Memahami kejahatan syaitan
SYAITAN adalah perkataan bahasa Arab yang disebut sebanyak 138 kali
dalam al-Quran dengan pelbagai bentuk, antaranya Asy-syaithan,
Syaithanan, Asy-syayathin, Syayatinihim dan Syaithani.
Oleh kerana ia dicipta daripada asap dan api maka ia tidak mudah
dilihat, namun boleh menjelma dalam pelbagai rupa termasuk manusia,
hantu, asap, anjing hitam dan ular.
Syaitan begitu dekat dengan orang-orang yang lupa kepada Allah s.w.t
seperti tidak solat, tidak berpuasa serta membaca al-Quran.
Mereka sentiasa akan berusaha supaya manusia akan merasa segala yang
ada di dunia ini adalah halal. Syaitan amat pandai memujuk dan merayu
manusia supaya lalai seperti meminum arak, menari dan bergaul bebas.
Maka sebab itu orang Mukmin dianjurkan membaca doa “Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk.” Allah s.w.t mengingatkan manusia supaya bersikap baik sesama manusia, berkata benar, bersikap rendah hati serta bermurah hati.
Permusuhan antara syaitan dan manusia sudah diketahui. Antara kejahatan syaitan ialah menciptakan perselisihan dan perpecahan antara suami isteri.
Di dalam Kitab Tanbihul Ghafilin menyatakan antara 15 musuh syaitan ialah
1- Rasulullah s.a.w,
2- Imam yang adil,
3- Orang kaya yang merendah diri,
4- Peniaga yang jujur,
5- Orang alim yang khusyuk,
6- Orang Mukmin yang suka menasihati,
7- Orang Mukmin yang murah hati (belas kasihan),
8- Orang yang bertaubat dan tetap dengan taubatnya,
9- Orang yang menjauhkan diri daripada segala perkara haram,
10-Orang yang sentiasa dalam keadaan berwuduk,
11-Orang Mukmin yang banyak sedekah,
12-Orang Mukmin yang berakhlak mulia,
13-Orang Mukmin yang banyak berjasa kepada manusia,
14-Orang Mukmin yang membaca al-Quran, menghafaz dan memahaminya
15-Orang Mukmin yang suka bersolat tahajud pada waktu malam.
0 comments:
Post a Comment