Kajian
yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti
Malaya (UMCEDEL) mendapati majoriti respondan mereka tidak percaya
kepada video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.54
peratus respondan pula berkata, PAS mampu menjadi alternatif kepada Umno
untuk menjaga kepentingan Melayu.Kajian itu juga mendapati, tahap
kepercayaan yang rendah terhadap media arus perdana dalam membuat
laporan tentang politik.Keputusan ini diperolehi dalam kajian yang
dijalankan mereka pada 23 – 30 Oktober 2011 di Perak.
Ia
melibatkan responden seramai 1304 orang dengan menggunakan kaedah
temubual secara bersemuka menggunakan soalan kaji selidik berstruktur.
Demikian
kata Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, Pengarah UMCEDEL,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dalam satu
kenyataannya hari ini.
Kajian itu
mendapati, hanya 18 peratus percaya kepada video seks itu, 46 peratus
tidak percaya manakala 36 peratus lagi tidak pasti.
Selain
keputusan itu, mereka juga mendapati majoriti pengundi di Perak telah
membuat keputusan parti yang akan dipilih pada PRU ke 13 nanti.
Persepsi pengundi di Perak terhadap kerajaan BN pula berada pada tahap yang tidak membanggakan.
45 peratus
dari respondan tidak menyokong kenyataan BN telah menunjukkan prestasi
yang baik di Perak, hanya 38 peratus bersetuju dan 17 peratus tidak
pasti.
PAS pula dilihat mampu menjadi alternatif kepada Umno untuk menjaga kepentingan Melayu.
54 peratus dari mereka bersetuju dengannya, manakala hanya 19 peratus kata PAS tidak mampu sementara 27 peratus tidak pasti.
Mereka juga mendapati pendekatan program 1Malaysia masih belum mampu untuk meningkatkan sokongan terhadap BN di Perak.
Kajian ini juga mendapati majoriti etnik Melayu menyokong BN sementara majoriti etnik Cina menyokong Pakatan di negeri itu.
0 comments:
Post a Comment