POSTED BY ADMIN ON DECEMBER 7TH, 2011
Saudara Pengarang,
Kenyataan akhbar oleh Puad Zarkashi ini hanya menyerlahkan sikap tidak mengambil tahu tentang hal ehwal kementeriannya. Walaupun masyarakat sedia maklum menteri suka buat kenyataan putar belit, masih, masyarakat mengamalkan konsep baca dan percaya. Lebih teruk ada yang hanya membaca tajuk dan terus berkata-kata.5000 lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) itu merujuk kepada guru sandaran terlatih yang telah dilantik ke gred DC41 untuk pengesahan jawatan DG41. Hebat Puad Zarkashi (gambar).
Mempermainkan masyarakat dengan maksud harfiah. Jangankan guru DC41, memang pun semua guru lepasan universiti digelar graduan ISMP. Kenyataan ini tidak merujuk kepasa fresh graduates yang berhadapan dengan kelewatan posting.
Selain itu, Puad Zarkashi turut membandingkan graduan pendidikan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak melalui proses temu duga sepertimana pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG, atau lebih dikenali dengan panggilan maktab).
Sebenarnya, bermula tahun 2007, mereka yang memohon kos pendidikan di universiti perlu menjalani ujian sahsiah diri dan temu duga. Mereka yang melepasi dua kali saringan ini sahaja yang menjalani kos pendidikan.
Dari bulan ke bulan kami diperbodohkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Hingga sekarang borang online masih tidak ada bayangnya. KPM hanya menjawab sila semak laman web KPM dari semasa ke semasa hinggalah timbul pula khabar sebenarnya Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang menguruskan posting guru.
0 comments:
Post a Comment