Ulama, Menteri Besar dan Imam.
Ini adalah merupakan suatu pemandangan Subuh ‘biasa-biasa’ di Kelantan
pada hening Jumaat di Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan. Solat
Subuh atau biasanya dipanggil Subuh Sajadah akan diimamkan sendiri oleh
Tuan Guru Dato’ Menteri Besar, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun
dalam keadaan beliau yang uzur. Para jemaah datang dari segenap penjuru
Kota Bharu menyebabkan Masjid 2 tingkat ini sentiasa melimpah keluar
setiap pagi Jumaat. Berdasarkan pengalaman saya bermastautin di luar
Kelantan selama lebih daripada 5 tahun, keadaan ini sangat ‘rare’ di
negeri-negeri lain.
Inilah Subuh yang digeruni Yahudi. Inilah Subuh di Negeri yang dikatakan
miskin. Miskin Material, tapi percayalah kita kaya Akhirat. Sesuatu
yang tidak ada di negeri lain adalah berkat Ulama terdahulu dalam
menegakkan kalimah Allah dibumi Kelantan dan Pattani menyebabkan negeri
ini dan rakyatnya sangat cintakan Islam. Rakyat Kelantan tidak memuja
Tuan Guru Nik Aziz bahkan jauh dari itu. Tapi rakyat telah dididik dan
diasuh minda oleh ‘orang tua ini’ supaya cintakan Islam dan mengambil
Islam sebagai suatu cara dan gaya hidup, dan bukannya seperti yang
diamalkan oleh mereka2 yang lain yang mengambil solat sahaja dari Islam.
Islam tidak mengajar penganutnya untuk berfikir kebelakang, malah kita
adalah perintis pemikiran ke hadapan iaitu Akhirat. Kita banyak sangat
fikir dunia menyebabkan kita melihat dunia material sesuatu yang perlu
diberi fokus. Ingat, kita dalam permusafiran, sebagai adat dalam
permusafiran, kita perlu ambil yang mana perlu sahaja kerana kita perlu
berjalan lagi dan terus berjalan hingga ke negeri yang kekal abadi.
Itulah Akhirat. Kita tidak diajar untuk bermewah. Kita tidak diajar
untuk itu kerana untuk apa diciptakan syurga jika di dunia ini kita
telah memasuki ‘syurga’. Hiduplah sederhana. Kita di Kelantan,
Alhamdulillah. Walaupun tidak semaju mereka, tapi nilai Islam itu sangat
mahal.
Jemaah melimpah ke bibir masjid.

Islam di Kelantan.

Usai Solat Subuh, Tuan Guru memimpin bacaan Mathurat bersama-sama jemaah.

Majlis tahniq akan diadakan selepas solat Subuh setiap Jumaat sekiranya
Tuan Guru Nik Aziz tiada urusan di luar Kelantan dan kesihatan yang
mengizinkan.

Percuma! Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran.

Setiap kali majlis berlangsung, hampir 40 orang bayi akan ditahniq sendiri oleh beliau.

Berkat Seorang Ulama.

Penat dan lelah, beliau tidak pernah menolak permintaan untuk ditahniq.

Seorang tukang urut sentiasa berada di belakang beliau, dan jika beliau
terasa penat, beliau akan minta tangguh seketika untuk solat sunat 2
rakaat untuk menambah tenaga. Allahu Akbar!

Jemaah yang sedang menunggu giliran di luar.

Walaupun mereka berada disekitar Kota Bharu, dan walaupun keadaan yang
sempit untuk parkir kenderaan, ramai jemaah hadir dengan kenderaan
masing2. Orang Kelantan memang miskin!

Kita tidak semiskin seperti yang digembar-gemburkan mereka. Bahkan kita kaya! Kaya akhirat.
Allahuakbar!!!
0 comments:
Post a Comment