Powered by Blogger.

Nov 4, 2008

Norman menangis, Abby gesa tuntut cerai

Norman menangis, Abby gesa tuntut cerai

Oleh WAHIDA ASRANI

KUALA LUMPUR: Ini bukan adegan di dalam penggambaran filem mahupun drama yangdilakonkan oleh aktor Norman Hakim dan isterinya, Abby Abadi. Sebaliknya apa yang berlaku pagi tadi adalah realiti kehidupan yang menggambarkan pergolakan rumahtangga pasangan yang telah bernikah kira-kira enam tahun yang lalu.

Di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sekitar jam 11.30 pagi tadi, Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan gagal memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya itu setelah dokumen yang dikemukakan tidak lengkap, antaranya termasuklah alamat lengkap tempat tinggal Norman bagi memudahkan urusan surat-menyurat mahkamah.

Dalam nada sugul, Abby yang hadir seorang diri ke mahkamah itu bertemu dengan kira-kira 20 orang wartawan yang menanti pelakon dan bekas anggota kumpulan Elite itu selesai mengadakan perbincangan dengan pegawai syariah di situ yang memakan masa lebih kurang sejam.

Dengan linangan airmata, pelakon berusia 30 tahun ini menyatakan kegagalannya menuntut cerai daripada suaminya, yang mana salah satu faktor adalah disebabkan keenggananNorman memberikan kerjasama.

SEBAK ... Pelakon popular tanah air, Arbaiyah Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi tidak dapat menahan sebak ketika ditemubual wartawan selepas memfailkan penceraian ke atas suaminya aktor, Mohamed Nurhakim Zaidon atau Norman Hakim di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Hulu Kelang hari ini. --foto UTUSAN

"Saya datang ke sini sebenarnya ingin menuntut fasakh, tetapi prosedurnya terlalu lama setelah diterangkan oleh seorang ustaz di dalam (mahkamah) tadi. Jadi dia cadangkan agar saya bercerai secara baik, tetapi saya gagal berbuat demikian kerana banyak maklumat saya tidak lengkapkan.

"Saya ada menghantar SMS kepada Norman semalam setelah dia tidak langsung menjawabpanggilan saya dan memberitahunya yang saya akan ke mahkamah hari ini. Dia membalas SMS saya dan berkata saya boleh teruskan niat saya itu.

"Sejak kes hari itu, dia memang langsung tidak pulang ke rumah. Sebab itu saya hanyamampu hantar SMS saja kepadanya.

"Saya tak sangka pula begitu sukar prosedur untuk menuntut perceraian ini. Saya amatharap dia (Norman) dapat bekerjasama untuk selesaikan masalah ini dengan segera," ujar Abby.

Pergolakan rumahtangga pasangan ini mula menjadi perhatian ramai apabila baru-baru ini Abby pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia seolah-olah tidak dipedulikan oleh Norman lagi, yang lama tidak pulang ke rumah sejak Ramadan lalu.

Namun, aktor berusia 32 tahun itu menafikan hal tersebut ketika hadir pada majlis cukur jambul anak bongsunya kira-kira dua minggu yang lalu dan menegaskan bahawa dia tidakpulang ke rumah kerana sibuk di lokasi penggambaran, tetapi masih pulang beraya bersama keluarga pada Hari Raya pertama sebelum balik semula ke lokasi pada hari raya kedua.

Norman juga ketika itu turut menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand tidak lama dulu dan wanita itu dikatakan adalah pelakon baru, Memey Suhaiza.

Abby dan Norman berbincang di tempat tertutup selama lebih kurang 45 minit - foto UTUSAN

Lebih memburukkan keadaan rumahtangga mereka ialah apabila Norman ditangkap khalwat bersama pelakon baru Memey pada awal Khamis lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang sekitar jam 3 pagi.

Norman dan Abby sebelum ini juga pernah bercerai sekitar Mei 2006 tetapi merujuk semula seminggu kemudian. Punca perceraian mereka ketika itu juga adalah disebabkan faktor 'orang ketiga' yang mana penyanyi Farahdhiya dikaitkan di dalam hal tersebut.

Sambil menegaskan dia sudah nekad untuk meletakkan titik noktah terhadap rumahtangganya itu, kata Abby, dia merasakan itu adalah jalan terbaik untuk mereka kerana berpendapat agak sukar untuk dirinya mempertahankan lagi mahligai yang mereka bina itu.

"Sebelum insiden dia ditangkap khalwat lagi, saya sudah terdetik untuk meminta cerai. Tetapi bila keadaan sudah semakin teruk, saya tidak boleh bertahan lagi.

"Selepas kes itu, kami ada berjumpa kerana kata Norman dia inginkan saya berikan kekuatan kepada dirinya untuk hadapi perkara itu.

"Saya akui, memang nampak kekesalan di wajahnya pada waktu itu. Tetapi bila dia keluarkan satu ayat yang berkata tolong selamatkan dia dan 'perempuan' itu, saya rasa cukup terguris.

"Kalau dia minta saya untuk selamatkan dirinya, saya boleh bantu. Tetapi dia turutkaitkan sekali perempuan itu, ternyata nampak sangat yang mereka memang ada 'sesuatu'.

"Malah, selepas insiden itu barulah saya tahu bahawa perempuan itu sudah lama tinggaldi pejabat itu. Itu antara penyebab mengapa saya nekad untuk teruskan tuntutan cerai ini kerana hati saya memang cukup terluka.

"Sejujurnya, saya masih ada perasaan sayang terhadap Norman. Tetapi saya takut perasaan sayang itu akan dikecewakan lagi," kata ibu kepada tiga orang cahayamata, Danish Mohamed Hakim, 5, Marisa Dania Hakim, 2, dan Maria Danisha Hakim, sebulan setengah.

Bercerita lanjut berhubung kes itu, kata Abby apa yang menyedihkannya ialah ada pihak yang menuduh dirinya menjadi dalang kes khalwat itu. Malah, Abby juga tidak mendapat sokongan daripada keluarga mentuanya.

Ditanya adakah dia ada menghubungi Memey setelah berlakunya kes itu, kata Abby:

"Memang ada. Tetapi saya terkejut kerana dia berani menjawab panggilan saya tanpa ada perasaan bersalah. Dalam nada selamba, dia menjawab "benda dah nak jadi, habis nak buat macam mana".

Abby tidak dapat menahan perasaan tidak puas hati berhubung kenyataan dikeluarkan Norman sehingga terpaksa ditenangkan oleh beberapa wartawan

"Kalau sayalah yang berada di tempatnya, saya tidak akan berani untuk jawab panggilan itu sebab pastinya saya akan rasa bersalah. Saya ada terbaca di dalam sebuah online yang dia sanggup berdepan dengan saya untuk selesaikan masalah, tetapi saya tahu itu hanya sekadar skrip.

"Saya sendiri tidak ada masalah untuk berdepan sendiri dengan dia," kata Abby.

'Drama' Norman dan Abby gamatkan pihak media

Ditanya pula bagaimana dia akan menguruskan perceraian tersebut sedangkan pada masa yang sama Norman seolah-olah cuba menjauhkan diri daripadanya, Abby secara ringkas berkata, dia tahu di mana Norman berada ketika itu.

Sambil memberitahu lokasinya adalah di hadapan pasar raya Carrefour, Wangsa Maju kerana Norman terbabit dengan penggambaran drama bersiri Gerak Khas di situ, Abby terus nekad untuk ke lokasi terbabit.

Bersama sekumpulan wartawan, Abby tiba di lokasi itu kira-kira jam 12 tengah hari. Ternyata kemunculan Abby bersama 'rombongan' wartawan ke situ mengejutkan krew produksi dan Norman sendiri.

Norman dan Abby bagaimanapun bersemuka secara aman tetapi aktor itu dilihat tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja Abby menyerahkan dokumen yang perlu diisi olehnya berkenaan tuntutan cerai itu.

Pasangan itu kemudian berbincang di tempat tertutup kira-kira 45 minit sebelum Norman dan Abby tampil semula di depan media. Dalam nada tenang, Norman menjelaskan bahawa dirinya memerlukan masa untuk berfikir tentang tuntutan cerai diinginkan Abby.

Norman dengan linangan airmata turut berkata, dia seboleh mungkin masih ingin menyelamatkan perkahwinan mereka.

"Kami masih berdepan dengan jalan buntu. Sekarang ini, ada dua isu sebenarnya. Pertama tentang kes khalwat itu dan saya sudah pun berbincang dengan pihak berkenaan untuk jelaskan benda ini dengan lebih telus. Jika tidak perlu bawa ke mahkamah, lagi baik.

"Yang keduanya ialah tentang masalah rumahtangga kami. Saya memang sedih sangat jika kami terpaksa bercerai. Apapun yang berlaku, saya telah ingatkan kepada Abby supaya anak-anak tidak menjadi mangsa di atas kejahilan kami berdua yang tidak mampu bertoleransi dengan baik," kata Norman.

Dia turut akui, dirinya sudah lama tidak pulang ke rumah selepas insiden terbabit.

Namun, tegasnya, dia terpaksa berbuat demikian untuk mengelakkan pertengkaran dengan Abby.

"Kami tidak boleh berjumpa. Sebagai lelaki, ego saya kadang-kala memang tercabar. Tetapi, saya minta maaf. Saya tidak mahu bercerita lanjut tentang masalah rumahtangga saya ini.

"Bila saya bercakap tentang Memey, dia akan kata saya cuba mempertahankannya. Dia masih naif dalam bidang ini dan dia masih ada ibubapa untuk jaga hati mereka. Saya akui, saya meminta dia supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Saya tidak mahu masyarakat terus meletakkan spekulasi dan tuduh saya bersandiwara.

"Saya berada di dalam industri hiburan dan bisnes saya bukan untuk diri saya seorang. Saya sedar tanggungjawab saya untuk jaga makan minum isteri dan anak-anak," kata Norman lagi.

Ditanya apa hubungan sebenarnya dengan Memey, Norman hanya menjawab:

"Banyak hati yang perlu saya jaga. Abby juga masih isteri saya."

Aktor itu juga turut ditanya sama ada dia tahu di mana Memey berada di ketika ini.

Secara ringkas Norman hanya menjawab:

"Dia di pejabat."

Mengulas pula sama ada dia akan bekerjasama dengan Abby bagi proses perceraian itu, kata Norman:

"Saya boleh bekerjasama dengan dia tapi saya tetap perlukan pihak ketiga (Memey) untuk berdepan dengan perkara ini."

Kenyataan itu bagaimanapun menimbulkan ketidakpuasan hati Abby yang berada di sebelahnya sehingga menimbulkan ketegangan apabila dia turut meminta Norman menjelaskanapa hubungan sebenarnya dengan Memey.

"Kenapa you buat I macam ni? Kenapa you begitu ambil berat tentang orang lain berbanding saya?" - luah Abby yang gagal menahan marah sehingga terpaksa ditenangkan oleh wartawan.

Norman dalam keadaan tenang hanya menjawab "perkara ini tak patut dibincangkan depan orang" dan bagaimanapun ditempelak Abby yang meluahkan perkataan "you tipu!" sehingga Norman terus berlalu dengan menyatakan "saya tak ada apa lagi untuk dikomen."

'Kekecohan' itu turut membuatkan penggambaran pada hari itu terpaksa ditangguhkan.

Saya sudah berbuih mulut bagi nasihat - Datuk Yusof Haslam

Kehadiran Abby dan pihak media di lokasi penggambaran drama bersiri Gerak Khas itu ternyata mengejutkan produsernya, Datuk Yusof Haslam yang akhirnya turut turun padang untuk berjumpa sendiri Abby dan Norman di lokasi itu.

"Ini bukan kali pertama perkara ini terjadi kepada mereka. Selaku orang tua, saya memang ambil berat terhadap mereka. Saya sudah berkali-kali menasihati Norman.. dah berbuih mulut saya. Dan semalam saya sendiri ada hubungi Abby dan minta dia bertenang.

"Saya tidak mahu bila timbulnya masalah peribadi, ia akan turut mengkucar-kacirkan produksi," kata Yusof.

Orang kuat Skop Productions itu juga turut menasihati Abby agar memberi ruang kepada Norman selama seminggu untuk menenangkan fikirannya sebelum membuat keputusan tentang perceraian itu


0 comments:

Blog Archive

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP