Powered by Blogger.

Nov 16, 2008

Fatwa status yoga tetap dikeluar, tiada sebarang masalah - Jakim

Fatwa status yoga tetap dikeluar, tiada sebarang masalah - Jakim
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz menafikan wujud masalah dalam memutuskan status senaman yoga oleh Majlis Fatwa berikutan pandangan sesetengah pihak yang menyatakan senaman itu tidak mempunyai unsur meditasi.

Justeru, beliau berkata, fatwa mengenai status amalan yoga akan tetap diumumkan, akan dibuat sendiri oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin pada masa yang sesuai.

Beliau berkata, setiap fatwa yang dikeluarkan adalah berdasarkan hasil kajian oleh kumpulan pakar yang terdiri daripada lima panel yang dilantik Majlis Raja-Raja dan diteliti oleh barisan mufti dari seluruh negara.

"Apa yang diputuskan adalah berdasarkan kajian yang teliti. Adakah kita akan beri perhatian berat kepada pendapat sesetengah pihak yang dikeluarkan mengikut emosi? Tentunya tidak!

"Fatwa dikeluarkan berdasarkan kajian yang terperinci dan berdasarkan keutamaan masyarakat dan negara," katanya selepas merasmikan Program Sunathon Perdana Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 2008, di Masjid Al-Muqarrabin, di sini.

Status mengenai hukum senaman yoga sepatutnya dibuat pada 7 November lalu namun telah ditunda ke satu tarikh yang masih belum ditetapkan berikutan pengerusinya mempunyai tugasan di luar negara.

Sebelum ini, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Zakaria Stapa berkata, pergerakan senaman yoga adalah berdasarkan unsur-unsur agama Hindu yang dikhuatiri boleh memesongkan akidah.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pandangan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin supaya fatwa tidak harus hanya terhad kepada pengkid tetapi juga kepada golongan 'lelaki lembut', Wan Mohamad berkata, fatwa dikeluarkan mengikut keutamaan isu-isu yang wujud dalam masyarakat.

"Apabila kita dapati, pengkid boleh mengancam institusi sosial dan keluarga, kita beri keutamaan.

"Masyarakat boleh menilai dengan bijaksana bahawa gejala ini lebih parah daripada perlakuan sumbang kepada jenayah seksual.

"Pengkid kini dianggap sebagai satu trend. Yang bahayanya, kalau dianggap tidak salah dan oleh sebab itu fatwa muncul untuk membangkitkan kesedaran," katanya.

Ditanya sama ada isu 'lelaki lembut' akan diberi perhatian oleh Majlis Fatwa selepas ini, Wan Mohamad berkata, ia bergantung kepada proses kajian dan penyelidikan yang dijalankan.

Berhubung tindakan beberapa NGO bukan Islam yang mengadakan demonstrasi membantah keputusan Majlis Fatwa berhubung isu itu, Wan Mohamad berkata, pihaknya tidak akan terpengaruh kepada tekanan daripada bukan Islam kerana hal ini melibatkan tanggungjawab agensi Islam.




0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP