Powered by Blogger.

Dec 10, 2011

Hadith Dhaif Dalam Buku Imam-Imam Hadith?...Bahagian 1

Written by alitantawi  

Sebahagian penuntut ilmu hadith terkadang menghadapi situasi-situasi atau masalah tertentu yang sukar untuk difahami. Situasi yang sebegitu sebenarnya akan mematangkan lagi mereka dengan syarat mereka bersungguh-sungguh membuat pembacaan, penilaian dan meneruskan pengajian tanpa jemu. Namun sekiranya ia tidak ditangani dengan baik, mungkin akan timbul pelbagai salah faham dan kekeliruan pada diri mereka.
Contoh situasi dan masalah yang perlu difahami dengan baik ialah – kewujudan hadith dhaif dalam buku-buku utama hadith yang dikarang oleh imam-imam hadith terdahulu – dan inilah yang akan kita bicarakan dengan kadar yang ringkas dan padat insya Allah.
Seorang penuntut ilmu hadith pasti tidak akan dapat memisahkan dirinya daripada menelaah dan membaca hadith-hadith melalui buku-buku utama hadith seperti:
Musnad Ahmad, Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Jami’ al-Tirmidzi, Sunan Ibn Majah, Sunan al-Nasaai dan lain-lain lagi.
 Apabila kita melihat pula dengan mendalam biodata tokoh-tokoh yang menulis buku-buku hadith itu pula, kita akan dapati mereka merupakan tokoh-tokoh terkemuka, pakar-pakar yang agung dan ulama hadith yang diiktiraf zaman berzaman. Setiap seorang daripada mereka merupakan tokoh yang bertanggungjawab melahirkan ramai ahli hadith selepas mereka yang juga menjadi imam dan pakar.
 Tetapi apabila kita mengambil buku-buku tertentu yang dikarang atau disusun oleh mereka, kita dapati di dalamnya terdapat hadith-hadith yang tidak sahih, malah terkadang amat dhaif! Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan mereka adalah imam terkenal dan terkemuka?
 Sebagai contoh, siapa tidak kenal Imam Ahmad Bin Hanbal? Tetapi di dalam bukunya al-Musnad terdapat hadith-hadith yang tidak sahih.
Begitu juga Imam-Imam yang mengarang kitab-kitab ‘Sunan’ iaitu ‘Abu Daud, al-Tirmidzi, Ibn Majah dan al-Nasaai’ – kita dapati bahawa di dalam buku-buku mereka terdapat hadith-hadith dhaif, malah terdapat ulama hadith moden yang membahagikan pula buku mereka kepada Sahih dan Dhaif lalu dicetak berasingan!
Kita juga membaca ketokohan dan kehebatan ilmu Imam al-Daraqutni dan al-Tabarani – tetapi hadith-hadith yang mereka riwayatkan di dalam buku-buku mereka didapati dhaif malah palsu!
 Inilah yang membingungkan kita kerana mereka adalah Imam dan tokoh terkemuka hadith.
 Sebahagian penuntut ilmu membuat kesimpulan ringkas dan padat tentang fenomena atau situasi ini. Sebahagian mereka berkata:
 -         Biasalah, imam-imam itu pun manusia. Mereka tidak maksum. Pasti mereka melakukan kesilapan dan ulama hadith terkemudian dan modenlah yang bertanggungjawab membetulkan kembali keadaan.
-         Imam-imam itu tidak sempat atau tidak sedar untuk membetulkan kesilapan yang mereka lakukan.
-         Ilmu hadith adalah ijtihad, maka ijtihad imam-imam itu ada yang salah dan ulama moden lebih tahu untuk berijtihad kembali dan menilai hadith itu dengan penilaian yang lebih tepat.
 Begitulah antara kesimpulan ringkas yang saya pernah temui dalam kalangan sebahagian penuntut ilmu hadith yang ingin mentafsirkan situasi memeningkan yang kita bicarakan di sini.
 Saya berkata : Saya tidak bersetuju sama sekali dengan kesimpulan-kesimpulan yang disebutkan tadi atau kesimpulan lain yang sama waktu dengannya.
 Ingin tahu kenapa? Teruskan membaca siri kedua artikel ini. insya Allah

Adlan Abd. Aziz

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP