Sokong pembangkang: Bantuan OKU dihentikan
‘Surat’ berkenaan dimuat naik di Facebook. Ia dikatakan dari "Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Pemasaran), Sarawak" dengan tajuk: "Memberhentikan segala bantuan kerajaan - Encik Frusis Lebi dari Entualang Entawa, Sri Aman".
Surat yang dikatakan ditandatangani oleh Dagang (kiri) itu mengarahkan Penolong Pengarah Jabatan Pertanian Sri Aman supaya semua bentuk bantuan kerajaan untuk Frusis, yang dikenal pasti sebagai orang kurang upaya dalam surat itu, diberhentikan serta-merta.
"Ini adalah kerana beliau menentang dasar kerajaan dan menyokong secara terbuka calon pembangkang pada pilihan raya negeri 2011," petik surat itu.
"Selain itu, beliau juga menyediakan bilik operasi untuk calon pembangkang."
Johnnie B Goode, yang memuat naik salinan surat itu pada Jumaat lalu, menulis di Facebook:
"Arahan tidak berperikemanusiaan dan tanpa malu dari Menteri Muda Pertanian Mong Dagang dari parti pemerintah untuk menamatkan secepat mungkin elaun OKU Encik Frusis Lebi kerana beliau secara terbuka menyokong pembangkang."
Artikelnya itu kemudiannya dikongsi lebih 1,300 pembaca di Facebook dan menerima reaksi negatif dari warga maya yang ternyata berang dengan tindakan berkenaan jika ternyata benar.
“Tidak manis bagi seorang Menteri Muda bertindak demikian terhadap seorang kurang upaya. Amal dan kebajikan tidak patut dicampur dengan urusan politik,” komen Sunny Ng.
"Ini kerja seorang yang gila," komen Simon Ritikos pula.
‘Surat’ bertarikh 8 Disember tahun lalu itu turut memuatkan apa yang didakwa sebagai tandatangan Mong.
Ketika dihubungi olehMalaysiakini, Mong yang juga ADUN Bukit Begunan enggan mengulas mengenai perkara itu.
"Saya akan mengeluarkan satu kenyataan pada masa yang tepat," katanya.
Beliau juga enggan mengesahkan atapun menafikan sama ada surat itu dikeluarkan oleh dirinya atau pejabatnya.
Pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu, Mong mengalahkan tiga calon lain - PKR, SUPP dan Bebas - untuk mengekalkan kerusinya.
0 comments:
Post a Comment