Powered by Blogger.

Dec 20, 2011

Waktu Solat Sunat Gerhana

Bagi Solat Sunat Gerhana Matahari, waktunya bermula apabila Bulan mula melindungi Matahari atau menyentuh Matahari sehinggalah berakhir dengan melepasi atau tidak melindungi Matahari lagi atau hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.
 Bagi Solat Sunat Gerhana Bulan pula waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan iaitu bayang Bumi mula menyentuh bulan dengan memasuki kawasan Penumbra, kemudian umbra dan berakhir dengan hilang gerhana iaitu melepasi kawasan penumbra dan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika terbenamnya dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka terdapat dua pendapat iaitu: i) Qaul Qadim: Tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang bila terbit fajar (subuh).
 ii) Qaul Jadid: Ada solat gerhana kerana kakuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari (syuruk). Didalam mazhab Syafie dibolehkan bersolat walaupun ketika berlaku gerhana tersebut adalah waktu tahrim.

Tatacara Sebelum Melaksanakan Solat Sunat Gerhana
1. Sunat mandi terlebih dahulu seperti mandi-mandi sunat yang lain.
2. Tidak disunatkan memotong kuku atau bercukur kerana waktu yang singkat.
3. Sunat juga memakai pakaian yang biasa (pakaian harian), bukan pakaian yang cantik-cantik seperti solat sunat istisqa‟ (minta hujan).
Beberapa Peringatan
1. Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
2. Tidak perlu azan dan iqamah untuk memanggil jemaah menunaikan solat gerhana tetapi cukup dengan sekadar ucapan : ( اصٌِّلاَجُ خَا ؼَِِحً ) seperti di dalam hadits di atas.
 3. Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan. Bagi solat sunat gerhana matahari pula disunatkan memperlahankan suara pada bacaan Fatihah dan surah.
4. Makmum yang tertinggal ruku‟ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam. Maklumat lanjut sila ruju‟ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
5. Sunat menyampaikan khutbah (dua khutbah seperti khutbah dua hari raya atau Jumaat, tetapi tidak disunatkan bertakbir 9 atau 7 kali berturutan pada mukaddimah khutbah seperti khutbah dua hari raya) selepas solat sunat gerhana walaupun gerhana sudah hilang seperti yang disebutkan dalam hadits di atas.
6. Ada ulama‟ seperti Syeikh Ali Syabramallisi yang berpendapat bahawa sunat dibacakan istighfar sebagaimana Khutbah Sunat Istisqa‟ (Minta hujan) iaitu : اَعْرَغْفِشُ الله اؼٌَظِ ازٌ لاَ اوٌ اِلاَّ ىُ الحَ امٌَ اًََ ذُ بٌُْ اٌَِ وِْْ
(9 kali pada awal khutbah pertama dan 7 kali pada awal khutbah yang kedua. Kitab Kasyfu al-Litham jilid 1 )
7. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah agar bertaubat daripada maksiat, bersedekah, berbuat kebajikan, banyak berdoa, beristighfar dan berzikir, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingatkan manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
8. Jika dilakukan berseorangan atau jemaah hanya daripada kalangan wanita, maka tidak perlu khutbah (tetapi harus memberi tazkirah kepada jemaah wanita).
9. Secara umumnya apabila berlaku Pertembungan antara solat sunat Gerhana dengan solat yang lain, maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat. Contohnya :
a. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.
b. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.
c. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.





0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP