuklah Allah bersama musuh Rasulullah sedangkan Abu Bakar tidak terhitung musuh dari kalangan kuffar (musuh).  Begitu juga firman Allah (Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan mereka yang berbuat baik) ayat ini khusus tidak termasuk orang-orang yang zalim dan pelaku maksiat".[18]
 
قَالَ اْلإِمَامُ اَحْمَدُ رَحِمَهُ الله : فَلَفْظُ الْمَعِيَّةِ لَيْسَتْ فِى لُغَةِ الْعَرَبِ وَلاَ شَيْء مِنَ الْقُرْآنِ اَنْ يُرَادَ بِهَا اِخْطِلاَط اِحْدَى الذَّاتَيْنِ بِاْلاُخْرَى كَمَا فِى قَوْلِهِ تَعَالَى : (مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ وَالَّذِيْنَ مَعَهُ) وَفِىقَوْلِهِ : (فَاُوْلَئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِيْنَ) وَقَوْلِهِ  (اِتَّقُوْا اللهَ وَكُوْنُوْا مَعَ الصَّادِقِيْنَ) وَفِى قَوْلِهِ : (وَجَاهِدُوْا مَعَكُمْ) وَمِثْلُ هَذَا كَثِيْرٌ فَامْتَنَعَ اَنْ يَكُوْنَ قَوْلُهُ (وَهُوَ مَعَكُمْ) يَدُلُّ عَلَى اَنَّ ذَاتَهُ مُخْتَلِطَةٌ بِذَوَاتِ الْخَلْقِ.
"Maka lafaz (مَعِيَّةٌ) (Yang bermaksud bersama) yang terdapat dalam Bahasa Arab dan juga di dalam al-Quran  tidak pernah diertikan lafaz tersebut (bersama atau berserta) kepada pengertian:  "Bercampur/bersatunya dua zat (yang berlainan) antara satu dengan yang lain.  Contohnya firman Allah: }Muhammad itu utusan Allah dan orang-orang yang bersamanya{.  FirmanNya: }Maka mereka itu bersama orang-orang yang beriman{.  Dam firmanNya:  }Bertakwalah kamu sekalian kepada Allah dan bersamalah dengan orang-orang yang siddiqin{.  Ayat seperti yang dicontohkan ini amat banyak.  Ayat ini dapat menghalang dari memaksudkan firman Allah (Dia bersama kamu) yang menunjukkan bahawa ZatNya meliputi sekalian zat-zat makhlukNya".[19]  
 
Berkata Al-Qasimi rahimahullah
 
      "Telah menjadi kebiasaan ucapan termasuk dalam tajuk yang lain yang jelas bahawa lafaz (مَعِيَّةٌ) "bersama/berserta" dalam bahasa (Arab) sekalipun menunjukkan berkumpul, berserta dan bersama, maka ia jika dilibatkan dengan para hamba (maka ia tetap) tidak dinafikan bahawa ia menunjukkan ketinggian 'ArasyNya.  Maka kesimpulan lafaz ma'iyah (bersama/berserta) dalam segala tempat mengikut perkiraanNya, berserta semua makhluk IlmuNya, KudratNya serta KekuasaanNya dan dikhususkan sebahagian mereka dengan pertolongan, kemenangan dan bantuanNya".[20]
 
Berkata Imam Syamsuddin az-Zahabi rahimahullah salah seorang dari ulama besar mazhab Syafie:
 
“Sesiapa mengingkari bahawa Allah ‘Azza wa-Jalla di langit, maka dia seorang yang kafir”.  (Lihat:   مختصرالعلو للعلي الغفار   oleh al-Hafiz Syamsuddin az-Zahabi.  Hlm. 137).
            Semua nas-nas di atas jelas menunjukkan bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala bersama dengan sesiapa sahaja, tetapi yang bersama adalah ilmuNya bukan zatNya kerana Allah bersemayam di atas ‘ArasyNya yang berada di langit.  Inilah keyakinan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh.

Ayat Ketiga:
 
      Ayat di bawah ini termasuk ayat yang dijadikan hujjah oleh mereka yang mendakwa bahawa Allah ‘Azza wa-Jalla berada di mana-mana.  Pada hal jika mereka mengembalikan maksud dan tafsiran ayat ini ternyata pendapat mereka sangat bertentangan dengan penafsiran golongan muffasir (ulama tafsir) Ahli Sunnah wal-Jamaah.  Allah berfirman:
 
وَهُوَ اللهُ فِى السَّمَوَاتِ وَفِى اْلاَرْضِ يَعْلَمُ سِرَّكُمْ وَجَهْرَكُمْ وَيَعْلَمُ مَاتَكْسِبُوْنَ.
     
"Dan Dialah Allah (Yang disembah), baik di langit atau di bumi, Dia mengetahui apa yang kamu lahirkan dan mengetahui apa yang kamu usahakan".
Al-An'am, 6:3.
Penjelasan Ayat Ketiga:
Berkata al-Ajiri rahimahullah tentang ayat di atas dalam membantah fahaman Jahmiyah, para pengikutnya dan golongan yang sefahaman dengan mereka:
وَمِمَّا يَلْبِسُوْنَ بِهِ عَلَى مَنْ لاَ عِلْم مَعَهُ قَوْلُهُ تَعَالَى (وَذَكَرَ اْلاَيَةُ السَّابِقَةُ) قَالَ : وَهَذَا كُلُّهُ اِنَّمَا يَطْلُبُوْنَ بِهِ الْفِتْنَةُ وَهُوَعِنْدَاَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ اَهْلِ الْحَقِّ (وَهُوَاللهُ فِى السَّمَوَاتِ وَفِى اْلاَرْضِ يَعْلَمُ سِرَّكُمْ وَجَهْرَكُمْ وَيَعْلَمُ مَا تَكْسِبُوْنَ) هُوَ كَمَا قَالَ اَهْلُ الْحَقِّ : يَعْلَمُ سِرَّكُمْ مِمَّا جَاءَتْ بِهِ السُّنَنُ اَنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى عَرْشِـهِ وَعِلْمُهُ مُحِيْطٌ بِجَمِيْعِ خَلْقِهِ يَعْلَمُ مَا تُسِرُّوْنَ وَمَاتُعْلِنُوْنَ يَعْلَمُ الْجَهْرَ مِنْ الْقَوْلِ وَيَعْلَمُ مَاتَكْتُمُوْنَ.
     
"Dan apa yang meyelubungi bagi mereka yang tidak berilmu tentang firman Allah (yang menjelaskan ayat yang lalu) lalu berkata:  Dan ini pada keseluruhannya sesungguhnya memerlukan penjelasan dari ahli ilmu dan ahli hak, yang mana pada hakikatnya (Dialah Allah Yang disembah), baik oleh mereka yang berada di langit ataupun  di bumi, Dia Mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan Mengetahui (pula) apa yang kamu usahakan) iaitu sebagaimana yang dikatakan oleh ahli kebenaran:  Dialah (Allah) Yang Mengetahui rahsia kamu sebagaimana yang didatangkan beritanya oleh sunnah-sunnah (hadith-hadith) bahawasanya Allah 'Azza wa-Jalla di atas 'ArasyNya dan IlmuNya meliputi seluruh makhlukNya,  Dia Mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan, Mengetahui perkataan yang terang dan Mengetahui apa yang tersembunyi".[21]
                Terdapat beberapa ayat yang menyerupai (maksud) ayat di atas.  Antaranya ialah firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala:
وَهُوَ الَّذِيْ فِى السَّمَآءِ اِلَهٌ وَفِى اْلاَرْضِ اِلَهٌ.
      
"Dan Dialah Tuhan (Yang disembah) di langit dan Tuhan (Yang disembah) di bumi". Az-Zukhruf, 43:84.
                Sebagaiamana yang telah dimaklumi bahawa pengertian Ilah ialah: "Tuhan yang berhak disembah/diibadahi" iaitu Tuhan Yang Esa yang di langit yang disembah oleh makhluk yang di langit sebagaimana Dia juga Tuhan Yang Maha Esa yang disembah oleh makhluk yang di bumi".[22]  Nas-nas al-Quran atau hadith-hadith sahih yang menjelaskan bahawa Allah di langit dan  "Allah bersemayam di atas 'ArasyNya" telah diulang berkali-kali di dalam al-Quran sehinga disebut ditujuh tempat.  Antara ayat-ayat tersebut ialah:
اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى.
"Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas 'ArasyNya". Taha, 20:5.
اِنَّ رَبَّكُمُ اللهُ الَّذِيْ خَلَقَ السَّـمَاوَاتِ وَاْلاَرْضِ فِى سِتَّةِ اَيَّامٍ ثَمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ.
      "Sesungguhnya Tuhanmu ialah Allah Yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa.  Lalu Dia bersemayam di atas 'Arasy".
Al-A'raaf, 7:54.
 
اِنَّ رَبَّكُمُ اللهُ الَّذِيْ خَلَقَ السَّـمَوَاتِ وَاْلاَرْضَ فِى سِـتَّةِ اَيَّامٍ ثَمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ.
"Sesungguhnya Tuhanmu itu adalah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari (masa) kemudian Ia bersemayan di atas 'Arasy".
Yunus, 10:3.
ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ.
"Kemudian Dia (Allah) bersemayam di atas 'Arasy".
Al-Furqan, 25:59.
 
اَللهُ الَّذِيْ رَفَعَ السَّمَوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ.
"Allah adalah Zat yang mengangkat langit tanpa tiang yang kamu lihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas 'Arasy".  Ar-Ra'd, 13:2.
اَللهُ الَّذِيْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَاْلاَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِى سِتَّةِ اَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ مَا لَكُمْ مِنْ دُوْنِهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلاَ شَفِيْعٍ اَفَلاَ تَتَذَكَّرُوْنَ.
"Allah-lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy.  Tidak ada bagi kamu selain daripadaNya seorang penolongpun dan tidak (pula) seorang pemberi syafa'at.  Maka apakah kamu tidak berfikir?". 
As-Sajadah, 32:4.
 
هُوَ الَّذِيْ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالاَرْضَ فِى سِتَّةِ اَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ.
"Dialah yang telah menjadikan langit dan bumi dalam enam hari (masa) kemudian Dia bersemayan di atas Arasy". Al-Hadid, 57:4.
Ayat-ayat yang menjelaskan bahawa Allah di langit, dan sebagai hujjah untuk membatalkan pendapat golongan yang mendakwa bahawa Allah di mana-mana (tidak bertempat) antaranya ialah firman Allah:
ءَ اَمِنْتُمْ مَنْ فِى السَّمَآءِ اَنْ يَخْسِفَ بِكُمْ اْلاَرْضَ.
      "Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa Dia akan menyungkir-balikkan bumi bersama kamu". Al-Mulk, 67:16.
 
اِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَالِحُ يَرْفَعُهُ.
"KepadaNya (Allah yang di langit) naik perkataan-perkataan yang baik dan amal soleh dinaikkanNya". Fathir, 35:10.
بَلْ رَفَعَهُ اِلَيْهِ وَكَانَ اللهُ عَزِيْزًا حَكِيْمًا.
"Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepadaNya.  Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". An-Nisa', 4:158.
 
يَاعِيْسَى اِنِّيْ مُتَوَفِّيْكَ وَرَافِعُكَ اِلَيَّ.
"Hai Isa!  Sesungguhnya Aku akan mematikan engkau dan mengangkatmu kepadaKu". Ali Imran, 3:55.
 
يَخَافُوْنَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُوْنَ مَا يُؤْمَرُوْنَ.
"Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka (di langit) dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka)". An-Nahl, 16:50.
                Sesungguhnya Ibn Abbas, ad-Dahhak, Malik, Sufiyan ath-Thauri dan ramai lagi dari kalangan ulama salaf muktabar berkata:
       "Dia (Allah) bersama kamu:  Iaitu yang bersama kamu ialah ilmuNya"
            Sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam kitab-kitab Allah terutamanya al-Quran dan berita yang telah mutawatir di sunnah RasulNya sallahu 'alaihi wa-sallam serta ijmak para ulama Salaf as-Soleh bahawa Allah Ta'ala di langit dan Dia bersemayam di atas 'ArasyNya.[23] Maka sesiapa yang tidak menerima dan menolak berita ini, dia adalah seorang yang kufur terhadap wahyu Allah kerana berita penerangan yang menjelaskan bahawa Allah di langit dan bersemayam di atas ArasyNya merupakan wahyu dari Allah Subhanahu wa-Ta’ala.

Benarkah Allah Tidak Bertempat?
            Manusia telah dicipta oleh Allah dengan sebaik-baik ciptaan. Oleh itu, mereka wajib mengenal dan mengetahui di mana Allah.  Pengetahuan ini akan membuat seseorang itu menghadapkan dirinya, hatinya, doanya, sembahyangnya dan seluruh ibadahnya kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala dengan sebenar-benarnya.
            Orang-orang yang tidak tahu di mana Tuhan mereka berada akan tersesat atau kesasaran kerana mereka tidak tahu ke mana sewajarnya mereka menghadapkan segala permohonan, penyerahan atau penumpuan ibadahnya.
            Terdapat banyak keterangan yang berpandukan kepada khabar dari langit  yang dipersetujui oleh para ulama Salaf as-Soleh tanpa khilaf bahawa wahyu itu turun dari langit, ini menunjukkan bahawa yang pemberi wahyu itu (Allah) "bertempat", iaitu Dia berada di langit dan bersemayam di atas 'ArasyNya.
            Selain dari ayat-ayat al-Quran di atas yang telah menjelaskan hakikat sebenarnya di mana Allah, maka dalam hadith-hadith sahih terdapat banyak keterangan yang menunjukkan bahawa Allah itu di langit.  Sebahagian besar ahli bid'ah, oleh kerana tidak mempunyai ilmu dan kononnya tidak mahu menserupakan Allah dengan makhlukNya lantaran kejahilan mereka, lantas memutuskan dengan akal fikiran dan hawa nafsunya bahawa Allah tidak bertempat, kerana menurut mereka kalaulah Allah bertempat pasti Ia berjisim dan menurut tafsiran mereka berjisim adalah sifat makhluk atau menyerupai makhluk.
Semua pendapat atau kepercayaan yang sebegini adalah mungkar, batil dan menyeleweng, ia jelas amat bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan hadith-hadith yang sahih yang menjelaskan bahawa Allah itu di langit.  Antara hadith-hadith yang dimaksudkan ialah:
قَوْلُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : رَبُّنَا الَّذِيْ فِى السَّمَآءِ تَقَدَّسَ اسْمُكَ ، اَمْرُكَ فِى السَّمَاءِ وَالاَرْضِ كَمَا رَحْمَتُكَ فِى السَّمَاءِ اِجْعَلْ رَحْمَتَكَ فِى اْلاَرْضِ اِغْفِرْلَنَا حُوْبَنَا وَخَطَايَانَا اَنْتَ رَبُّ الطَّيِّبِيْنَ اَنْزِلْ رَحْمَةً مِنْ رَحْمَتِكَ وَشِفَاءً مِنْ شِفَاءِ كَ عَلَى الْوَجَعِ.
"Ya Tuhan kami!  Tuhan yang di langit,  Engkau mensucikan namaMu (juga) urusanMu yang di langit dan di bumi.  Sebagaimana halnya rahmatMu di langit itu, maka jadikanlah pula rahmatMu itu di bumi.  Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami. Turunkanlah suatu rahmat dari antara rahmatMu dan suatu kesembuhan dari kesembuhan yang datang dariMu atas penyakit ini, hingga benar-benar sembuh".[24]

عَنِ بْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَلْعَرْشُ فَوْقَ الْمَاءِ وَاللهُ فَوْقَ الْعَرْشِ لاَ يَخْفَى عَلَيْهِ شَيْءٌ مِنْ اَعْمَالِكُمْ . وَفِى الرِّوَايَةِ : وَهُوَ يَعْلَمُ مَا اَنْتُمْ عَلَيْهِ.
"Dari Ibn Mas'oud radiallahu 'anhu berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:  'Arasy itu berada di atas air dan Allah berada di atas 'Arasy.  Tidak satupun dari amal kamu yang tersembunyi dari pengetahuanNya.  Dan pada riwayat yang lain:  Dia Mengetahui apa yang kamu kerjakan".[25]
 
اَلاَ تَامِنُوْنِيْ وَاَنَا اَمِيْنٌ مَنْ فِى السَّمَآءِ.
"Tidakkah kamu mahu percaya kepada aku sedangkan aku di percayai oleh Yang di langit (Allah yang di langit)".[26]
            Pengertian ayat (فِى السَّمَآءِ) "Di langit" pada ayat ini ialah (عَلَى السَّمَآءِ) "Di atas langit" bukan meliputi semua langit sebagaimana yang dapat difahami penjelasannya dari hadith Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam:
اِنَّ اللهَ كَتَبَ كِتَابًا فَهُوَ عِنْدَهُ فَوْقَ الْعَرْشِ.

"Sesungguhnya Allah Menulis segala ketentuan yang berada di sisiNya di atas 'Arasy".[27]
                Hadith di atas menjelaskan bahawa Allah berada di atas ‘ArasyNya bukan meliputi Arasy atau langit.  Hadith ini semaksud malah diperkuat oleh firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala:  
اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى.

"Iaitu Tuhan Yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas 'Arasy".
Taha, 20:5.
Ayat di atas ini dengan terang menjelaskan bahawa Allah di atas ‘Arasy bukan meliputi ‘Arasy atau meliputi seluruh langit.
                Di ayat yang lain Allah berfirman:
ثُمَّ اسْتَوَى اِلَى السَّمَآءِ.
"Dan Dia berkehendak menuju langit".  Al-Baqarah, 2:29.
Ayat ini jelas menerangkan bahawa Allah menuju langit dan Dia berada di atas langit yang menunjukkan keTinggianNya.  Menurut al-Baghawi rahimahullah dalam tafsirnya yang dinukil dari qaul Ibn Abbas radiallahu ‘anhuma dan ramai lagi para mufassir salaf, bahawa apabila memperkatakan tentang perkara tersebut (di mana Allah) mereka hanya berpegang pada lahir lafaz "Istawa" (استوى) “bersemayan di atas ‘Arasy dan ArasyNya di langit”  iaitu menyerahkan kepada ilmu Allah bagaimananya keTinggian Allah 'Azza wa-Jalla yang sebenarnya.[28]
Perlu diketahui bahawa Allah mempunyai zat, perkataan yang seerti dengan kalimah “Zat” ialah “Jisim”.  Namun, zat atau jisim Allah Yang Maha Esa, Maha Agung, Maha Sempurna dan paling Kamil tidak menyerupai zat atau jisim makhlukNya, kerana Allah Subhanahu wa-Ta’ala telah menegaskan dengan firmanNya:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ
“Tiada sesuatu yang menyerupaiNya”.
وَلَمْ يَكُنْ لَه كُفُوًا اَحَدٌ
“Dan tidak ada seseorangpun yang setara denganNya”.  Al-Ikhlas, 112:4.

Allah Bersemayam Di Atas 'ArasyNya
            Pentakwilan (penafsiran) mengikut akal atau hawa nafsu terhadap sifat-sifat Allah yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam, merupakan sebahagian dari punca kekeliruan dan kesilapan yang boleh membawa kepada kesesatan atau syirik.  Misalnya, mentakwil kalimah istiwa kepada istaula (menguasai) akan membawa kepada mengingkari satu sifat dari sifat-sifat Allah yang tinggi dan luhur.
            Jumhur ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh tiada berkhilaf (berselisih pendapat) tentang mengkufurkan sesiapa yang mengingkari bahawa Allah beristiwa (bersemayam) di atas 'ArasyNya.  Seseorang yang mengingkari istiwa bermakna dia telah kufur kerana dia telah mengingkari isi ayat (al-Quran) di atas dan beberapa hadith yang sahih.
Dengan berpandukan dalil-dalil dari al-Quran dan hadith-hadith sahih, para ulama Salaf as-Soleh telah berijmak (sepakat) memutuskan telah "sesat/kufur" bagi sesiapa yang menafikan bahawa Allah bersemayam di atas 'ArasyNya, atau yang menukar makna bersemayam kepada makna yang lain seperti istiwa kepada istiaula.
            Pada sebuah athar sahih yang warid dari sahabat dan tabi'in iaitu ucapan Ummi Salamah radiahlahu 'anha dalam menjelaskan firman Allah:
اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى.
"Allah bersemayam di atas 'ArasyNya",
            Beliau (Ummi Salamah radiallahu 'anha) berkata:
      "Al-Istiwa (bersemayam) itu tidak majhul (maklum/diketahui), caranya pula tidak diketahui (majhul) namun berikrar (berpegang) dengannya adalah keimanan dan menentangnya (tidak percaya bahawa Allah bersemayam) adalah kufur".[29]
            Semasa Imam Malik rahimahullah ditanya tentang maksud ayat:
اَلرَّحْمَنٌ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas ‘Arasy.”
Beliau menjawab:
اَلاِسْتِوَاءُ مَعْلُوْمٌ وَالْكَيْفُ مَجْهُوْلٌ وَالاِيْمَانُ بِه وَاجِبٌ وَالسُّؤَالُ عَنْهُ بِدْعَةٌ.

      "Al-Istiwa adalah sesuatu yang telah dimaklumi, (mempertanyakan) bagaimana (bentuk, rupa dan keadaannya) adalah mempertanyakan sesuatu yang majhul (tidak diketahui), mengimani perkara tersebut adalah wajib dan mempersoalkannya adalah merupakan suatu yang bid'ah".[30]
            Istiwanya Allah di atas 'ArasyNya menunjukkan ketinggianNya atas segala makhluk dan Dia sentiasa berada dalam ketinggian.  Terdapat banyak dalil-dalil dari al-Quran dan hadith-hadith sahih yang menunjukkan tentang ketinggian Allah Subhanahu wa-Ta'ala antaranya:
وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَاْلاَرْضَ وَلاَ يَؤُوْدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيْمِ
      "Dan Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya dan Dia (Allah) Maha Tinggi lagi Maha Agung"
Al-Baqarah, 2:255.
سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ اْلاَعْلَى.

      "Sucikanlah nama Rabbmu (Tuhanmu) Yang Paling Tinggi". Al-A'la, 87:1. 
اِنَّ اللهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيْرًا.

      "Sesungguhnya Allah itu Maha Tinggi lagi Maha Besar". An-Nisa, 4:34.
 
ذَلِكَ بِاَنَّ اللهَ هُوَ الْحَقُّ وَاَنَّ مَا يَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِهِ هُوَالْبَاطِلُ وَاَنَّ اللهَ هُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيْرُ. 
      "(Kuasa Allah) yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah, Dialah (Rabb) yang Hak dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain Allah, itulah yang batil.  Dan sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung". Al-Haj, 22:62.
 
عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ الْكَبِيْرُ الْمُتَعَالِ.
      "Yang Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang nyata (yang nampak atau yang lahir), Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi". Ar-Ra'ad, 13:9.
 
حَتَّى اِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلُوْبِهِمْ قَالُوْا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوْا الْحَقَّ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيْرُ.
      "Sehingga apabila telah dihilangkan ketakutan dari hati mereka, mereka berkata:  Apakah yang telah difirmankan oleh Rabbmu, mereka menjawab:  (Perkataan) yang hak (benar).  Dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung". Saba', 34:23.
اِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيْمٌ.

"Sesungguhnya Dia (Allah Subhanahu wa-Ta'ala) Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana". Asy-Syura, 42:51.
            Terdapat banyak hadith-hadith sahih yang menjelaskan tentang ketinggian Allah Subhanahu wa-Ta'ala.  Antaranya ialah:
عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ اَنَّ النَّبِيَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اِذَا قَضَى اللهُ اْلاَمْرَ فِى السَّمَآءِ ضَرَبَتِ الْمَلاَئِكَةُ بِاَجْنِهَتِهَا خَضْعَانًا لِقَوْلِهِ كَاَنَّهُ سِلْسِلَةٌ عَلَى صَفْوَانٍ يُنْقِذُهُمْ ذَلَكَ حَتَّى اِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلُوْبِهِمْ قَالُوْا : مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ ؟ قَالُوْا الْحَقُّ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيْرُ.
 
      "Dari Abu Hurairah radiallahu 'anhu bahawasanya Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:   Apabila Allah menetapkan perintah di atas langit para malaikat memukul sayap-sayapnya kerana patuh akan firmanNya seakan-akan terdengar seperti gemerincing rantai (yang ditarik) di atas batu rata, hal itu menakutkan mereka (sehingga mereka jatuh pengsan kerana takut).  Ketika dihilangkan rasa takut dari hati mereka, mereka berkata:  Apakah yang difirmankan oleh Tuhanmu).  Mereka menjawab:  Firman Al-Hak yang benar dan Dialah yang Maha Tinggi dan Maha Besar".[31]
 
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِتَّقُوْا دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ فَاِنَّهَا تَصْعَدُ اِلَى اللهِ كَاَنَّهَا شِرَارَةٌ . وَفِى لَفْظٍ اِلَى السَّمَآءِ.
 
      "Dari Abdullah bin Umar radiallahu 'anhuma berkata:  Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:  Hati-hatilah kamu dari doa orang yang teranaiya (dizalimi atau diperlakukan secara tidak adil) kerana sesungguhnya doa mereka naik kepada Allah seperti bunga api.  Pada lafaz yang lain, naik ke langit".[32]
 
عَنْ جَـابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فِى خُطْبَتِهِ يَوْمَ عَرَفَةَ : اَلاَ هَلْ بَلَّغْتُ ؟ فَقَالُوْا : نَعَمْ . فَجَعَلَ يَرْفَعُ اِلَى السَّـمَاءِ وَيَنْكُتُهَا اِلَيْهِمْ وَيَقُوْلُ : اَللَّهُمَّ اشْهَدْ.
 
      "Dari Jabir bin Abdullah radiallahu 'anhu bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda semasa berkhutbah di hari 'Arafah:  Apakah aku sudah sampaikan (risalahku)?  Para sahabat menjawab: Ya!  Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam mengisyaratkan jari telunjuknya ke langit lalu bersabda:  Ya Allah saksikanlah".[33]
            Di hadith yang lain, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam telah mengisyaratkan bahawa Allah Azza wa-Jalla di langit:
عَنِ بْنِ سَـعِيْدِ الْخُـدْرِيِّ اَنَّ رَسُـوْلَ اللهِ صَلَّى عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ قَالَ : اَلاَ تَاْمَنُوْنَنِيْ وَاَنَا اَمِيْنٌ مَنْ فِى السَّمَآءِ يَاْتِنِيْ خَبَرٌ مِنَ السَّمَآءِ صَبَاحٌ وَمَسَاءٌ.
 
      "Dari Sa'ed al-Khudri sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah bersabda:  Tidakkah kamu mempercayai aku sedangkan aku yang dipercayai oleh ( Zat) Yang berada di atas langit Yang menurunkan khabar (wahyu) pada waktu pagi dan petang?".[34]
 
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَلرَّاحِمُوْنَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَنُ اِرْحَمُوْا مَنْ فِى اْلاَرْضِ يَرْحَمُكُمْ مَنْ فِى السَّمَآءِ.

      "Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Orang-orang yang menyayangi akan disayangi oleh Ar-Rahman (Allah).  Sayangilah orang yang di bumi, akan disayangi oleh Yang di langit (Allah)".[35]
 
قَالَ رَسُـوْلُ اللهِ صَـلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ : وَالَّـذِيْ نَفْسِـىْ بِيَدِهِ مَا مِنْ رَجُـلٍ يَدْعُـوْ اِمْرَاَتَهُ اِلَى فِرَاشِـهِ فَاَبَى عَلَيْهِ اِلاَّ كَانَ الَّذِيْ فِى السَّمَآءِ سَاخِطًا عَلَيْهَا حَتَّى يَرْضَى عَنْهَا.
 
      "Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:  Demi nyawaku yang di tanganNya, tidaklah seseorang lelaki (suami) yang mengajak isterinya ke tempat tidurnya maka ia (isterinya) enggan mematuhinya kecuali Yang di langit (Allah) akan mengutuknya (memurkainya) sehinggalah ia diredhai oleh suaminya".[36]  
 
اِنَّهُ سَـاعَةٌ تُفْتَحُ فِيْهَا اَبْوَابَ السَّـمَآءِ فَاُحِبُّ اَنْ يَصْعَدَ لِيْ فِيْهَا عَمَلٌ صَالِحٌ.
 
     "Sesungguhnya pada waktu itu dibuka pintu-pintu langit, maka aku suka amal-amal solehku diangkat naik pada saat tersebut".[37]
            Nabi Muhammad sallallahu wa-sallam pernah bertanya kepada Amran bin Hussin yang diketika itu beliau belum memeluk Islam:
كَمْ اِلَهًا تَعْبُدُ الْيَوْمَ ؟ قَال : سَبْعَةٌ . سِتَّةٌ فِى اْلاَرْضِ وَوَاحِدٌ فِى السَّمَآءِ . فَقَالَ : فَاِذَا اَصَابَكَ الضَّرَرَ فَمَنْ تَدْعُوْا ؟ قَالَ : اَلَّذِيْ فِى السَّمَاءِ.
 
     "Bertanya Rasulullah (kepada Amran bin Hussin sebelum beliau memeluk Islam): Berapa tuhan yang engkau sembah pada hari ini?  Beliau menjawab: Tujuh, enam di bumi dan satu di langit.  Baginda bertanya:  Diketika engkau ditimpa bahaya maka tuhan yang mana yang engkau seru?  Beliau menjawab:  Tuhan yang di langit".[38]
            Isteri Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam yang bernama Zainab berbangga kerana dia dinikahkan oleh Allah yang di atas langit yang ketujuh sebagaimana pengakuannya:
زَوَّجَكُنَّ اَهَالِيكُنَّ وَزَوَّجَنِيَ اللهُ مِنْ فَوْقَ سَبْعَ سَمَاوَاتِ.

"Kamu dikahwinkan oleh ahli-ahli kamu dan aku dikahwinkan oleh Allah dari atas langit yang ke tujuh".[39]
            Semasa kewafatan 'Aisyah radiallahu 'anha, Ibn Abbas radiallahu anhu berkata kepadanya:
كُنْتُ اُحِبُّ نِسَـاءَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ وَلَمْ يَكُنْ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحِبُّ اِلاَّطَيِّبًا وَاَنْزَلَ اللهُ بَرَاءَ تكِ مِنْ فَوْقَ سَبْعَ سَمَاوَاتِ.
     
"Aku sentiasa mencintai para isteri Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam sebagaimana mencintai Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam dan tidak pernah Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam mencintai sesuatu kecuali kerana kebaikannya dan Allah telah membersihkan engkau dari atas langit yang ketujuh".[40]
 
قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ : هَذِهِ اِمْرَاَةٌ سَمِعَ اللهُ شَكْوَاهَا مِنْ فَوْقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ هَذِهِ خَوْلَةُ بِنْتُ ثَعْلَبَةُ.
     
"Berkata 'Umar bin al-Khattab:  Inilah wanita yang didengar oleh Allah pengaduannya dari atas langit yang ketujuh, inilah Khaulah binti Thalabah".[41]
            Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari rahimahullah, Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:
لَمَّا قَضَى اللهُ الْخَلْقَ كَتَبَ كِتَابًا عِنْدَهُ سَبَقَتْ رَحْمَتِيْ غَضَبِيْ فَهُوْ عِنْدَهُ فَوْقَ السَّمَآءِ.
       
"Setelah Allah mencipta makhluk, ditulis satu kitab di sisiNya (yang mana ditulis):  RahmatKu mendahului kemurkaanKu, maka ia di sisiNya di atas 'Arasy".[42]
Semua dalil-dalil yang telah diutarakan di atas, dengan jelas telah menerangkan dan membuktikan kepada sesiapa sahaja yang mahu beriman bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala bersemayam di atas 'ArasyNya. 'ArasyNya pula berada di atas langit yang ketujuh.  Sesiapa yang mengingkarinya adalah kufur sebagaimana yang telah disepakati oleh jumhur ulama Salaf as-Soleh.
            Imam Abu Hasan al-Asy'ari rahimahullah juga telah menjelaskan bahawa al-Quran bukan makhluk dan diturunkan oleh Allah yang berada di langit:
      "Allah mempunyai sifat, mempunyai tangan, bersemayam di atas 'ArasyNya, mempunyai muka dan al-Quran itu Kalamullah bukan makhluk dan ia diturunkan (dari langit)".[43]
            Mengingkari keterangan dan penetapan tentang nama-nama, sifat, zat dan perbuatan Allah sebagaimana yang terdapat pada dalil-dalil dari al-Quran, hadith-hadith dan athar yang sahih ini adalah kufur hukumnya.  Dalam hal ini, Imam al-Auza'ii dianggap Imam ahli Syam di zamannya, beliau telah menegaskan:
كُنَّا وَالتَّابِعُوْنَ مُتَوَافِرُوْنَ نُقُوْلُ : اَنَّ اللهَ عَلَىعَرْشِهِ وَنُؤْمِنُوْا بِمَاوَرَدَتْ بِهِ السُّنَةَ مِنْ صِفَاتِ اللهِ تَعَالَى.
     
"Kami dan para Tabi'in sepakat menetapkan dengan qaul kami bahawa:  Sesungguhnya Allah di atas 'ArasyNya dan kami beriman dengan apa yang telah dinyatakan oleh sunnah berkenaan sifat-sifat Allah Ta'ala".[44]
 
عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ وَهَبٍ قَالَ: كُنْتُ عِنْدَ مَالِكٍ فَدَخَلَ رَجُلٌ فَقَالَ : يَا اَبَا عَبْدَ الرَّحْمَن   " اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى "   كَيْفَ اسْتَوَى ؟ فَاَطْرَقَ مَالِكُ فَاَخَذَتْهُ الرَّحْضَاءَ ثُمَّ رَفَعَ رَاْسَهُ فَقَالَ : اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىكَمَاوَصَفَ بِهِ نَفْسَهُ وَلاَ يُقَالُ كَيْفَ وَكَيْفَ عَنْهُ مَرْفُوْعٌ وَمَا اَرَاكَ اِلاَّ صَاحِبُ بِدْعَة فَاَخْرِجُوْهُ.
       
"Dari Abdullah bin Wahab berkata:  Aku pernah bersama Malik maka masuk seorang lelaki lalu bertanya:  Wahai Aba Abdul Rahman!  "Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas 'Arasy", bagaimana Dia bersemayam?  Beliau terus mengingkari dan dengan keadaannya yang marah sambil mengangkat kepalanya berkata:  Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas 'ArasyNya sebagaimana yang telah disifatkan oleh Allah pada dirinya sendiri dan janganlah ditanya bagaimana dan kenapa kerana telah marfu' tetanganya, dan tidaklah aku ketahui tentang dirimu kecuali seorang pelaku bid'ah, maka keluarkanlah dia".[45]
            Bertanyakan "Bagaimana Allah bersemayam di atas 'Arasy" dianggap oleh Imam Malik dan Rabi'ah sebagai pertanyaan yang haram dan bid'ah, kerana bertanya tentang apa yang tidak diketahui oleh manusia, dan sesuatu yang tidak diketahui maka tidak mungkin mereka akan memperolehi jawapannya.[46]
            Sesungguhnya memperkatakan sifat-sifat Allah adalah sebahagian dari memperkatakan tentang ZatNya, sebagaimana akal tidak berdaya mengetahui tentang zatNya maka begitu jugalah akal tidak mampu mengetahui tentang bagaimananya sifat Allah.[47]  Beginilah manhaj yang diikuti oleh para Salaf as-Soleh rahimahumullah (tentang memahami sifat dan zat Allah 'Azza wa-Jalla), mereka meletakkan kesempurnaan akal mengikut tempat dan kadar kemampuannya[48] dan tidak mencabuli ayat-ayat dan sabda NabiNya dengan akal dan hawa nafsunya.
قَالَ التُّرْمِزِيُّ : وَهُوَ عَلَى الْعَرْشِ كَمَا وَصَفَ بِهِ نَفْسهُ فِى كِتَابِهِ كَذَا قَالَ غَيْرُ وَاحَدٍ مِنْ اَهْلِ الْعِلْمِ.
     
"Berkata Turmizi:  Ia bersemayam di atas 'Arasy sebagaimana yang disifatkanNya sendiri di dalam kitabNya.  Beginilah perkataan ahli ilmu yang bukan seorang sahaja yang mengatakannya seperti itu".[49] 

Allah Di Langit
            Dengan penjelasan terperinci ini nyatalah bahawa akidah seluruh golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mengikut manhaj atau pemahaman para Salaf as-Soleh, mereka telah sepakat meyakini sebagai keyakinan akidah yang murni bahawa Allah berada di langit yang ketujuh dan bersemayam di atas 'ArasyNya.  Begitulah juga yang diterangkan oleh Abdullah bin al-Mubarak rahimahullah semasa beliau ditanya tentang di mana Allah:
وَقِيْلَ لِعَبْدِاللهِ بْنِ الْمُبَارَكِ : كَيْفَ نَعْرِفُ رَبَّنَا ؟ قَالَ: بِاَنَّهُ فَوْقَ السَّمَآءِ السَّابِعَةِ عَلَى الْعَرْشِ.
 
"Dan ketika ditanyakan kepada Abdullah bin al-Mubarak:  Bagaimana kita mengetahui Tuhan kita?  Kita mengetahuiNya bahawa sesungguhnya Dia di langit yang ke tujuh di atas 'ArasyNya".[50]
                Golongan Jahmiyah pula tidak dianggap sebagai golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah dan tergelincir dari manhaj Salaf as-Soleh kerana mereka tidak mempercayai bahawa Allah di langit:
وَقِيْلَ لِيَزِيْدِ بْنِ هَارُوْن : مَنِ الْجَهْمِيَّةُ ؟ فَقَالَ : مَنْ زَعَمَ اَنَّ الرَّحْمَنَ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى عَلَى خِلاَفِ مَا يَقِرُّ فِى قُلُوْبِ الْعَامَةِ فَهُوْ جَهْمِيْ.
 
"Pernah ditanyakan kepada Yazid bin Harun:  Siapa itu Jahmiyah?  Maka beliau berkata:  Sesiapa yang mempercayai bahawa Ar-Rahman (Allah) bersemayam di 'ArasyNya (tetapi kepercayaannya) tidak sebagaimana yang dipercayai oleh orang-orang Islam, maka itulah Jahmiyah".[51]
            Golongan Jahmiyah mempercayai bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala bersemayam di Arasy tetapi mereka tidak percaya bahawa Allah di  langit, maka sesiapa yang mempunyai keyakinan seperti ini dia adalah Jahmiyah. Berkata Hamad bin Zaid:
      "Jahmiyah ialah mereka yang menyatakan bahawa di langit tidak ada sesuatu (Allah bukan di langit)".[52]
            Adapun antara ayat yang sering dipertikaikan dan disalah tafsir oleh golongan ahli bid'ah dan Jahmiyah ialah ayat yang menjelaskan:
قَالَ لاَ تَخَافَا ، اِنَّنِيْ مَعَكُمَآ اَسْمَعُ وَاَرَى.
      
      "Allah berfirman:  Janganlah kamu berdua merasa takut, sesungguhnya Aku berserta kamu berdua, Aku Mendengar dan Melihat". Taha, 20:46.
            Maksud dari ayat (اِنَّنِيْ مَعَكُمَا) "Sesungguhnya Aku berserta kamu berdua" ialah ilmuNya (sebagaimana yang telah dijelaskan) iaitu ilmu Allah berserta dan meliputi segala-galanya.  Allah Maha Mengetahui kerana ilmu pengetahuan Allah berada di mana-mana.  Allah berserta kita dengan ilmuNya kerana Dia Mendengar dan Melihat kita.[53]  Namun, Allah bersemayam di atas ArasyNya di langit.  Dan ayat di atas dapat dijelaskan dengan nas-nas di bawah ini:
اِنَّكُمْ تَدْعُوْنَ سَمِيْعًا قَرِيْبًا وَهُوَ مَعَكُمْ (اَيْ مَعَكُمْ بِعِلْمِهِ).

      "Sesungguhnya kamu menyeru Yang Maha Mendengar, Yang Hampir Yang sentiasa berserta kamu (iaitu IlmuNya)".[54]
 
وَعِنْدَهُ مَفَاتِيْحُ الْغَيْبِ لاَ يَعْلَمُهَا اِلاَّ هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِى الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ اِلاَّ يَعْلَمُهَا وَلاَ حَبَّةٍ فِى ظُلُمَاتِ اْلاَرْضِ وَلاَ رَطْبٍ وَلاَ يَابِسٍ اِلاَّ فِى كِتَابٍ مُّبِيْنَ.
 
     "Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia Mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daunpun yang gugur melainkan Dia Mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak ada sesuatu yang basah dan yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Loh Mahfuz)". Al-An'am, 6:59.
            Antara hadith yang menjadi dalil yang kuat yang menunjukkan bahawa Allah di atas 'ArasyNya, 'ArasyNya di langit dan ilmuNya di mana-mana ialah sabad Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam:
قَالَ مُعَاوِيَةُ بْنُ حَكَمُ السُّلَمِى : وَكَانَتْ لِيْ جَارِيَةٌ تَرْعَى غَنَمًا لِيْ اُحُدٍ وَالْجُوَانِيَةِ فَاطَّلَعْتُ ذَاتَ يَوْمٍ . فَاِذَا بِالذِّئْبِ قَدْ ذَهَبَ بَشَاةٍ مِنْ غَنَمِهَا وَاَنَا رَجُلٌ مِنْ بَنِيْ آدَمَ اَسَفَ كَمَا يَاْسفُوْنَ . لَكِنِّيْ صَكَكْتُهَا صَكَّةً فَاَتَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَظَّمَ ذَلِكَ عَلَيَّ . قُلْتُ : يَارَسُوْلَ اللهِ اَفَلاَ اَعْتِقُهَا ؟ قَالَ: اِئْتِنِيْ بِهَا. فَقَالَ لَهَا: اَيْنَ اللهُ ؟ قَالَتْ : فِى السَّـمَآءِ . قَالَ: مَنْ اَنَا ؟ قَالَتْ : اَنْتَ رَسُوْلُ اللهِ. قَالَ : اَعْتِقْهَا فَاِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ.
 
Berkata Muawiyah bin Hakam As-Sulami:  Aku memiliki seorang hamba wanita yang mengembalakan kambing di sekitar pergunungan Uhud dan Juwaniyah.  Pada suatu hari aku melihat seekor serigala menerkam dan membawa lari seekor kambing gembalaannya.  Sedang aku termasuk seorang anak Adam kebanyakan.  Maka aku mengeluh sebagaimana mereka.  Kerananya wanita itu aku pukul dan aku marahi.  Kemudian aku menghadap Rasulullah, maka baginda mempersalahkan aku.  Aku berkata:  Wahai Rasulullah!  Adakah aku harus memerdekakannya?  Jawab Rasulullah:  Bawalah wanita itu ke sini.  Maka Rasulullah bertanya kepada wanita itu.  Di mana Allah?  Dijawabnya:  Di langit.  Rasulullah bertanya lagi:  Siapakah aku?  Dijawabnya:  Engkau Rasulullah.  Maka baginda bersabda:  Merdekakanlah (bebaskanlah) wanita ini, kerana dia adalah seorang mukminah".[55]
            Menurut syara dan telah disepakati oleh ulama Salaf as-Soleh, bahawa perbuatan, fahaman (akidah) atau keyakinan mereka yang menyerupakan, mensekufukan, memisalkan, mensetarakan atau mengumpamakan Allah Ta'ala dengan makhlukNya adalah batil (kufur), sesat dan boleh membawa kepada  perbuatan syirik.  Ia nyata bertentangan dengan ayat-ayat al-Quran, terutamanya ayat yang terdapat di surah asy-Syura "Tidak ada sesuatupun yang serupa denganNya", 42:11 dan ayat di surah al-Ikhlas "Dan tidak ada seorangpun yang setara/sekufu dengan Dia (Allah)", 112:4
            Cara para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mengikut manhaj Salaf as-Soleh menetapkan zat, nama-nama dan sifat-sifat Allah terbina di atas dua perkara:
1-     Mereka mensucikan Allah Subhanahu wa-Ta'ala dari diserupakan dengan segala makhlukNya yang berdasarkan firmanNya:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ.
 
      "Tiada suatu yang semisal denganNya dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat". Asy-Syura, 42:11.
 
2-    Menjauhkan penyerupaan dengan cara ingin tahu, bertanya atau mempersoalkan "Bagaimana" zat dan sifat-sifat Allah.  Kerana hanya Allah sahaja yang benar-benar Mengetahui akan sifat dan zatNya.  Maka larangan ini berdasarkan kepada firmanNya:
وَلاَ يُحِيْطُوْنَ بِهِ عِلْمًا.
"Sedangkan ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmuNya". Taha, 20:110.
            Menurut ayat di atas ini, manusia tidak akan mengetahui yang ghaib jika tidak diberi tahu atau dikhabarkan oleh Allah melalui wahyuNya, atau diceritakan oleh RasulNya melalui penyampaian dan sabdanya.  Maka bagaimanakah mereka mampu mengetahui akan hakikat sifat-sifat dan zat Allah yang semuanya itu adalah persoalan yang ghaib.  Sebenarnya hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya yang berkaitan dengan segala keghaiban sebagaimana firmanNya:
عَالِمُ الْغَيْبِ فَلاَ يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ اَحَدًا اِلاَّ مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُوْلٍ.
 
      "Dia adalah Tuhan Yang Maha Mengetahui yang ghaib. Maka Dia tidak memperlihatkan kepada seseorang pun tentang yang ghaib itu.  Kecuali kepada rasul yang diredhaiNya". Al-Jin, 72:26-27.
            Ayat di atas menjelaskan bahawa Rasulullah juga tidak mengetahui apa yang berada dan terjadi di alam ghaib, termasuklah yang terdapat di Loh al-Mahfuz serta apa yang ditulis dengan qalam, kecuali setelah dikhabarkan oleh Allah kepada baginda sebagaimana diungkapkan dalam syair al-Bushairi:
فَاِنَّ مِنْ جُوْدِكَ الدُّنْيَا وَضَرَّتُهَا
وَمِنْ عُلُوْمِكَ عِلْمُ اللُّوْحِ وَالْقَلَمِ

"Sesungguhnya kedermawaanMu terhadap dunia dan kemudaratannya  #  Dan bahagian (termasuk) dari ilmuMu adalah ilmu Loh al-Mahfuz dan ilmu al-Qalam.[56]
            Ketidak-tahuan atau kejahilan seseorang tentang keadaan alam ghaib telah dikhabarkan oleh Allah dalam beberapa ayat al-Quran:
وَعِنْدَهُ مَفَاتِيْحُ الْغَيْبِ لاَ يَعْلَمُهَا اِلاَّ هُوَ.
      "Dan pada sisi Allah sahaja kunci-kunci semua yang ghaib.  Tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri". Al-An'am, 6:59.

قُلْ لاَ يَعْلَمُ مَنْ فِى السَّمَوَاتِ وَاْلاَرْضِ الْغَيْبَ اِلاَّ اللهُ
        "Katakanlah!  Tidak ada seseorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah". An-Naml, 27:65.
            Semua penjelasan di atas yang diiringi dengan dalil-dalil dari al-Quran dan hadith-hadith yang sahih adalah kata pemutus.  Ianya adalah wahyu yang mengkhabarkan bahawa Allah bersemayan di 'ArasyNya yang berada di langit, maka semua dalil-dalil tersebut adalah hujjah untuk menolak alasan mereka yang mengharamkan seseorang dari bertanya "Di mana Allah berada?" atau (اَيْنِيَّة الله) "Di mananya Allah".
            Bertanya kepada seseorang "Di mana Allah" untuk memastikan akidahnya adalah sunnah, kerana Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam sendiri pernah bertanya kepada seorang hamba perempuan dengan pertanyaan: "Di mana Allah?".  Berdasarkan hadith ini, maka siapakah yang lebih berhak diikuti dan wajib dijadikan contoh jika bukan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam, baginda tidak pernah mengikut hawa nafsunya apabila memperkatakan atau menjelaskan sesuatu tentang agama Allah.  Oleh itu, seseorang yang bertanya "Di mana Allah?" tidak boleh dihukum sesat atau menyalahi sunnah. 
            Pendapat, pandangan dan kepercayaan ahli bid'ah terutama yang digelar Ahli al-Ahwa (ahli hawa nafsu) wajib ditolak dan ditinggalkan jika ia enggan menjadikan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam sebagai ikutan, contoh dan Rasul yang wajib ditaati dalam semua perkara yang berhubung dangan agama, terutama tentang penentuan di mana Allah sebagaimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah  sallallahu 'alaihi wa-sallam di mana sebenarnya Allah berada. 
            Dalam hal ini, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi peringatan yang tegas kepada mereka-mereka yang mengaku beriman tetapi masih enggan mengikuti contoh dan mentaati baginda dalam segala persoalan dan urusan agama, sama ada yang berkaitan dengan persoalan akidah, ibadah atau mu'amalah.  Baginda bersabda:
كُلُّ اُمَّتِيْ يَدْخُلُوْنَ الْجَنَّةَ اِلاَّ مَنْ اَبَى قَالُوْا وَمَنْ يَاْبَ يَا رَسُوْلَ اللهِ ؟ قَالَ : مَنْ اَطَاعَنِى دَخَلَ الْجَنَّةِ وَمَنْ عَصَانِيْ قَقَدْ اَبَى
      "Setiap umatku semuanya akan masuk syurga kecuali sesiapa yang menolak.  Mereka bertanya, siapakah yang menolak wahai Rasulullah?  Baginda bersabda:  Sesiapa yang mentaati aku dia masuk syurga dan sesiapa bermaksiat (menentangku) maka dia telah menolak".[57]
 
Firman Allah:
 
وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُوْلَ مِنْ بَعْدِ مَاتَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيْلِ الْمُؤْمِنِيْنَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَآءَ تْ مَصِيْرًا.
      "Dan sesiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu'min,  Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahanam dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali".
An-Nisa, 4:115.
            Kesimpulannya: Bahawa segala apa yang telah dijelaskan (di atas), adalah berlandaskan al-Quran, as-Sunnah yang sahih dan mengikut panduan para Salaf as-Soleh radiallahu 'anhum, mereka sekalian beriman dengan segala apa yang telah dikhabarkan oleh Allah tentang diriNya di dalam kitabNya, dan beriman dengan segala apa yang telah dijelaskan oleh RasulNya tentangNya.  Mereka beriman dengan keimanan yang selamat, iaitu tidak dilakukan pada sifat, zat dan nama-namaNya tahrif, ta'til, takyif dan tamsil.[58]
            Dan Imam Ahmad rahimahullah pula berkata:
      "Tidak diharuskan mensifatkan Allah kecuali dengan apa yang telah disifatkanNya sendiri oleh diriNya atau dengan apa yang telah disifatkan oleh RasulNya dan tidak pula melampaui batasan al-Quran dan al-Hadith".[59] 

Mengingkari Zat, Nama & Sifat Allah Adalah Sesat
            Terdapat segolongan (firqah) yang digelar "Mu'attilah" (مُعَطِّلَةٌ) "Yang menolak serta membatalkan sifat dan nama-nama Allah".  Mereka (golongan mu’attilah ini) mengingkari dan menafikan sama ada keseluruhan sifat dan nama Allah atau sebahagian darinya.  Maka telah disepakati oleh jumhur ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh bahawa golongan ini adalah golongan yang sesat dan terkeluar dari millah Islamiyah.  Begitu juga sesiapa yang mengingkari atau menafikan adanya sifat-sifat serta nama-nama Allah yang husna maka dia dihukum telah kufur atau zindik menurut hukum syara. 
            Firqah Mu'attilah dan mereka yang sefahaman dengan firqah ini berpendapat dan menuduh sesiapa yang percaya bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala bersifat (mempunyai sifat) dan mempunyai nama, maka kepercayaan tersebut (menurut mereka) akan membawa kepada persamaan (menyamakan dan menserupakan) Allah Subhanahu wa-Ta'ala dengan makhlukNya.  Sesungguhnya Allah Azza wa-Jalla telah membantah pendapat atau keyakinan golongan Mu’attilah yang batil ini sebagaimana yang terdapat di dalam firmanNya:
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
"Maha Suci Tuhanmu Yang mempunyai kePerkasaan dari apa yang mereka (sifatkan)  katakan". As-Safat, 37:180.
Sesiapa yang menolak atau menafikan adanya nama-nama serta sifat Allah, maka sekali lagi perlu ditegaskan bahawa penafian dalam hal serupa ini adalah batil dan membawa kepada kekufuran.  Kerana pada hakikatnya Allah  Subhanahu wa-Ta'ala  telah menetapkan sendiri nama-nama, sifat dan zatNya di dalam al-Quran.  Tiada siapa yang boleh menafikannya.  Oleh itu ia wajib diimani oleh setiap muslim dan muslimah sehingga tidak boleh dipersoalkan lagi.
            Para ulama Ahli sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh membantah dan menolak sekeras-kerasnya pendapat yang mungkar ini (pendapat yang membatalkan sifat, zat dan nama-nama Allah).  Antara mereka yang membantah sekeras-sekerasnya ialah Imam Abu Hanifah rahimahullah.  Beliau telah mengithbatkan (menetapkan) dan menjelaskan tentang nama-nama dan sifat-sifat Allah Azza wa-Jalla:
وَلَهُ يَدٌ وَوَجْهٌ وَنَفْسٌ كَمَا ذَكَرَهُ اللهُ تَعَالَى فِى الْقُرْآنِ فَمَا ذَكَرَهُ اللهُ تَعَالَى فِى الْقَرْآنِ مِنْ ذِكْرِ الْوَجْهِ وَالْيَدِ وَالنَّفْسِ فَهُوَ لَهُ صِفَاتٌ بِلاَ كَيْف وَلاَ يُقَالُ اِنَّ يَدَهُ قُدْرَتَهُ اَوْ نِعْمَتَهُ لاَنَّ فِيْهِ اِبْطَالُ الصِّفَة. 
"BagiNya tangan, muka dan nafs sebagimana yang diterangkan di dalam al-Quran, maka apa yang diterangkan oleh Allah Ta'ala di dalam al-Quran seperti menyebut muka, tangan dan nafs, maka bagiNya sifat tanpa ditanya bagaimana?  Dan tidak boleh dikatakan bahawa tanganNya ialah kudrat (kuasa)Nya atau nikmatnya kerana perbuatan tersebut membatalkan sifat (Allah)".[60]
            Persamaan pada nama (nama Allah) dengan nama makhlukNya tidaklah semestinya menunjukkan adanya persamaan di antara Allah dengan makhlukNya, sama ada pada zat atau pada sifat.   Sebagai contoh, walaupun tangan manusia dan haiwan adalah sama pada istilah nama, namun ia tetap berlainan pada rupa, bentuk dan kebolehan tangan tersebut berfungsi. 
Begitulah juga dengan tangan Allah Azza wa-Jalla dan semua sifat-sifatNya yang amat sempurna, ia tidak akan sama atau menyerupai tangan dan sifat sekalian makhlukNya kerana telah ditegaskan melalui firmannya tentang ketidak samaannya nama, zat dan sifat Allah :
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ
"Tiada suatu pun yang serupa denganNya".  Asy-Syura, 42:11".

Peyerupaan Yang Menyesatkan
            Sememangnya tidak dapat dinafikan terdapatnya di kalangan masyarakat Islam beberapa golongan yang sesat lantaran menyerupakan zat atau sifat Allah dengan zat dan sifat makhlukNya.  Antara golongan ini ialah mereka yang dikenali sebagai firqah "Musyabbihah" .(مُشَبِّهَةٌ)  Maksud dari kalimah musyabbihah ialah:
      "Yang menyerupakan (sifat dan zat) Allah dengan (sifat dan zat) makhlukNya".
            Antara firqah (kumpulan/golongan) terbesar yang termasuk dan terjebak ke dalam golongan ini ialah para syeikh (pemimpin) tarikat kebatinan dan kesufian/tasawuf serta para pengikutnya.  Mereka dianggap sesat kerana perbuatan mereka yang mudah dan suka mentakwil[61] mentamsil,[62] mentakyif dan menta'til nama-nama, sifat dan zat Allah.  Lantaran yang demikian, akhirnya mereka sama ada menafikan zat dan sifat-sifat Allah atau menyamakan sifat Allah dengan sifat-sifat dan zat makhlukNya.
            Untuk mengelakkan dari terperangkap ke dalam firqah yang sesat, sewajarnya setiap mukmin sentiasa belajar dan melengkapkan diri mereka dengan perisai ilmu yang dipelajari dari para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh.  

[1].   Lihat:  الرسالة السلفية فى احياء سنة البرية Hlm.  129.  Muhammad bin Ali As-Syaukani.
[2].   H/R Bukhari.
[3].   Lihat:  علاقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمينHlm. 80.  Redza bin Nu'san Mu'ti.
[4].   Ibid.
[5].   Lihat:  الشريعة Hlm.  298.  al-Ajari.  Ditahkik oleh Hamid.
[6].     Lihat:  Tafsir Ibn Kathir, jld. 4. hlm.  322.
[7].     Ibid.
[8].  Lihat:    القواعد الْمُثْلَى فى صفات الله واسمائه الحسنى  Hlm. 58.  Uthaimin.
[9].  H/R Bukhari فى خلق افعال العبادLihat:  الشرعة hlm 298.  Al-Ajiri.   الابانة الكبرى      Jld. 1. Hlm. 194.
[10].  Lihat:  علاقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين hlm.81. Ridza bin Nu'san
       Mu'ti.
[11].  Lihat:  تفسير الطبري jld. 27. hlm. 125.
[12].  Ibid. Jld. 2.  hlm. 186.
[13].  Surah  Hud, 11:5.
[14].  Surah Ar Ra'd, 13:10.
[15].  Lihat:  تفسير ابن كثير.  Jld. 4.  Hlm.  304.
[16].  Lihat:  البحر المحيط  Jld. 9.  Hlm.  217.  Dan تفسير القرطبى Jld. 18.  Hlm. 137.
[17]. Lihat:   علاقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمينhlm. 82.  Ridza bin Nu'san Mu'ti.
[18].  Ibid.  Hlm.  82-83.
[19].  Ibid. 
[20].  Lihat:  محاسن التأويل.  Hlm. 5674.  Al-Qasimi.
[21].  Lihat:  عَلاَقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين.  Hlm.  83-84.
[22].  Lihat:  الشرعيةHlm. 298.
[23].  Lihat:  علاقات الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين
[24].  H/R Abu Daud. No. 2892.   Ahmad 6/21.  (Hadith hasan).
[25].  H/R Abu Daud, Abdullah bin Ahmad, Tabrani dan Baihaqi  (Hadith
        hasan, sanadnya sahih)
[26].  H/R Bukhari No. 4351.
[27].  H/R Bukhari dan Muslim.
[28].  Lihat:  القواعد الْمُثْلَى فى صفات الله واسكائه الحسنى  Hlm.  58.  Uthaimin.
[29].   Lihat:  علاقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين hlm. 32.  Redza bin Nu'san
          Mukti.  Dikeluarkan juga oleh al-Lalakaii dalam شرح اصول السنة
[30].   Al-Akidah al-Wasitiyah. Ibn Taimiyah.  Syarah Soleh Fauzan al-
         Fauzan.  Hlm. 14.
[31].  H/R Bukhari dan Ibnu Majah.  Hadith ini disahihkan oleh al-Albani.
[32].  H/R al-Hakim, ad-Darimi dan az-Zahabi (disahihkan oleh al-
        Albani).
[33].  H/R Bukhari, Muslim, Abu Daud, ad-Darimi dan Ibn Majah
        (Disahihkan oleh al-Albani).
[34].  H/R Ahmad. 3/4.   Bukhari.  No.  4351.  Muslim, bab az-Zakah.  144.
        Ahmad, Abu Daud, an-Nasaii dan Baihaqi.
[35].  H/R Abu Daud.  4941, hadith hasan sahih.  H/R al-Baihaqi dalam
        "Asma wa as-Sifat"  hlm.  300.
[36].  H/R Muslim, bab an-Nikah. 121.
[37].  H/R Ahmad dan Turmizi. (Hadith sahih).
[38].  H/R Al-Baihaqi dalam "Al-Asma wa-sifat"  hlm.  300.
[39].  H/R Bukhari No. 7420.  Baihaqi "Al-Asma wa-sifat".  Hlm. 296.
[40].  H/R Bukhari No. 7421.
[41].  Dikeluarkan oleh al-Baihiqi di dalam sanadnya.
        Lihat:  اجتماع الجيوش الاسلاميةhlm. 39.  Ibn Qaiyim.
[42].  H/R Bukhari, 7554.  Muslim, bab at-Taubah, 14.
[43].  Lihat:  اعتقاد ائمة الحديث  Hlm. 50-51.  Ismaili.
[44].  Lihat: فتح البارى.  Jld.  13.  Hlm.  406.  Ibn Hajar al-Asqalani.
[45].  Ibid. Hlm.  407.
[46]الدعوة السلفية فى مفهومها الصحيح عقيدة وعبادة  Hlm. 92.  Sa'udin Mohammad
        Al-Kasbi.
[47].  Ibid.
[48].  Ibid.
[49].  Lihat:  عون المعبود.  Jld. 13.  Hlm.  42.
[50].  Lihat:  السنة hlm. 5.  Abdullah bin al-Imam Ahmad.
[51].  Lihat:  الابانة الكبرى(ق195/1) Ibn Battah.
[52].  Lihat: ابانة الكبرى  Ibn Battah (ق917/1).  
        Lihat:   الرد على الجهمية  Ibn Abi Hatim. 
        Lihat:  السنةhlm. 12.  Abdullah bin Ahmad.
[53].  Lihat:  العقيدة الاسلامية من الكتاب والسنة الصحيحةhlm. 18.
[54].  H/R  Muslim.
[55].  H/R.  Muslim dan Abi Daud.
[56].  Lihat:  اركان الاسلام والايمان Muhammad bin Jamil Zinu.
[57].  H/R Bukhari no. 782.
[58].  Lihat:  شرح العقيدة الوسطية  hlm.  21.  Ibn Taimiyah.
[59].  Ibid.
[60].  Lihat:  مَنْهَج اهل السنة والجماعة فى توحيد الله تعالى  Jld. 1.   Hlm. 42.  Khalid
        bin Abdul Latif bin Muhammad Nor.
[61].  Namun, tidak semua takwil dianggap batil (fasid), kerana menurut Ibn Qaiyim al-Jauzi:  Takwil yang diterima ialah takwil makna yang sebenar dari segi zahir ayat.  Termasuklah takwil umum yang dianggap ayat yang muhkamah dan ayat mutasyabihat, perintah dan tegahan.  Maka takwil yang diterima ialah yang sesuai dengan apa yang digambarkan oleh nas dan dikuatkan oleh as-Sunnah yang menyokongnya.  Lihat:  (الصواعق المرسلة)  Juz 1. Hlm. 171. 
[62].  Qias menurut bahasa "Tamsil" iaitu memisalkan/menyerupakan.  Mengqias atau mentamsil sifat atau zat Allah dengan sifat atau zat makhluk haram hukumnya,  Allah berfirman: فَلاَ تَضْرِبُوْا للهِ اْلاَمْثَالَ  "Maka janganlah kamu mengadakan misal-misal/penyerupaan bagi Allah".  An-Nahl, 16:74.
Sumber dari

Read more...

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP