Powered by Blogger.

Nov 4, 2008

AMK dakwa PAC mahu tutup skandal Eurocopter

AMK dakwa PAC mahu tutup skandal Eurocopter
Nov 4, 08 3:39pm
Angkatan Muda Keadilan (AMK) kesal dengan keputusan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang didakwanya mengambil keputusan menutup siasatan skandal pembelian Eurocopter tanpa sebarang penemuan yang munasabah.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid dilaporkan sebagai berkata tiada sebarang penyelewengan dari segi prosedur dalam pembelian helikopter Eurocopter tersebut .

Azmi juga dilaporkan berkata, penilaian dari segi teknikal dan kewangan pembelian 12 helikopter itu yang keseluruhan berharga RM1.604 bilion termasuk pakej ofset adalah mengikut piawaian antarabangsa.

"Kenyataan ini adalah sesuatu yang mengecewakan dalam keadaan harga tersebut adalah jauh berbeza dengan jumlah yang dibelanjakan oleh  negara-negara seperti India dan Brazil yang boleh membeli lebih daripada 50 helikopter yang sama pada kadar RM1 billion," kata Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

"AMK juga kesal apabila PAC sekadar 'kurang senang' dek kerana tiada penilaian fizikal dilakukan terhadap helikopter yang bakal dibeli sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan. 

"Sewajarnya, dalam sebarang pembelian aset, pandu uji perlu dilaksanakan agar ianya dijamin selamat dan tidak membahayakan kepada pengguna, khususnya senjata dan juga pengangkutan. 

'Gagal main peranan'


"Dalam konteks profesionalisme urusniaga, sebarang pembelian barangan khususnya aset seumpama ini perlu diuji cuba terlebih dahulu, bukannya sekadar melihat spesifikasi melalui dokumen dan terus meluluskan tanpa sebarang tindakan susulan," tambah Shamsul.

AMK, tambahnya,  melihat bahawa PAC telah gagal memainkan peranannya untuk memanggil Datuk Seri Najib Tun Razak selaku mantan Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab meluluskan pembelian berkenaan.

Sebaliknya, tegas Shamsul,  hanya membuat penilaian berdasarkan laporan daripada Kementerian Pertahanan yang didakwanya, pasti telah diatur dan disusun supaya 'cantik dipandang dan sedap didengar'.

Apa yang menghairankan, dakwa beliau, sebarang kes yang mengaitkan Najib akan 'disenyapkan' oleh pihak berkenaan. 

"Apakah ini satu pelan terancang untuk menyembunyikan kekotoran yang boleh memalitkan imej Najib yang begitu bersemangat untuk dinobatkan sebagai perdana menteri menjelang Mac 2009?" soalnya.

AMK, tambahnya, kekal konsisten dengan kenyataan terdahulu bahawa Badan Pencegah Rasush (BPR) perlu meneruskan siasatan meskipun PAC menetapkan tidak ada apa yang berlaku di sebaliknya.

Sumber dari SINI....


0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP