Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?

- Mereka boleh membeli sebarang model kereta CKD dengan harga bebas cukai. (Sumber : Malaysia MySecond Home)
- Warga asing boleh beli kereta Honda pada harga Proton
- Rakyat Malaysia sendiri terpaksa beli kereta Proton pada harga Honda
- Warga asing dapat menikmati banyak kelebihan, diskaun dan penjimatan
- Rakyat Malaysia sendiri “dipaksa berhadapan” dengan harga yang mahal?
- Warga asing diberikan harga kereta yang bebas cukai
- Rakyat Malaysia terpaksa berhadapan hutang pinjaman kereta antara 9-15 tahun lamanya
- Logik?
Kami tidak mempersoalkan kalangan warga asing yang menikmati dan boleh memiliki harga kereta yang murah di Malaysia.
Tetapi janganlah dibiarkan jurang terlalu besar antara kalangan kami
rakyat Malaysia dengan peserta program MM2h Malaysia ini? Adakah
kalangan rakyat Malaysia yang rata-rata mempunyai pendapatan yang rendah
tiada hak untuk menikmatinya sedikit kelebihan selama menjadi
warganegara Malaysia?
Sebabnya,
apa yang kami perhatikan keutamaan seolah-olah diberikan kepada warga
asing yang membawa masuk aliran tunai ke Malaysia tetapi dalam pada masa
yang sama rakyat Malaysia yang mempunyai nilai tunai yang sama + kelebihan dan kepakaran “dibiarkan” selama ini
sehingga mereka-mereka ini mula berhijrah ke luar negara untuk
menikmati kehidupan yang lebih baik. Sehingga akhirnya kerajaan terpaksa
menubuhkan Talent Corporation untuk mencari dan “mengejar” semula
rakyat Malaysia yang mempunyai kepakaran & berbakat tetapi sudah
tinggal bertahun-tahun di luar negara untuk diajak & dipelawa pulang
berkhidmat di Malaysia. (Baca hasil tulisan & pandangan Allahyarham Dato’ Salleh Majid – Bekas Presiden BSKL)Prestasi Program Malaysia MySecond Home (MM2h) – Daripada Tahun 2002-2011
- Sejak 2002 hingga 2011, seramai 17,203 orang warganegara asing daripada 119 buah negara telah menyertai program “Malaysia MySecond Home” (MM2H).
- Berdasarkan kepada profil peserta yang diwujudkan sejak tahun 2007 yang meliputi seramai 8,479 peserta, 90.6% adalah merupakan peserta lelaki, manakala selebihnya iaitu 9.4% adalah peserta wanita.
- Penyertaan warganegara asing yang tertinggi adalah daripada 10 buah negara seperti berikut :
|
Bil
|
Negara
|
Jumlah
(2002 -2011)
|
|
1.
|
China |
2857
|
|
2.
|
Bangladesh |
2082
|
|
3.
|
United Kingdom |
1789
|
|
4.
|
Jepun |
1629
|
|
5.
|
Iran |
1037
|
|
6.
|
Singapura |
804
|
|
7.
|
Taiwan |
724
|
|
8.
|
Pakistan |
698
|
|
9.
|
India |
631
|
|
10.
|
Korea |
613
|
Senarai Harga Kereta di Malaysia (MM2h)
- Program Malaysia MySecond Home (MM2H) : Mempelawa warga asing yang kaya raya tinggal di Malaysia
- Program Returning Expertise Program (REP) : Untuk rakyat Malaysia yang pulang berkhidmat di Malaysia. Yang ini mereka boleh beli kereta mana-mana model kereta luar untuk dibawa pulang ke Malaysia
- Program untuk rakyat Malaysia : Kelebihan untuk rakyat Malaysia yang tidak keluar-keluar?





0 comments:
Post a Comment