Powered by Blogger.

Mar 10, 2012

Lolipop Batang Bercahaya Bahaya Kepada Kesihatan

BERBAHAYA...Sejenis gula-gula lolipop menggunakan pemegang plastik bercahaya yang dijual secara terbuka dipercayai mengandungi toksik yang boleh menyebabkan penyakit barah dan mutasi gen kepada manusia.

GEORGE TOWN: Sejenis gula-gula lolipop menggunakan pemegang plastik bercahaya dalam keadaan gelap untuk menarik perhatian kanak-kanak yang dijual secara terbuka dikesan berbahaya kepada kesihatan.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, bahan kimia yang bertindak menghasilkan cahaya pada batang pemegang lolipop itu mengandungi toksik.
Katanya, bahan kimia pada pemegang lolipop tersebut akan merembes keluar dan akan ditelan kanak-kanak ketika menikmati gula-gula itu.
"Kajian dilakukan oleh Institut Nasional Ujian Keselamatan dan Kebersihan Makananan di bahawa Kementerian Kesihatan Vietnam menunjukkan bahawa pemegang lolipop itu mengandungi poly aromatic carbon (PAH). Ia bertindak menghasilkan oksigen bercahaya pada batang pemegang itu.
"PAH adalah sejenis bahan kimia bertoksik tinggi dan biasanya digunakan bagi tujuan industri seperti mencarikan cat. Ia boleh menyebabkan penyakit barah dan mutasi gen kepada manusia," katanya pada sidang media di ibu pejabat CAP di sini, Jumaat.
Idris berkata, lolipop itu sangat digemari kanak-kanak kerana batang pemegangnya yang bercahaya.
Katanya, gula-gula tersebut yang telah diharamkan di Vietnam dijual secara terbuka di beberapa pasar mini dan penjaja di sekolah pada harga 40 sen setiap satu.
"Kementerian Kesihatan harus mengharamkan pengedaran dan penjualan lolipop tersebut. Pembalut gula-gula itu turut memaparkan nama syarikat yang menghasilkannya di Bukit Mertajam," katanya.
Beliau mendakwa, logo halal pada kotak yang mengandungi 24 batang lolipop itu juga palsu.

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP