Powered by Blogger.

Nov 11, 2008

Telekom Catat Kerugian RM165.8 Juta Bagi Suku Ketiga'08 Disebabkan Perkara Luar Biasa

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Telekom Malaysia, yang mencatatkan kerugian selepas cukai dan kepentingan minoriti sebanyak RM165.8 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2008, berkata keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoritinya (PATAMI) sepatutnya RM176.4 juta bagi tempoh kajian jika tidak kerana perkara luar biasa.

Syarikat itu berkata ia mengalami kos khas tertentu seperti kerugian pertukaran yang tidak diperoleh yang ketara ke atas pinjaman wang asing, perolehan kerugian pertukaran asing kerana pelupusan firma telekomunikasi Sotelgui di Guinea dan caj komitmen jumlah dagangan tahun sebelumnya.

Perolehan turun 3.1 peratus kepada RM2.062 bilion daripada RM2.128 bilion terutamanya disebabkan perolehan yang lebih rendah daripada perkhidmatan suara mengakibatkan penggunaan lebih rendah manakala kerugian sebelm cukai berjumlah RM138.116 juta daripada keuntungan sebelum cukai sebanyak RM276.459 juta.

"Perolehan lebih tinggi daripada perkhidmatan jalur lebar mengurangkan penurunan dalam perolehan suara," demikian menurut syarikat itu dalam kenyataan di sini, Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Zamzamzairani Mohd Isa berkata TM terus melihat jalur lebar sebagai pemacu pertumbuhan utama.

Bagi suku ketiga, jalur lebar mencatatkan pertumbuhan sebanyak 24.6 peratus kepada RM390.6 juta pada suku ketiga 2007, hasil daripada pertumbuhan berterusan pelanggan jalur lebar kepada 1.55 juta daripada 1.18 juta sebelumnya.

"Dengan pelaksanaan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSSB), akan terdapat potensi bagi pelbagai produk dan perkhidmatan yang kami boleh tawarkan, terutamanya di dalam segmen runcitan," katanya.

Zamzamzairani berkata krisis kewangan global mempunyai kesan yang ketara ke atas keputusan TM, khususnya pertukaran mata wang asing terhadap bon syarikat sebanyak AS$1.1 bilion.

"Pergolakan dalam mata wang asing dijangka terus menjejaskan keputusan TM tahun ini," tambahnya.

TM mengunjurkan pertumbuhan perolehan sebanyak satu hingga 2.5 peratus bagi tahun depan di bawah sasaran petunjuk prestasi utamanya dan pertumbuhan dua hingga tiga peratus dalam 2011 manakala pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan margin pelunasan (EBTIDA) bagi 2009 dan 2011 dianggarkan daripada paras rendah kepada pertengahan 30 peratus.

Margin EBITDA berasaskan kepada kos perniagaan lebih tinggi, terutamanya kos langsung seperti perkhidmatan diupayakan HSBB seperti IPTV, pengembangan penyumberan luar proses perniagaan ke rantau ini seperti pusat panggilan di Indonesia dan peluasan ICT ke dalam segmen perusahaan tempatan dan kerajaan.

-- BERNAMA



0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP