Powered by Blogger.

Mar 31, 2012

Sebab Mengapa Lagu Bawaku Pergi Diharamkan

Kalau semalam dunia Twitter Malaysia digemparkan dengan berita kebakaran di KLCC, hari ini, dunia twitter hiburan digemparkan dengan pengharaman lagu BAWAKU PERGI nyanyian Kaka dengan penampilan rap oleh Zizan Razak. Antara sebab musababnya ialah kerana lirik lagu ini mendorong remaja untuk lari dari rumah.

Penulis lagu Bawaku Pergi, Malique menganggap tindakan mengharamkan lagu itu sebagai keputusan yang tidak adil serta menidakkan kebebasannya untuk bersuara.

Baca Petikan dari luahan hati Malique di sini:

Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat dah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Keptusan dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik.

Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerna itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan. Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut. Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara. Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata. Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda. Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart. Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang.

Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?

Malique
Lyricist and songwriter, BAWAKU PERGI.
Web: www.qarmamusiq.com
Zizan Kaka
Malique berkata, lirik lagu itu tiada kena mengena untuk mengajak remaja lari daripada rumah sebaliknya ia mengenai imaginasi dirinya untuk bercuti bersama isteri, Melissa Maureen Rizal ke Bali, Indonesia.

“Tanpa ruang untuk saya membela diri, tindakan (mengharamkan lagu) itu adalah tidak adil yang dilakukan oleh pihak tertentu yang berkepentingan politik,” katanya kepada mStar Online dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui Warner Music di sini, petang Jumaat.

Pada Khamis akhbar Utusan Malaysia melaporkan rungutan Presiden Majlis Pemuafakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan yang meminta lagu tersebut diharamkan kerana membawa unsur negatif serta boleh mendorong remaja lari dari rumah.

Lagu nyanyian Zizan Razak dan Kaka itu diterbitkan oleh syarikat rakaman Warner Music dan telah dipasarkan pada Februari lalu.

Berikutan rungutan itu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menentukan sama ada lagu tersebut wajar diharamkan ataupun sebaliknya.

Malique berkata pihak berkenaan gagal mentafsir bait lagu tersebut iaitu menceritakan keinginan penulisnya yang mengidam untuk pergi ke Indo-China melalui jalan darat iaitu “pergi lebih lama, pergi lebih jauh”.

“Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan. Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika pihak yang kurang matang yang mendengar lagu saya bertindak bodoh, itu bukan hal saya.

“Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam,” katanya.

Tambahnya lagu Bawaku Pergi itu adalah lagu nyanyian Ella bersama Malique tetapi telah ditukar kepada Kaka dan Zizan atas permintaan pelawak itu sendiri. Ia tiada niat lain seperti mana yang dibangkitkan.
Katanya lagi, bukan semua perkara dalam dunia ini mempunyai niat yang tidak baik dan tindakan mengharamkan lagu tersebut seumpama bertujuan menutup periuk nasinya.

“Yang patut diharamkan ialah orang yang mengusul perkara ini,” katanya. via Mstar Online

Tags:

Read more...

Lirik Lagu Bawaku Pergi – Kaka feat Zizan


VIDEO 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxFS86RbSrcOrjqO414PpTrMuD73YQ_ZrQBG8nCxlzoGE_9kYEXDqiXjBMmfnX6HJYdDTkWbGqSRS6yXR3DXcPR1zNr_klwxmhLduGnVPswrYgWyLp3KlibBWooy8XSeBPp6V8kQY_78k/s1600/Kaka+feat.+Zizan.jpg
Lagu Bawaku Pergi nyanyian Zizan & Kaka telah diberhentikan penyiarannya apabila ada pihak tertentu yang mengaitkan lagu tersebut dengan unsur-unsur negatif yang boleh mengalakkan lagi kes lari dari rumah di kalangan remaja. Di sini kami kongsikan video dan lirik lagu Bawaku Pergi. Korang nilaikan sendiri lagu ni yer.

Lirik Lagu Bawaku Pergi – Kaka feat Zizan
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Read more...

Mar 29, 2012

Ramalan Daim boleh jadi kenyataan – Aziz Bari

TEMERLOH, 28 Mac: Ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan memperoleh tiga negeri pada pilihan raya umum akan datang perlu diberi perhatian serius kerana bukannya ramalan kosong.
Pakar undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari(gambar) ketika berceramah di sini menegaskan, jika ramalan tersebut menjadi kenyataan seperti ramalan beliau pada PRU 2008, sudah tentu Pakatan Rakyat (PR) akan mara ke Putrajaya.

“Daim kata BN hanya selamat di tiga negeri saja iaitu Johor, Melaka dan Pahang apa yang dikatakannya bukan ramalan kosong tetapi fakta dan ada kredibiliti kerana beliau rapat dengan saudagar, agen risikan dan badan politik.

“Dulu sebelum 2008 Daim juga ramal lima negeri akan jatuh kepada pembangkang dan setelah keputusan PRU ternyata tepat.

“Malah badan penyelidik Merdeka Centre yang mendapati kajian imej (Datuk Seri ) Najib (Tun Razak) naik itu mengeluarkan kenyataan jika 45 peratus undi Melayu menyebelahi Putrajaya akan dikuasai PR,” ujarnya.
Abdul Aziz yang berceramah di perkarangan pejabat PKR di sini kelmarin mengulas kenyataan Daim juga bekas Bendahari Umno dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini meramalkan BN hanya akan memperoleh kemenangan di tiga negeri sahaja pada PRU-13 nanti.

Serentak dengan itu beliau menggesa jentera PR Pahang digerakkan segera kerana komposisi kaum di Pahang sama seperti Selangor dan jika pengundi diberi akses maklumat tidak mustahil boleh berubah.

Abdul Aziz berkata, orang-orang Melayu yang kurang maklumat terpengaruh dengan propaganda kalau PR menang Cina akan memerintah atau Malaysia akan jadi republik sedangkan itu tidak betul.

“Sebab itu Umno menang dan memerintah atas kebodohan rakyat. Ini terbukti tempat yang dimenangi mereka tempat-tempat yang kurang akses maklumat dan di situlah juga berlaku pelbagai masalah.

“Peranan jentera penerangan ialah memberitahu rakyat kali inilah kita kena ubah jika tidak entah bila lagi. Jika tidak Umno akan lebih ganas lagi, rasuah akan lebih berleluasa lagi.

“Umno takut untuk berdebat soal-soal dasar dan polisi tetapi mereka lebih mudah mengganggu ceramah PR dengan mengupah samseng-samseng. Beritahu rakyat cara politik seperti inilah yang kita kena hentikan,” tambahnya lagi.

Abdul Aziz mengingatkan, dalam PRU yang lalu kira-kira 1.8 juta orang Umno mengundi parti-parti Pakatan justeru beliau meminta jangan disisihkan penyokong-penyokong Umno bawahan.

“Kemenangan PR bermakna kemerdekaan rakyat kali kedua dan PR perlukan 112 kerusi untuk membentuk kerajaan di mana peluang itu ada.

“Tetapi orang Pahang tentulah tidak mahu sekadar menonton saja kemenangan negeri,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang berceramah sebelum itu mendedahkan kehidupan rakyat pada masa ini begitu terhimpit dengan melambungnya kos hidup yang sudah sedia tinggi.

“Harga barang naik 80 peratus sejak di bawah pemerintahan Najib dan apa jadi jika BN menang PRU kerana Najib sendiri menyebut lepas PRU cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekitar empat peratus akan dilaksanakan.

“Itu kehidupan rakyat yang makin susah. Pada masa sama hutang negara sudah cecah hampir RM500 bilion yang boleh menyebabkan negara bankrap,” katanya.

Tambahnya dalam masa yang sama pemimpin negara berbelanja dengan boros antaranya kediaman Perdana Menteri sendiri yang menggunakan air sehingga  RM40,000, elektrik RM189,000 sebulan dan baiki bilik air sehingga RM9.3 juta.

Read more...

Mar 28, 2012

Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?

MM2H Car Malaysia Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?
Melihatkan kepada harga kereta yang dijual kepada kelompok warga asing ini yang menjadi perserta program Malaysia MySecond Home (MM2H) ini, keihatan mereka lebih menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding rakyat Malaysia sendiri. Benarkah begitu?
Bukan niat kami untuk mengatakan program MM2H Malaysia ini gagal, tidak sama sekali. Cuma apa yang kami persoalkan ialah, perbezaan yang ketara melibatkan beberapa aspek yang ditawarkan kepada warga asing yang menyertai program MM2H Malaysia ini berbanding kepada rakyat Malaysia sendiri. Antara kelebihan yang diperolehi (warga asing) yang menyertai program Malaysia My Second Home (MM2h) ini yang berjaya menarik perhatian kami adalah :
Mana-mana warga asing yang layak menyertai program Malaysia My Second Home (MM2H) ini harga kerea bebas cukai. Ulang suara, bebas cukai. Rakyat Malaysia dapat?
  • Warga asing boleh beli kereta Honda pada harga Proton
  • Rakyat Malaysia sendiri terpaksa beli kereta Proton pada harga Honda
  • Warga asing dapat menikmati banyak kelebihan, diskaun dan penjimatan
  • Rakyat Malaysia sendiri “dipaksa berhadapan” dengan harga yang mahal?
  • Warga asing diberikan harga kereta yang bebas cukai
  • Rakyat Malaysia terpaksa berhadapan hutang pinjaman kereta antara 9-15 tahun lamanya
  • Logik?
MM2H Malaysia Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?Kami tidak mempersoalkan kalangan warga asing yang menikmati dan boleh memiliki harga kereta yang murah di Malaysia. Tetapi janganlah dibiarkan jurang terlalu besar antara kalangan kami rakyat Malaysia dengan peserta program MM2h Malaysia ini? Adakah kalangan rakyat Malaysia yang rata-rata mempunyai pendapatan yang rendah tiada hak untuk menikmatinya sedikit kelebihan selama menjadi warganegara Malaysia?
Ya…memang benar program MM2h Malaysia ini mampu menarik kehadiran ramai warga asing yang kaya-raya untuk tinggal di Malaysia. Itu satu rancangan yang bagus sebenarnya. Dalam bahasa mudahnya mana-mana warga asing yang mempunyai simpanan yang banyak dan mahu menghabiskan hari-hari tua mereka, dipelawa untuk tinggal di Malaysia.
Itu sebablah kami yakin dan percaya, harga kereta yang ada sekarang ini masih ada ruang untuk diturunkan sebenarnya.  Untuk permulaan, kami masih lagi realistik, di mana kami tidaklah mengharapkan harga kereta yang dijual selepas ini sama seperti yang dinikmati oleh warga asing yang menyertai program Malaysia MySecond Home ini. Tetapi apa yang diharapkan sebenarnya ialah jurang harga kereta yang agak keterlaluan ketika ini antara orang kaya (peserta MM2H) dengan rakyat Malaysia dikurang dan dikecilkan.
MM2H Car Price List Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?Sebabnya, apa yang kami perhatikan keutamaan seolah-olah  diberikan kepada warga asing yang membawa masuk aliran tunai ke Malaysia tetapi dalam pada masa yang sama rakyat Malaysia yang mempunyai nilai tunai yang sama + kelebihan dan kepakaran “dibiarkan” selama ini sehingga mereka-mereka ini mula berhijrah ke luar negara  untuk menikmati kehidupan yang lebih baik. Sehingga akhirnya kerajaan terpaksa menubuhkan Talent Corporation untuk mencari dan “mengejar” semula rakyat Malaysia yang mempunyai kepakaran & berbakat tetapi sudah tinggal bertahun-tahun di luar negara untuk diajak & dipelawa pulang berkhidmat di Malaysia. (Baca hasil tulisan & pandangan Allahyarham Dato’ Salleh Majid – Bekas Presiden BSKL)
Jika melihat kepada peserta program Malaysia MySecond Home (MM2H) ini, mereka ini kalangan yang kaya-raya. Orang kaya raya jarang melihat kepada penjimatan, tetapi kepuasan. Kepuasan daripada segi yang bagaimana? Kepuasan daripada aspek persekitaran, prasarana dan juga kehidupan yang lebih baik termasuklah mereka merasa selamat selama mereka tinggal di Malaysia. Itu yang paling penting sebenarnya.

Prestasi Program Malaysia MySecond Home (MM2h) – Daripada Tahun 2002-2011

Rekod di bawah ini merupakan jawapan lisan yang diberikan sendiri oleh Menteri pelancongan, Dato’ Seri Dr. Ng Yen Yen ketika menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat baru-baru ini mengenai prestasi program Malaysia MySecond Home (MM2H).
  • Sejak 2002 hingga 2011, seramai 17,203 orang warganegara asing daripada 119 buah negara telah menyertai program “Malaysia MySecond Home” (MM2H).
  • Berdasarkan kepada profil peserta yang diwujudkan sejak tahun 2007 yang meliputi seramai 8,479 peserta, 90.6% adalah merupakan peserta lelaki, manakala selebihnya iaitu 9.4% adalah peserta wanita.
  • Penyertaan warganegara asing yang tertinggi adalah daripada 10 buah negara seperti berikut :
Bil
Negara
Jumlah
(2002 -2011)
1.
China
2857
2.
Bangladesh
2082
3.
United Kingdom
1789
4.
Jepun
1629
5.
Iran
1037
6.
Singapura
804
7.
Taiwan
724
8.
Pakistan
698
9.
India
631
10.
Korea
613

Cuma kata menteri, antara halangan utama yang dihadapi oleh Kementerian Pelancpngan dalam meyakinkan warganegara asing bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan stabil apabila berlakunya sebarang demonstrasi jalanan, maka ia akan memberi kesan yang negatif ke atas usaha yang dijalankan untuk menjayakan program Malaysia MySecond Home (MM2H) 

Senarai Harga Kereta di Malaysia (MM2h)

Mari kita semak senarai harga kereta yang ditawakan melalui program MM2H Malaysia ini :
Harga Kereta Honda Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?
Harga Kereta KIA Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?
Harga Toyota Vios Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?
Harga Kereta Proton Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?
Kalau di Malaysia ada :
  • Program Malaysia MySecond Home (MM2H) : Mempelawa warga asing yang kaya raya tinggal di Malaysia
  • Program Returning Expertise Program (REP) : Untuk rakyat Malaysia yang pulang berkhidmat di Malaysia. Yang ini mereka boleh beli kereta mana-mana model kereta luar untuk dibawa pulang ke Malaysia
  • Program untuk rakyat Malaysia : Kelebihan untuk rakyat Malaysia yang tidak keluar-keluar?
Kami tiada masalah untuk program MM2h Malaysia diteruskan. Tetapi…..ada tetapinya. Harapan kami setakat ini jelas bahawa harga kereta di Malaysia sememangnya ada ruang untuk diturunkan lagi. Tidak kisah untuk harga kereta diturunkan, kalau itulah caranya kerajaan mahu menarik mereka (warga asing yang kaya-raya ini) untuk tinggal di Malaysia tetapi janganlah harga kereta untuk rakyat sendiri membebankan. Itu sahaja.
Bagaimana? Apa pendapat anda selepas melihat senarai harga kereta yang ditawarkan antara anda dengan warga asing yang menyertai program Malaysia Mysecond Home (MM2H) ini? Patut atau tidak? Mengapa?

Read more...

Mar 27, 2012

'Orang reformasi tak boleh tipu rakyat'


ULASAN Semenjak Merdeka, Selangor sentiasa berada di bawah kekuasaan BN atau dahulu dikenali sebagai PERIKATAN.

Pilihan raya umum ke-12 merubah sejarah politik negara. Buat pertama kalinya Selangor tumbang ke tangan pembangkang.

Anak jati Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang ke-14.
Selain daripada mempunyai hasil dan kekayaan yang terbesar, negeri ini juga adalah tempat letaknya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya.

Dan jangan lupa, Kuala Lumpur itu juga pada satu ketika dahulu adalah sebahagian daripada negeri Selangor.

Dalam sejarah, rekod paling lama memegang jawatan menteri besar Selangor adalah Datuk Harun Idris iaitu dari tahun 1964 - 1976. Itu pun berakhir dengan tragis apabila beliau dijatuhkan dengan dakwaan skandal rasuah.

Selepas Datuk Harun, beberapa mantan menteri besar Selangor seperti Tan Sri Muhammad Taib, Datuk Seri Abu Hassan Omar dan Dr Khir Toyo turut menamatkan karier dengan skandal.

Khir Toyo lebih malang lagi oleh kerana beliau adalah menteri besar Selangor dari BN yang pertama menyebabkan negeri jatuh ke tangan pembangkang. Akhir tahun lalu, beliau dijatuhkan hukuman bersalah di atas pertuduhan rasuah.

Dengan itu, beliau tidak lagi memakai gelaran "Datuk Seri" yang diberikan oleh Istana Selangor.
Selangor di bawah Pakatan Khalid Ibrahim bukanlah satu nama yang begitu popular dalam politik Malaysia pada ketika beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor.

Beliau lebih dikenali dalam dunia korporat. Jawatan terakhir dalam dunia korporat adalah sebagai ketua pegawai eksekutif kepada Kumpulan Guthrie Berhad.Semenjak menjadi menteri besar sehinggalah hari ini, serangan bertali arus terpaksa dihadapi oleh Khalid. Lebih ngeri lagi, serangan datang dari luar dan dalam Pakatan Rakyat.

Namun ini tidak menghalang ADUN Ijok itu untuk mentadbir negeri Selangor dengan baik. Kedudukan kewangan negeri berada pada tahap yang membanggakan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan pada Oktober 2011 berpuas hati dengan kedudukan kewangan negeri Selangor, di antaranya:

  • Kerajaan negeri berjaya mengurangkan tunggakan hasil berjumlah RM99.87 juta kepada RM502.05 juta berbanding tahun sebelumnya.

  • Baki hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan menurun sejumlah RM58.91 juta (5.5 peratus) menjadi RM1,004.64 juta berbanding RM1,063.55 juta pada tahun 2009.

  • Penurunan ini disebabkan kerajaan negeri telah membayar balik hutang sejumlah RM58.91 juta bagi menjelaskan pinjaman bagi rumah awam kos rendah dan projek ladang hutan masing-masing sejumlah RM52.42 juta dan RM6.49 juta.

Reformasi di Selangor


"Orang-orang reformasi tidak boleh menipu rakyat," kata Khalid Ibrahim dalam ucapannya di sebuah majlis di Shah Alam.

Sebaik sahaja mengambil alih Selangor, Khalid berusaha untuk memenuhi janji-janji pilihan raya dalam manifesto bersama PKR, DAP dan PAS - pilihan raya umum ke-12 lalu.

Di zaman pentadbiran Khalid, exco kerajaan negeri dan ADUN tidak boleh berbuat sesuka hati sepertimana dalam pentadbiran lalu. Exco dan ADUN perlu sentiasa bersih dan dilihat bersih sepanjang pentadbiran.

Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) akan menyiasat segala perbelanjaan exco dan ADUN bagi memastikan ketelusan dan integriti dipertahankan.

Anugerah tertinggi negeri tidak disalahgunakan. Sewaktu pentadbiran terdahulu, anugerah "Datuk" diberikan kepada pemimpin BN dan sekutu rapatnya.

Di zaman Khalid, pimpinan tertinggi seperti exco kerajaan negeri tidak diberikan anugerah Datuk. Mungkin Khalid mahu memelihara keunggulan anugerah tertinggi negeri Selangor.

Rakyat dapat melihat perubahan dan reformasi di negeri Selangor. Walaupun tidak sempurna, Selangor hari ini amat berbeza dengan yang terdahulu. Hasil dan kekayaan negeri bertambah.

Nikmat dapat dirasai oleh golongan rakyat terbanyak dalam program merakyatkan ekonomi Selangor.

Mampukah Selangor terus dipimpin oleh Khalid Ibrahim dan Pakatan selepas pilihan raya umum ke 13?

Apakah halangan-halangan yang boleh menyebabkan negeri terkaya di Asia Tenggara ini dirampas semula oleh BN?

Amin Iskandar menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-10 untuk menjalankan kajian sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia. Beliau Memblog di http://www.aminiskandar.blogspot.com

Read more...

Mar 26, 2012

Hayati 10 ayat surah Al-Kahfi

Nabi saw bersabda;”
Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal ‘. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)
Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam harinya (Jumaat) sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi).
Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.
Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi berkata:
“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.”
(HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)
Pada lafadz Tirmidzi: “Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Dia berkata: “Hadits hasan.”
Pada hadits yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda radliallahu `anhu bahwa Nabi SAW berkata; “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah radliallahu `anhu.
Dan pada lafadz Nasai menyatakan:
“Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Hadis daripada Anas bin Malik pula Baginda bersabda:
“Keluar Dajjal daripada Yahudi Asfahan bersamanya 70,000 orang yahudi,”.
Pada hadits yang marfu’ dari Ali bin Abi Thalib:
“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai delapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya.”
10 Awal
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

الْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا ۜ 
Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):

قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا 
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا 
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.

وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّـهُ وَلَدًا
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".

مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ ۚ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ ۚ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا 
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.

فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَـٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا 
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا 
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.


أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا 
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا 
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".



10 Akhir


Read more...

Mar 20, 2012

Jawapan Hilal Asyraf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Assalamu’alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barokatuh.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, diizinkan saya mengarang
warkah ini. Semoga Allah SWT memandu kita semua ke arah kebenaran, dan
sentiasa meletakkan kita agar sentiasa lurus berada di atas jalanNya.

Ini adalah warkah jawapan saya kepada Tun Dr Mahathir yang menyuakan
beberapa soalan kepada saya di dalam blognya pada link berikut:
http://chedet.cc/blog/?p=718

Sukalah saya mendahulukan terima kasih saya, sebagai seorang rakyat
biasa, kerana Tun Dr Mahathir sudi memberikan respon kepada nota saya.
Yang nyatanya saya sangka, tidak sampai kepada Tun. Hal ini kerana
ramai lagi orang lain memberikan respon kepada ucapan Tun berkenaan
Hudud tersebut. Apa-apa hal pun, saya berbesar hati atas keterbukaan
Tun ini, dengan izin Allah SWT.

Saya Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak bin Kaprawi. Tahun ini
berumur 23 tahun mengikut tahun masihi. Ya benar, saya taraf cucunda
Tun, yang nyata usianya sudah menjengah 90 tahun dalam tahun hijrah.
Saya merupakan pelajar tahun akhir di Universiy of Yarmouk, Jordan
dalam pengkhususan Usuluddin. Jika tiada aral melintang, saya akan
menamatkan pengajian saya di semester ini. Saya juga, mengasaskan
website ini(LangitIlahi.Com), dan menulis beberapa buah buku.

Tun Dr Mahathir yang dikasihi kerana Allah,

Maafkan saya atas intro yang panjang. Kini saya pergi menjawab
soalan-soalan yang dilontarkan oleh Tun di dalam blog Tun. Namun suka
saya meminta maaf, jika saya tidak mampu menjawab seringkas yang
dipinta. Tetapi saya berusaha keras untuk meringkaskan penulisan saya.


Soalan 1 –  Punca ajaran agama Islam ialah Al-Quran, Hadith, fatwa,

ajaran ulama’-ulama’ dan guru-guru agama. Diantara punca-punca ini
yang mana satukah yang diutamakan?

Izinkan saya memperbaiki statement – “punca ajaran agama Islam ialah
Al-Quran, Hadith, Fatwa, ajaran ulama’-ulama’ dan guru-guru agama.”

Sebenarnya, ‘punca’ ajaran agama Islam adalah Al-Quran dan Hadith
sahaja. Selebihnya, seperti fatwa, ajaran ulama’ atau guru-guru, itu
adalah perkara yang terbit dari kefahaman mereka terhadap Al-Quran dan
Hadith.

Bila ditanyakan yang mana satukah yang patut diutamakan, maka saya jawab:

Al-Quran dan Hadith. Kedua-duanya diutamakan, pada taraf yang sama.
Kerana kewujudan Hadith, yakni sunnah nabawiyah, adalah sebagai
‘penjelasan’ kepada ayat-ayat Al-Quran. Kerana itu Allah SWT
berfirman:

“(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang
jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci
(yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai
Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan
kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan
supaya mereka memikirkannya. (Setelah diterangkan yang demikian) maka
adakah orang-orang yang merancang dan melakukan kejahatan-kejahatan
itu merasa aman daripada ditimbuskan oleh Allah akan mereka ke dalam
bumi, atau mereka didatangi azab dari arah yang mereka tidak
menyedarinya?” Surah An-Nahl ayat 44-45.

Begitulah juga dinyatakan di dalam Surah An-Najm ayat 2-4. Surah
Al-Hasyr ayat 7.

Dan berkenaan Al-Quran, nyata Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul
(ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang
yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh
pahala yang besar. Dan bahawa orang-orang yang tidak beriman kepada
hari akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi
sakitnya.” Surah Al-isra’ ayat 9-10.

Juga wujud penegasan ini dalam banyak tempat yang lain di dalam
Al-Quran, contohnya di dalam Surah Al-Baqarah ayat 1-2, An-Nisa’ ayat
174-175, Surah Al-Maidah ayat 15-16 dan lain-lain.

Tun Dr Mahathir yang saya harapkan berada dalam rahmat Allah,

Soalan 2 –  Sekiranya terdapat perlanggaran atau percanggahan antara
hadith, fatwa, pendapat ulama’ dan guru-guru agama dengan apa yang
terdapat dalam Al-Quran, apakah kita harus tolak Al-Quran (terutama
ayat-ayat yang jelas) dan terima hadith, fatwa dan lain-lain?

Berkenaan soalan ini, pertamanya izinkan saya jelaskan berkenaan
percanggahan hadith dengan Al-Quran. Sesungguhnya Tun yang saya
kasihi, apabila Allah SWT telah berfirman di dalam ayat-ayatNya di
atas berkenaan Rasulullah SAW itu tindakannya adalah wahyu, maka
tiadalah hadith yang sohih, bercanggahan dengan ayat-ayat Al-Quran.

Sekiranya kita menjumpai ta’arudh(perlanggaran, percanggahan) ini, di
antara hadith sohih dengan ayat Al-Quran, maka hendaklah kita kaji
semula apakah sebabnya. Dan biasanya, percanggahan itu bukanlah
percanggahan. Tetapi antaranya disebabkan:

 Silap dalam periwayatan hadith
Ayat Al-Quran itu sudah di’nasakh’(mansuh)kan hukumnya, tetapi tidak
di’nasakh’(mansuh)kan bacaannya.
Atau Rasulullah SAW melakukan/membenarkan/melarang perkara tersebut,
sebelum ayat Al-Quran turun melarang/membenarkan.

Begitu.

Jadi bila ditanya kepada saya, mana yang patut diutamakan, maka saya akan jawab:

Al-Quran dan hadith. Bersama-sama.

Kalau berlaku pencanggahan antara Al-Quran dan hadith, maka nyatakan
hadithnya, dan nyatakan ayat Al-Quran yang mana, kemudian kita periksa
mengikut ilmu asbabul nuzul(sebab-sebab turunnya ayat Al-Quran), dan
periwayatan hadith.

 Tun Dr Mahathir yang dikasihi kerana Allah,

Soalan 3 – Ada pihak yang mendakwa bahawa Al-Bukhari telah mengkaji
sebanyak 600,000 hadith tetapi menerima hanya 7000 sebagai sahih.

Benar. Dan perlu diketahui bahawa Imam Al-Bukhari(Abu ‘Abdullah
Muhammad bin Isma’il Al-Bukhariy) menamakan Kitab Sohih Bukhari itu
dengan “Jami’ Musnad As-Sohih Al-Mukhtasar Min Umur Rasulillah SAW”.
Al-Mukhtasar ini bermaksud “ringkasan”. Imam Al-Bukhari memasukkan
sekitar 7,000 hadith ini ke dalam kitab tersebut kerana 7,000 hadith
ini mencukupi pada pendapatnya, untuk manusia memahami bagaimana mahu
berurusan dengan Islam sebagai cara hidup.

Dan Imam Al-Bukhari sendiri menyatakan: “Aku keluarkan untuk
(isi)kitab ini daripada 600,000 hadith, dan aku jadikannya sebagai
hujjah antara aku dan Allah SWT.”

Berkata Ibrahim ibn Mu’qol: “Aku mendengar Muhammad bin Ismail
berkata: Tiadalah aku masukkan ke dalam kitabku As-Sohih ini melainkan
yang sohih. Dan aku tinggalkan(tidak masukkan) banyak hadith sohih
yang lain agar tidak menjadi panjang(kitab itu tidak menjadi terlalu
tebal)”

Berkata Imam Al-Bukhari: “Tiadalah aku keluarkan(yakni meriwayatkan)
di dalam kitab ini melainkan yang sohih, dan apa yang aku tinggalkan
dari hadith sohih yang lain ada banyak.”

Kerana itu apabila Imam Al-Bukhari menamakan kitabnya “As-Sohih
Al-Mukhtasar Min Umur Rasulillah SAW”, maka itu menjadi dalil bahawa
dia berpendapat hadith-hadith tersebut sudah cukup bagi manusia
mengamalkan dan memahami Islam yang sebenar. Tetapi tidaklah dia
menutup peluang orang lain untuk meriwayatkan hadith sohih yang lain.

Ini saya dapati dari Kitab Al-Wadhih Fi Manahij Al-Muhaddithin
karangan Dr Yaasir Asy-Syimaali.

 Tun Dr Mahathir yang saya kasihi kerana Allah,

Soalan 4 - Apakah kesahihan hadith-hadith ini semuanya sama dengan
sahih pengkaji hadith lain termasuk Muslim, Tarmizi dan lain-lain.
Apakah kita harus tolak kajian-kajian lain dari Bukhari?

Kalau yang Tun maksudkan di sini adalah ‘sama taraf kesohihan’nya,
maka itu bergantung kepada Al-Jarah Wa Ta’dil terhadap hadith
tersebut. Menggunakan teknik Jarah Wa Ta’dil ini, maka periwayatan
akan dikaji semula untuk melihat kesohihannya. Baik sohih dari segi
sanad perawi, mahupun sohih dari segi matan(sebutan hadith) itu.

Tetapi kalau Tun mahu tanya fasal ‘Syarat Sohih Hadith’ yang dikenakan
oleh perawi-perawi ini sebelum memasukkan ke dalam kitab mereka, maka
telah diakui zaman berzaman bahawa syarat yang dikenakan oleh Imam
Bukhari dan Imam Muslim adalah paling ketat sekali.

Imam Bukhari mengenakan syarat-syarat berikut:

1. Memenuhi Syarat hadith Sohih yang disepakati Ulama’
*Sanadnya bersambung.
*Perawinya adil(soleh, bertaqwa, dipercayai)
*Perawinya dobit(tidak nyanyuk, tidak lupa)
*Tidak ada syaz(hadith yang diriwayatkan tidak bertentangan)
*Tidak terdapat ‘illlah(yakni kecacatan/kesamaran yang menyebabkan
hadith itu tidak diterima)

2. Subbut Al-Liqa’ (terbukti perawi itu telah bertemu dengan perawi sebelumnya)

3. Melihat tahap penguasaan murid di sisi syaikhnya(apakah murid yang
bagus penguasaannya, atau tidak)

4. Hendaklah perawi itu masyhur sebagai yang tekun menuntut ilmu
hadith.(maksudnya, perawi itu memang dikenali sebagai yang rajin
menuntut hadith)

Manakala imam-imam yang lain, ada yang membenarkan hadith dho’if wujud
di dalam kitabnya. Ini bukanlah hendak menyatakan Imam-imam tersebut
kurang mulia atau kurang hebat daripada Imam Al-Bukhari dan Imam
Muslim. Tetapi hendak menyatakan, tujuan penulisan kitab mereka adalah
berbeza. Dan perlu diketahui bahawa ulama’-ulama’ yang memasukkan
hadith-hadith sedemikian, mereka memasukkannya dengan amanah. Yakni
menyatakan para perawinya agar boleh diperiksa orang terkemudian
selepas mereka.

Dan untuk isu mana yang lebih patut diambil sebagai rujukan, setakat
ini sememangnya ulama’-ulama’ telah menjadikan Imam Al-Bukhari dan
Imam Muslim sebagai rujukan utama. Biasa akan dikatakan – “Perawi ini
melepasi syarat asy-syaikhain”. Itu bermakna, perawi itu melepasi
syarat yang dikenakan Bukhari dan Muslim.

Namun untuk mengambil hadith-hadith daripada Imam lain, tiada masalah
selagi mana ianya memenuhi syarat hadith sohih.

Perkara ini Tun, dibahaskan dengan amat-amat detail dalam ilmu Jarah
Wa Ta’dil(kritikan dan pujian) terhadap hadith-hadith, di dalam Kitab
Ar-Rijal(kitab yang menceritakan perihal perawi-perawi, sejarah
mereka, kedudukan mereka dalam dunia periwayatan hadith) dan
sebagainya.

Tun Dr Mahathir yang saya kasihi kerana Allah,

Soalan 5 – Apakah ingatan manusia lebih tepat dan kekal dari catitan,
seperti wahyu dari Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. dicatit,
kemudian dibukukan sebagai Al-Quran.

“Lebih tepat” itu pada saya sangat subjektif. Sebab, tidak semestinya
apa yang dicatit itu betul. Dan tak semestinya juga yang diingati itu
lebih tepat dari apa yang tercatat.

Sebab itu Tun, dalam isu pengumpulan, pembukuan Al-Quran dan Hadith,
adalah amat-amat-amat ketat saringannya.

Bukan semata-mata dia hafal, dia sebut, maka terus dimasukkan ke dalam
catitan. Terus dibukukan. Bahkan, jika kita menelaah kitab-kitab
Manahij Al-Muhaddithin(Sistem Para Perawi Hadith), kita akan menjumpai
perkara seperti jarah wa ta’dil yang menilai sanad dan matan hadith,
kitab Ar-Rijal yang menilai perawi-perawi hadith, syarat hadith sohih,
 dan sebagainya, yang jelas menunjukkan ini semua disaring penuh ketat
dan teliti.

Kalau Tun nak kata ingatan manusia boleh terganggu dengan ‘lupa’ dan
sebagainya, saya akan kata, sebab itu wujud sistem Jarah Wa Ta’dil,
Kitab Ar-Rijal, Syarat-syarat hadith sohih, dan sebagainya, untuk
memastikan apa yang disampaikan itu terjaga.

Sebentar lagi saya akan nyatakan bahawa hadith juga dicatit. Ada juga
yang dihafal. Sama seperti Al-Quran. Ada yang tercatat di pelepah
kurma, batu dan sebagainya. Ada juga yang tidak ditulis, tetapi
dihafal. Namun sistem pengumpulan yang amat ketat itulah yang menjaga
dari apa yang tidak sohih itu terlepas.

Tun Dr Mahathir yang saya kasihi kerana Allah SWT,

Soalan 6 – Bukhari membuat kajian hadithnya 200 tahun selepas wafat
Nabi. Apakah orang pertama yang melihat atau mendengar Nabi bersabda
mencatat apa yang dilihat dan didengar dan catitan ini disimpan
sehingga Bukhari mengkajinya? Atau apakah Bukhari bergantung kepada
riwayat yang diperturunkan melalui beberapa generasi sehingga sampai
kepada Al-Bukhari?

Sebenarnya Tun, hadith itu ditulis dari zaman Rasulullah SAW lagi.
Bukan semata-mata hafalan dan ingatan. Di zaman Rasulullah SAW, antara
yang dikhaskan oleh Rasulullah SAW untuk menjadi pencatit hadith
baginda adalah: ‘Abdullah ibn ‘Amru Radhiallahu’anhuma.

Dinamakan penulisan Hadith ‘Abdullah ibn ‘Amru ini sebagai Sohifah As-Soodiqoh.

Antara lain yang wujud adalah Sohifah ‘Ali bin Abi Talib Radhiallahu’anhu.

Dan wujud di dalam Sohih Bukhari dalam Kitabul ‘Ilm bahawa Rasulullah
SAW pernah menyuruh agar ditulis pesanan dan ajaran baginda kepada
seorang yang berasal dari Yaman.

Dan amat masyhur kita mengetahui bahawa baginda mempunyai penulis
surat, dan dihantar surat itu kepada raja-raja di zaman baginda. Ini
dinyatakan di dalam Kitab Jaami’ Bayan Al-‘Ilm karangan Ibn Abdul
Barr.

Jadi jelas di zaman Rasulullah SAW, hadith-hadith baginda ditulis.
Tanpa dinafikan, ada juga yang dihafal.

Kita mendalami ilmu hadith ini dengan memahami bahawa Al-Quran adalah
wahyu daripada Allah SWT makna dan lafaz. Manakala hadith adalah
maknanya daripada Allah, sedang lafaznya adalah lafaz Rasulullah SAW.
Maka, ada sahaja yang meriwayatkannya berdasarkan makna sahaja. Itu
pun, semua ini melalui jarah wa ta’dil yang kita nyatakan tadi.

Di zaman Sohabah(para sahabat) pula, wujud tulisan Zaid ibn Thabit RA
yang mengumpulkan hadith-hadith berkenaan Fara’idh. Khotib
Al-Baghdadi(Abu Bakr Ahmad ibn `Ali ibn Thabit ibn Ahmad ibn Mahdi)
juga pernah meriwayatkan daripada Basyir ibn Nuhaik bahawa Basyir
berkata: “Aku menulis untuk Abu Hurairah setiap hadith yang aku
pelajari daripadanya. Kala aku hendak berpisah dengannya, maka aku
membacakan apa yang aku tulis. Kemudian aku nyatakan bahawa ini semua
adalah hadith yang aku ambil daripadanya. Abu Hurairah menjawab: Ya.”
Khotib Al-Baghdadi, dalam kitabnya, Taqyid Al-Ilm.

Terdapat juga sohifah Jabir ibn Abdullah. Dan para sahabat yang hidup
jelas memperturunkan hadith-hadith yang didapati daripada Rasulullah
SAW kepada masyarakat di mana mereka hidup.

Dan ini semua tidak mati di situ sahaja. Di Zaman Tabi’in, wujud juga
penulisan Hadith, bahkan jadi lebih meluas lagi kerana telah
terbukanya banyak wilayah di tangan Islam. Ketika zaman inilah,
Khalifah Abdul Aziz ibn Marwan(meninggal pada tahun 85H) mula menyeru
agar dikumpulkan hadith secara rasmi. Kemudian usaha ini juga
diteruskan oleh Khalifan Umar bin Abdul Aziz di zamannya.

Perkara ini dijelaskan secara detail di dalam kitab-kitab Manahij
Al-Muhaddithin. Ini bukanlah maklumat yang boleh kita biarkan begitu
sahaja, atau memandangnya dengan sebelah mata semata-mata.

Kemudian, apabila ingin membicarakan perihal Imam Al-Bukhari,
bagaimana dia menuntut hadith, dia nyata adalah seorang yang
mengembara. 16 tahun dia keluar mengembara bertemu dengan
perawi-perawi untuk mengumpulkan hadith-hadith, dalam rangka
mengumpulkan yang sohih. Dia bukannya duduk diam di dalam perpustakaan
semata-mata, atau menunggu seseorang datang kepadanya menyampaikan
buatnya hadith.

Dan sekali lagi saya nyatakan, Imam Al-Bukhari bukannya sekadar
dengar, dan terus catit masukkan ke dalam Kitabnya. Dia menyaringnya
pula. Ada pula hadith-hadith yang lebih kurang sama, diletakkan
sebagai bukti bahawa makna yang dibawa oleh hadith-hadith itu sohih,
saling sokong menyokong satu sama lain.

Bahkan, untuk tambah meyakinkan lagi, Imam Al-Bukhari telah memanggil
para ulama’ di zamannya untuk menilai Kitab Jami’ Musnad As-Sohih
miliknya itu. Antara ulama’ yang menilai adalah ‘Ali ibn Al-Madini,
Ahmad ibn Hanbal, Yahya Ibn Mu’in dan lain-lain. Mereka
memperkemaskannya lagi dan menjadi saksi bahawa apa yang dikumpulkan
itu adalah sohih.

Dan bukanlah Imam Al-Bukhari itu terus mati selepas menyelesaikan
kitabnya. Dia masih hidup. Didatangi para ulama’, dan keluar ke negeri
demi negeri membawa kitabnya. Sekiranya wujud kesalahan dan kecacatan,
semestinya kitabnya telah tertolak lebih awal kala kehidupannya.

Tun Dr Mahathir yang saya kasihi,

Soalan 7 – Tuhan menjadikan manusia berbeza dengan haiwan kerana
manusia diberi akal fikiran. Apakah agama Islam melarang manusia dari
mengguna akal dan berfikir?


Guru saya di dalam bidang Aqidah, bernama ‘Ala Hilat, pernah berkata
bahawa Allah SWT menyediakan ayat musytabihat di dalam Al-Quran,
sebagai tanda penghormatan Allah SWT kepada akal yang diciptakanNya
buat manusia. Ayat musytabihat adalah ruang yang diberikan Allah SWT
agar manusia berfikir, menjana pemikirannya sendiri.

Tetapi adalah perlu kita fahami bahawa, tiadalah pemikiran akan timbul
sendiri tanpa bantuan. Dan tiadalah pemikiran akan menghala kepada
arah yang betul sekiranya tidak mendapat panduan.

Kerana itu, Allah SWT menurunkan ayat-ayat Muhkamat. Yang qat’ie,
jelas tidak boleh diubah dan diperbahaskan perlaksanaannya. Hal ini
boleh dirujuk dalam Surah Ali Imran ayat 7.

Allah SWT juga beberapa kali menyebut ayat Al-Quran seperti:

“Apakah mereka tidak mendalami/memikirkan Al-Quran?” Surah Muhammad
ayat 24.  “Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang
yang berfikir.” Surah Rum ayat 21.

Maka tidaklah Islam melarang kita menggunakan akal kita. Tetapi
perlulah kita letakkan akal kita atas landasan sebagaimana yang telah
ditetapkan oleh Allah SWT di dalam kitabNya, sebagaimana yang telah
ditunjukkan oleh Rasulullah SAW daripada hadith yang sohih yang sampai
kepada kita.

Jika Islam melarang kita menggunakan akal, maka tiadalah ulama’-ulama’
terdahulu terfikir untuk mengumpulkan Al-Quran dan mengumpulkan
hadith. Tiadalah cendekiawan Islam membuat penemuan-penemuan yang
menghidupkan ketamadunan dunia.

Tetapi perlulah pada kebebasan berfikir itu, wujud limitnya. Kerana
pemikiran manusia itu terbatas.

Sebagaimana limit yang diletakkan kepada kita, agar tidak membicarakan
akan dzat Allah SWT.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, dari Rasulullah
SAW, beliau bersabda: “Sesungguhnya syaitan mendatangi salah seorang
dari kamu, lalu berkata: Siapakah yang telah menciptakan ini ?
Siapakah yang telah menciptakan itu ? Hingga syaitan berkata
kepadanya: Siapakah yang menciptakan Rabbmu? Jika sudah sampai
demikian, maka hendaklah ia berlindung kepada Allah dengan mengucapkan
isti’adzah dan berhenti.” Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Kerana jelas, makhluk jika mampu memikirkan bagaimana ‘bentuk’
Tuhannya, adalah satu kecacatan kepada Maha Besarnya Tuhan itu.
Tidakkah Tun rasa demikian? Ini salah satu bentuk keterbatasan akal
manusia. Tidak mampu menjengah kepada perkara-perkara ghaib. Maka
Al-Quran dan hadith memandu. Islam benarkan kita terbang seperti
layang-layang, tetapi mestilah bertali agar tidak jadi layang-layang
yang lepas pergi begitu sahaja, Tun.

Maka begitulah saya melihat Islam mendidik kita berfikir, Tun.

Penutup: Inilah jawapan Saya, Tun Dr Mahathir, yang saya kasihi kerana
Allah SWT.

Tun Dr Mahathir yang saya kasihi.

Pada hemat saya Tun, kalau saya diizinkan memberikan buah pandangan,
saya kira lebih afdhol dari Tun memfokuskan soalan ini kepada saya,
dan membukanya agar diperbincangkan ulama’ luar dan dalam negara. Saya
cadangkan Tun menulis soalan-soalan ini di dalam bahasa Inggeris.
Pastinya akan mendapat sambutan dan perhatian ulama’ international.
Jika Tun mahu tahu, nama Tun masih disebut-sebut. Ada rakyat Jordan
yang menyangka bahawa Tun masih Perdana Menteri kami.

Saya ini, ini sahajalah yang saya mampu beri. Mahu kata pakar, tidak
sepakar mana. Saya pun tidak expect Tun akan tanya saya hal sebegini.
Sedang ulama’-ulama’ yang lebih pakar, pastinya mungkin ada yang mampu
memuaskan hati Tun.

 Apa-apa hal pun Tun, inilah jawapan saya. Saya yakin, do’if dan
kerdil, ditonton masyarakat Malaysia, kala berhadapan dengan Tun.
Nyata, saya hanya cucunda Tun yang berumur 23 tahun, belum lagi
menamatkan ijazahnya. Namun saya kekal dengan jawapan saya ini setakat
ini. Saya percaya dengan ilmu yang saya perolehi ini, sebagaimana yang
saya tulis.

Nota saya yang sebelum ini hanya berniat untuk menyatakan, bagaimana
kelirunya masyarakat dengan kata-kata Tun tempoh hari. Saya,
berdasarkan ilmu yang sedikit, yang ada pada saya ini, juga penjelasan
saya tadi, jelas bahawasanya Hukum Hudud bukan satu ‘rekaan’ ulama’
Fiqah. Ianya memang datang daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Bila Tun
bicara berkenaan ‘hukum yang keras’ tiada di dalam Al-Quran, saya
nyatakan adanya potong tangan di dalam Al-Quran. Berkenaan dengan
rejam, wujud di dalam hadith sohih, namun kedudukan rejam ini saya
menjumpai pelbagai pandangan. Sebat ada di dalam Al-Quran. Apa-apa hal
pun, Tun kemudiannya bicara berkenaan bagaimana ruginya kita jika amal
hudud, orang melayu Islam akan tak ada tangan dan sebagainya.

Tun minta tidak dicap sebagai anti-hadith, dan Tun jelas mengakui
betapa hadith diperlukan untuk menjelaskan bagaimana untuk bersolat.
Maka saya bawakan hadith sohih berkenaan potong tangan, yang jelas
tiada diskriminasi. Hatta anak kepada Nabi pun, jika mencuri dan
sampai hadnya, maka akan dikenakan hukumannya.

Dari Aisyah r.a., Orang Quraisy merasa tidak senang akan hukuman yang
dijatuhkan kepada seorang perempuan suku Makhzum mencuri. Mereka
berkata: “Siapakah yang boleh menyampaikan kepada Rasulullah s.a.w.
supaya perempuan itu dibebaskan saja?” Kata mereka: “Siapakah yang
berani selain Usamah bin Zaid, kesayangan Rasulullah s.a.w.!” Usamah
lalu menyampaikannya kepada beliau. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Mengapa engkau memberikan pertolongan untuk membebaskan seseorang
dari had (hukum) Allah?” Kemudian beliau berdiri lalu berpidato,
sebagai berikut: “Orang-orang yang sebelum kamu dibinasakan, kerana
kalau orang yang terhormat (mulia) mencuri, mereka biarkan saja.
Tetapi kalau yang mencuri itu orang lemah, mereka jatuhi hukuman. Demi
Tuhan! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, saya potong
juga tangannya!” Hadith Riwayat Bukhari.

Inilah penjelasan kepada ayat berkenaan potong tangan yang wujud di
dalam Al-Quran pada ayat 38 Surah Al-Maidah. Saya sudah nyatakan di
dalam nota saya, saya ‘tidak arif berkenaan bagaimana hudud itu perlu
dilaksanakan.’ Tetapi saya amat pasti bahawa, hudud bukan semata-mata
rekaan ulama’ fiqah.

Sekiranya orang menyatakan nota saya adalah satu bentuk salah faham
kepada bicara Tun, maka semestinya Tun perlu memberikan penjelasan.
Sebab apa yang saya nampak, kenyataan Tun tempoh hari mengundang salah
faham yang nyata besar. Kerana nyata, Tun diikuti ramai orang. Suara
saya, hanya pasir di tengah suara rakyat yang lain. Dan adalah menjadi
kegembiraan saya, apabila Tun memberikan respon. Walaupun saya kira,
respon Tun sepatutnya berbentuk umum, kerana ada lagi beberapa orang
menulis kritikan yang sama, bahkan ada yang lebih keras, kepada Tun.

Jadi, setakat ini sahajalah daripada saya. Terima kasih kerana sudi
menyantuni penulisan saya, membaca nota saya yang terdahulu. Sebarang
kesilapan, saya minta maaf. Sebarang kecacatan bahasa dalam penulisan
saya, mungkin ada yang dianggap kasar, maka saya minta maaf.

Di kesempatan ini, saya sampaikan salam dua sheikh saya, pakar ilmu
hadith daripada Yarmouk, bernama Dr Mehmed Thowalbeh dan Dr Sa’id
Bawa’anah. Mereka kata, jika Tun ingin bertanya lebih banyak, mereka
sedia membantu. Mereka juga mencadangkan sebuah buku untuk ditelaah
Tun, bertajuk: Manahij Al-Muhaddithin karangan Ali Qudhoh.

Jika Tun sudi, sampaikan salam saya kepada ‘nenda’ Tun Dr Siti Hasmah.
Dan doakan agar saya selamat melayari bahtera perkahwinan, tarikhnya
sekitar sebelum Ramadhan tahun ini.

Sekali lagi, terima kasih, dan minta maaf, daripada saya, Hilal
Asyraf, ‘cucunda’ Tun yang masih banyak perlu belajar lagi,
semestinya.

Semoga Allah redha, dan membuahkan dari penulisan ini manfaat. Bukan
sahaja untuk kita berdua, tetapi juga buat masyarakat.

Sekian.


~ seorang hamba,

HilalAsyraf

Read more...

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP