BIASANYA, jika ada duit lebih dan tidak tahu mahu buat apa,
maka duit itu selalunya digunakan untuk melancong dan berjalan-jalan. Ada duit
lebih lagi, maka ke Mekkah untuk menunaikan ibadat Haji mahupun Umrah. Selain
daripada itu, adakah wujud tempat-tempat pelancongan yang lain untuk dilawati
untuk mengisi masa dan menghabiskan duit dan berbaloi untuk dikunjungi? Di
sini, aku ingin kongsikan kepada semua 10 tempat pelancongan yang patut
dilawati (jangan bimbang, kalau tak dapat pergi, tak berdosa) bagi seorang
Muslim sebelum mati. Tempat-tempat ini bukan semata-mata kerana pelancongan
sahaja, malah boleh menjadi ikhtibar bagi kita kerana 10 tempat ini ada
kaitannya dengan Islam. Mari melancong bersama...
10. Dubai, UAE
Jika ada pihak mengatakan kononnya negara-negara Islam adalah
mundur dan miskin, maka Dubai ada jawapannya. Malah kemajuan dan kemodenan
Dubai tidak dapat ditandingi oleh negara-negara Maju yang lain. Sebut sahaja,
hotel paling mewah di dunia, bangunan yang tertinggi di dunia, pulau buatan
yang terbesar di dunia, taman tema dalam bangunan yang terbesar di dunia,
semuanya terletak di Bandaraya Dubai. Jika anda menganggap Dubai adalah negara
yang kaya dengan sumber asli, maka tanggapan anda adalah meleset. Kerana
pendapatan utama Dubai bukan berasal dari minyak dan sumber alam yang lain,
maka Dubai mencari sumber lain yang diharapkan dapat meningkatkan pendapatan
kota ini dalam pelbagai sektor khususnya dalam sektor bisnes, ekonomi,
perumahan, dan kewangan selain dari sektor pelancongan. Mari kita 'usya'
Dubai...
Jika tadi, kita telah melawat Bandar baru yang cukup moden,
kini kita terbang pula ke bandar paling tua di dunia, dan masih dihuni oleh
manusia sehingga kini, Damsyik, yang terletak di Syria. Syria telah dihuni
oleh manusia sejak manusia mula hidup di muka bumi ini. Kerana itu tidak
hairanlah jika Syria disebut sebagai ‘pintu masuk sejarah dunia’. Damsyik
merupakan ibu negara bagi Syria. Antara lokasi pelancongan di sini
adalah Azem Palace dengan kehebatan seni binaan
klasik Ottoman-Dimasq. Masjid Umawi dan Makam Nabi Yahya,
Nabi Hud dan Nabi Khidir, Makam Sallehudin Al-Ayubi, Makam para
sahabat seperti Abu Hurairah, Abi Darda’, Bilal Al-Habshi, Muawiyah
Abi Suffian, Abdullah Umm Makhtum. Membeli belah di Souq
Hammidiyah dan puluhan Khans di kota lama Dimasyq seperti Khanz
Azem Pashadan Khans Jaqmaq. Wah, apa lagi Moh kita ke sana...
8. Laut Mati, Jordan
Laut Mati merupakan tasik air masin yang terletak di
sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah
418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan
dunia. Ramai dari kita lupa bahawa laut mati ada kisah yang harus menjadi
tauladan pada kita, kisah dimana kaum lelaki suka pada lelaki. Kisah nabi Lut
dan kaumnya. Dek kerana kaum Nabi Lut ingkar, maka Allah menurunkan bala ke
atas kaum ini. Lihat surah Hus ayat 82, maksudnya, “Maka apabila datang
(masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu
diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami
menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya
bertalu-talu." Akibatnya Kota itu di tengelamkan dan dihina. Bila
datang sini, jangan hanya mandi semata, tetapi ambillah ikhtibarnya sekali.
7.
Kaherah, Mesir
Kota
Nabi Musa, Kaherah. Kota yang menyimpan khazanah dunia serta salah satu
daripada tujuh binaan yang ajaib di dunia - Piramid. Selain Piramid,
tempat-tempat menarik yang harus dilawati adalah Sakkara, Memphis,
Citadel(rumah pemerintah Mesir yang berusia 700 tahun), Gereja Gantung dan Ben
Era Synagogue(Kuil Yahudi). Ha, jangan lupakan pula universiti paling tua di
dunia, Universiti Al-Azhar, yang juga merupakan pusat ilmuan Islam dunia.
Himpunan sejarah, ibu kota kebudayaan dan agama serta pusat ilmuan menjadikan
kota ini salah satu daripada kota yang wajib dilawati bagi umat Islam...
6. Petra, Jordan
Merupakan salah satu daripada Tujuh Keajaiban Baru Dunia,
Petra merupakan kota Kuno yang cukup canggih dan mendahului zaman. Tapak ini
tidak diketahui oleh dunia baru sehingga pada tahun 1812, seorang penjelajah
Switzlang, Johann Ludwig Burckhardt menjumpainya. Kota ini dibina pada zaman
Nabi Saleh. Kebudayaan mereka sudah tinggi tetapi mereka menyembah dewa dan
patung. Nabi Saleh menyuruh kepada mereka agar menyembah Allah, namun
sebahagian besar bangsa Tsamud menolak untuk memeluk agama Allah. Mereka ingkar
kepada larangan Nabi Saleh. Nabi Saleh diberi mukjizat dengan peristiwa
keluarnya unta dari celahan batu. Namun mereka telah membunuh unta tersebut.
Akibatnya, Allah menurunkan bala ke atas kaum nabi Saleh. Pada hari pertama
muka mereka berwajah kuning, hari kedua menjadi merah,hari ketiga menjadi
hitam, akhirnya mereka disambar petir. Kisah
Nabi Saleh diceritakan oleh 72 ayat dalam 11 surah di antaranya surah Al-A’raaf
ayat 73 hingga 79 surah Hud ayat 61 sehingga ayat 68 dan surah
Al-Qamar ayat 23 sehingga ayat 32.
Merupakan sebuah wilayah Sepanyol. Andalusia
terkenal kerana menjadi pusat kerajaan Islam Bani Umaiyyah pada abad ke-8.
Bandar-bandar seperti Cordova dan Granada telah berkembang menjadi
pusat ilmu serantau pada zaman itu. Asalnya, wilayah ini dihuni oleh bangsa
yang kafir. Kemudian, panglima Bani Umayyah, Tariq Ibn Ziyad dan Musa Ibn
Nusayr menentang pemerintahan zalim bangsa Visigoth ini dan menggelarkan wilayah
tersebut sebagai Tanah Vandal (Vandalusia atau Andalusia). Kita mungkin
menganggap bahawa ramai cendekiawan-cendekiawan Muslim yang lahir pada Zaman
Keemasan Islam (English-Islamic Golden Age) adalah produk dari kerajaan
Abbasiyyah di Baghdad, namun jika diteliti sebenarnya, dalam berbilang
cendekiawan Muslim terkenal yang lahir pada era tersebut, sebahagiannya datang
dari Andalusia. Ketika Abbasiyyah membangun sebagai pusat perkembangan tamadun
Islam, kerajaan Andalusia di Cordoba juga mengalami perkembangan yang
sama. Namun, Andalusia telah dikuasai oleh kerajaan Kristian selepas
abad ke-15 dalam peristiwa-peristiwa yang dikenali sebagai Reconquista.
Moga kita tidak kehilangan lagi permata-permata ini. Belajar daripada
kesilapan...
4.
Istanbul, Turki
Istanbul
atau yang dulunya dikenali sebagai Costantinople, adalah salah sebuah bandar
nostalgia dunia. Kedudukannya yang strategik, diungkapkan oleh Napoleon
Bonapart kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Costantinople inilah yang
paling layak menjadi ibu negaranya. Rasulullah SAW telah pun beberapa kali
memberikan khabar gembira tentang pembukaan kota ini di tangan umat Islam
seperti yang dinyatakan oleh Baginda SAW di dalam peperangan Khandak. Sabda
baginda SAW :
“Sesungguhnya
Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan
sebaik-baik tentera adalah tenteranya”.
(hadis
riwayat Ahmad)
Ya,
kota ini akhirnya berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fatih. Siapa sangka
tentera Islam mampu melayarkan 70 kapal laut melalui daratan yang sejauh tiga
batu dengan hanya satu malam! Keajaiban tentera Uthmaniah ini berakhir dengan
penawanan Kota Constantinaple kepada Islam. Kekallah
bumi yang mulia itu sebagai pusat pemerintahan, ketamadunan, keilmuan dan
keagungan Islam berkurun lamanya.. sehinggalah Khilafah ‘Uthmaniyyah ditamatkan
sejarahnya oleh Mustafa Kemal Ataturk secara rasminya pada tahun
1924M. Hurm, tak mahu sedih-sedih, mari kita bina kembali tamadun Islam
yang hebat!
3. Baitul Maqdis, Palestin
Masjid kedua tertua dan ketiga tersuci di dunia adalah
Masjidil Aqsa (Masjid Al-Aqsa). Masjid itu dibangunkan di atas lokasi Kenisah
Sulaiman atau Haykal Sulaiman dan termasuk di antara tiga masjid yang perlu
dikunjungi oleh kaum Muslim sesuai dengan anjuran Nabi Muhammad s.a.w.
Keutamaan Masjidil Aqsa ini didasarkan daripada sabda Nabi s.a.w yang
bermaksud:
“Janganlah
kamu merasa berat untuk mengadakan perjalanan ke tiga masjid: Masjidil Haram,
Masjidku ( Masjid Nabawi ) dan Masjidil Aqsa. Solat di Masjidil Haram lebih
utama dari 100,000 kali di tempat lain kecuali di Masjidil Aqsa.”
( Riwayat ad-Darimi, an- Nasa’i, dan Ahmad).
Mungkin ramai yang di kalangan kita yang tertipu dengan
sturktur sebenar masjid Al-Aqsa. Masjidil Aqsa sebenarnya berkubah hijau
kehitaman (gambar di atas), bukannya berkubah keemasan seperti yang selalu
ditayangkan. Kubah emas itu adalah 'Dome of Rock'(Qubbat As-Sakhrah) yang di
dalamnya terdapat sebuah batu besar yang dikatakan tempat Nabi
Muhammad s.a.w. berdiri ketika peristiwa Israk Mikraj. Perlu diingatkan bahawa bukan sahaja Masjid
Al-Aqsa yang suci kepada umat Islam tetapi Qubbat As-Sakhrah dan
kawasan sekitarnya juga adalah suci kerana ia terdapat di dalam Al Haram Al
Sharif. Kota ini menjadi rebutan tiga agama - Islam, Kristian dan Yahudi. Kini,
Baitul Maqdis menunggu pejuang-pejuang Islam untuk membebaskan kembali tanah
suci itu daripada terus dinodai oleh tangan-tangan kotor Yahudi.
Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat
Islam. Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid
an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad SAW. Kawasan itu
dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad SAW. Rumah baginda kemudiannnya
menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu
diperbesarkan. Masjid pertama yang dibina umat Islam juga terletak di
Madinah iaitu Masjid Quba. Madinah merupakan bumi yang paling
dikasihi oleh Allah SWT kerana ia merupakan: Tempat Nabi s.a.w berhijrah dan
tempat tidur baginda manakala penduduknya pula merupakan jiran-jiran serta
penolong baginda. Madinah juga merupakan gedung iman dan di sanalah iman dapat
bertahan di akhir zaman nanti. Di pintu-pintu masuknya terdapat pengawal yang
terdiri daripada Malaikat. Dajal dan penyakit taun tidak akan dapat
memasukinya. Ia merupakan negara terakhir di dunia ini yang diruntuhkan. Ia
juga merupakan tempat diturunkan wahyu. Hampir kesemua tempat di Madinah
diturunkan ayat-ayat Al-Quran atau diriwayatkan Hadis-hadis.
Makkah merupakan tempat lahirnya Nabi Muhammad SAW dan
juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah SWT. Makkah
ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5
bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti
akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk solat.
Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan
mengerjakan Haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat
tersebut. Di sini juga terletaknya Masjidil Haram yang mana
terdapatnya Kaabah. Orang bukan Islam adalah dilarang daripada
memasuki Makkah. Sekatan jalanraya diadakan pada setiap pintu masuk di Kota
Makkah. Hal ini bagi memelihara kesucian Kota Makkah. Memang aib jika sudah
keliling dunia, tetapi tidak pernah menjejak kaki ke sini. Letakkan niat kita
untuk ke sini. Amin3
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Janganlah kamu bersusah payah musafir untuk sembahyang
kecuali ke tiga buah masjid, iaitu Masjidil Haram di Mekah, masjidku ini
(Masjid Nabi) dan Masjidil Aqsa"
(Hadith Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ahmad)
Berjalan, bermusafirlah..
Melihat kebesar Tuhan yang,..
Menciptakan untuk mereka yang berfikir~
0 comments:
Post a Comment